Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, February 22, 2016

SERANGAN BOM BERKEMBAR


Serangan bom berkembar


Damsyik - Sekurang-kurangnya 50 terkorban, manakala kira-kira 100 lagi cedera dalam insiden serangan bom berkembar di kawasan kejiranan al-Zahraa di bandar Homs, barat Syria, semalam.

Saksi mendakwa dua kenderaan sarat dengan bahan letupan meletup dalam masa kurang seminit di sebuah lampu isyarat di jalan al-Siteen di daerah al-Zahraa, terletak 162 kilometer di utara Damsyik.

Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria menjangkakan angka kematian meningkat berikutan ramai mangsa dilaporkan cedera parah dalam kejadian pengeboman tersebut.

Sehingga kini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab mendalangi serangan bom berkembar itu, namun pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan ia didalangi kumpulan militan IS.

Pada 19 Januari lalu, sekurang-kurangnya 20 maut dalam dua insiden serangan di kawasan kejiranan sama.


0 comments:

share2