Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, June 27, 2016

[KUANTAN] USAHA HANTAR 115 RESIT GST BERBALOI


Usaha hantar 115 resit GST berbaloi


“Saya menghantar hingga 115 resit untuk penyertaan dalam peraduan ini dan selepas ini saya akan terus menghantar dan menggalakkan orang lain turut sama menyertainya".

Itu reaksi pemenang bagi Peraduan Jom Minta Resit Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) peringkat negeri anjuran Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Salina Derus, 36, yang mendapat tablet jenama Samsung.

Pembantu tadbir yang tinggal di Beserah itu nyata terkejut apabila menerima panggilan yang mengumumkan dirinya antara pemenang dalam peraduan tersebut.

“Selepas ini, saya akan lebih bersemangat terus untuk meminta resit dan menggalakkan orang lain untuk bersikap sama setiap kali berurusniaga,” katanya.

Bagi seorang lepasan matrikulasi, Farah Nursuhada Rozi, 19,pemilihannya sebagai pemenang dan membawa pulang baucar tunai bernilai RM200 sangat dihargai dan dapat digunakan untuk membuat persediaan sempena Aidilfitri ini.

“Sangat berharga menjelang Aidilfitri dan duit ini saya akan gunakan beli baju raya baharu nanti.

“Pastinya saya menggalakkan rakan-rakan dan buat promosi mengenai peraduan ini di laman sosial supaya lebih ramai ikut jejak dan sertai peraduan ini. Memang setiap kali beli apa-apa saya akan minta resit,” katanya.

Sementara itu, bagi Fadilah Abdul Ghafar, 34 yang membawa pulang seterika elektrik mengakui terkejut dihubungi jabatan itu dan itu membuatkan dirinya ingin terus menyertai peraduan itu.

Dia juga memuji peraduan tersebut yang dianggap dapat mendidik pengguna supaya bertindak bijak dan tidak tertipu dengan sikap segelintir peniaga yang kurang bertanggungjawab.


0 comments:

share2