Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, February 22, 2016

[ROMPIN] PUNCA PENCEMARAN PANTAI BELUM DIKENAL PASTI


Punca pencemaran pantai belum dikenal pasti


Punca pencemaran ketulan minyak warna hitam di Pulau Tioman, di sini, 14 Februari lalu, masih belum dapat dikenal pasti.

Pegawai Daerah Rompin, Datuk Fadzilla Salleh, berkata, pihaknya berbincang Jabatan Alam Sekitar (JAS) Rompin bagi mendapatkan maklumat berhubung pencemaran pantai di pulau antara tercantik di dunia itu pada 17 Februari lalu.

“Kejadian tumpahan minyak ini dilaporkan berlaku di pantai Kampung Juara dan Pantai Kampung Genting. Ia bukan berpunca daripada kegiatan penduduk tempatan.

“JAS telah mengambil tindakan awal tetapi punca kejadian masih belum dikenal pasti. Kerja pembersihan dilakukan Jabatan Taman Laut Malaysia Pahang dan Lembaga Pembangunan Tioman (TDA)," katanya kepada pemberita di sini.

Kehadiran ketulan minyak berwarna hitam di pantai di dua kampung terbabit hanya disedari penduduk pada 16 Februari lalu.

Penduduk Kampung Juara menyifatkan pencemaran itu paling teruk walaupun kejadian sama pernah berlaku beberapa kali sebelum ini, manakala pengusaha resort di Kampung Genting mendakwa pantai masih berbau minyak walaupun kerja pembersihan dijalankan.

Dalam pada itu, Fadzilla berkata, kerja-kerja pembersihan turut disertai pengusaha resort dan pelancong.

"Masing-masing mahu melihat pantai itu kembali bersih sekali gus membolehkan aktiviti pantai dijalankan memandangkan sekarang pelancong dah mula masuk pulau selepas ia ditutup sejak Oktober tahun lalu akibat laut bergelora.

“Terima kasih kepada pelancong dan pengusaha resort yang prihatin apabila turut bergotong-royong membersihkan pantai agar kembali bersih,” katanya.

0 comments:

share2