Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, June 29, 2016

AWAN GERGASI 'TSUNAMI' GERUNKAN PENDUDUK SABAH


Gambar Awan Tsunami Muncul Gerunkan Penduduk Sabah


Penduduk di kawasan pantai barat Sabah pada Selasa dikejutkan dengan fenomena alam luar biasa apabila awan gergasi muncul di langit negeri itu.

Penampakan awam yang kelihatan seperti ‘tsunami’ dan putih beliung itu disedari ramai antara pukul 7.00 hingga 8.00 pagi.

Kejadian unik tersebut kemudian disusuli dengan hujan lebat selama dua jam.













Seorang penduduk Kampung Lumat, Sitti Sahrah Mohd. Desa, 32, berkata, dia ternampak awan itu semasa dalam perjalanan ke tempat kerja di pekan Beaufort.

“Ini kali pertama saya melihat keadaan awan seperti itu menyebabkan timbul rasa takut.

“Cuaca ketika itu mendung, sedikit berangin dan gerimis. Bagaimanapun, selepas hujan, keadaan awan kembali seperti biasa,” katanya kepada BH.

Pengetua Sekolah Kebangsaan Padas Damit, Marif Yusof berkata kejadian itu berlaku semasa para pelajar dan gurgu mengadakan perhimpunan mingguan di padang sekolah.

“Semua guru dan murid terkejut melihat kepulan awan luar biasa itu. Tidak lama kemudian, hujan gerimis disertai angin kuat. Kita terpaksa hentikan perhimpunan kerana keadaan cuaca ketika itu agak membimbangkan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Azmi Daud berkata, fenomena sedemikian dikenali sebagai garisan badai.

Jelasnya, keadaan itu terbentuk akibat tiupan angin dari arah laut yang menyebabkan awan kelihatan bergulung-gulung seperti ombak.


0 comments:

share2