Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, June 30, 2016

[LIPIS] RESIPI AIR TANGAN TUNKU AZIZAH


Resipi air tangan Tunku Azizah


Resipi bubur lambuk istimewa air tangan Tengku Puan Pahang menjadi juadah berbuka puasa penduduk Lipis, di Masjid Saidina Ali, Kampung Tempoyang, di sini, kelmarin.

Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar, yang kali kelima berangkat ke setiap daerah bagi menyertai program bersama-sama Perkumpulan Wanita (WI) Lipis, mula memasak bubur lambuk sejak tengah hari.

Terdahulu, pada sebelah pagi, baginda menghadiri Majlis Tadarus dan Khatam al-Quran yang turut disertai 80 ahli WI Lipis dengan dipimpin Kadi Lipis, Abu Bakar Ismail.

Tunku Azizah turut menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang kurang berkemampuan sempena majlis itu.

Hadir sama, Pengerusi WI Lipis, Wan Norizan Wan Badiuzzaman; isteri Ahli Parlimen Lipis, Datin Nora Ibrahim dan isteri Adun Padang Tengku, Datin Hamizah Hamzah.

Wan Norizan berkata, keberangkatan Tunku Azizah menyantuni Program Iftar Ramadan dan menyediakan bubur lambuk istimewa sangat mengujakan ahli WI Lipis dan penduduk Kampung Tempoyang.

“Kemesraan Tunku Azizah ketika bergotong-royong menyediakan bubur lambuk telah menjalinkan hubungan yang erat dengan ahli WI Lipis di samping dapat mengimarahkan masjid di sini,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 600 bekas bubur lambuk menjadi juadah berbuka puasa di masjid itu dan selebihnya diagihkan kepada penduduk sekitar Kampung Tempoyang.


0 comments:

share2