Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, June 27, 2016

[KUANTAN] MURID DIBAWA ZIARAH ORANG MISKIN


Murid dibawa ziarah orang miskin


Ingin memupuk nilai kasih sayang dan sikap bantu membantu seharuanya bermula pada peringkat awal.

Atas kesedaran itu, Sekolah Rendah Agama Al-Irsyad Balok membawa 84 murid tahun enam untuk sama-sama menyelami kesusahan golongan kurang mampu melalui program Ziarah Mahabbah sempena Ramadan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wan Ismail Wan Ibrahim berkata, pihaknya bersyukur kerana berjaya mengumpul dana berjumlah RM32,315 hasil sumbangan ibu bapa dan orang ramai bagi menjayakan program berkenaan.

Menurutnya, sebanyak 250 bungkusan barangan keperluan diagihkan kepada golongan asnaf di sekitar Chendor hingga Beserah.

“Dalam program ziarah itu, kita melibatkan murid supaya mereka boleh melihat dan mendekati golongan kurang mampu.

“Secara tak langsung dapat memupuk rasa tanggungjawab kepada masyarakat sekitar yang memerlukan,” katanya kepada pemberita di sini.

Wan Ismail berkata, pada program itu turut diadakan aktiviti memasak bubur lambuk secara gotong-royong.

Sementara itu, murid yang ditemui, Ahmad Aqil Syahir Mohd Hanapi, 12, berkata, dia dapat melihat kesusahan hidup golongan kurang mampu dalam program ziarah berkenaan.

Katanya, sebagai pelajar dia mendapat pengalaman baharu selain menyedari tanggungjawab kepada golongan memerlukan.

“Kita perlu bantu mereka yang kurang mampu terutama ketika Ramadan,” katanya.


0 comments:

share2