Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, January 5, 2016

KAITAN CAHAYA DENGAN GEMPA BUMI


Kaitan cahaya dengan gempa bumi


Misteri cahaya pelik yang kadangkala dapat dilihat di sekitar kawasan gempa bumi akhirnya terjawab.

Saintis mengesahkan fenomena tersebut bukan disebabkan oleh burung, pesawat atau objek terbang tidak dapat dikenal pasti (UFO).

Menurut saintis, cahaya itu tercetus daripada sifat elektrik batuan dalam tetapan tertentu.

Pengarang bersama kajian diterbitkan dalam Seismological Research Letters, pensyarah fizik di San Jose State University, Friedemann Freund berkata, cahaya tersebut boleh dihasilkan dalam pelbagai bentuk, rupa dan warna.

“Ia termasuk cahaya biru setinggi paras buku lali yang muncul dari tanah dan bola cahaya yang terapung pada permukaan udara selama beberapa minit serta cahaya terang menyerupai kilat biasa,” katanya.

Terdapat beberapa fenomena cahaya pelik yang dapat dilihat sebelum kejadian gempa bumi berlaku.

Pada 2009, beberapa saat sebelum gempa menggegarkan L’Aquila di Itali, beberapa penduduk melihat nyalaan cahaya setinggi 10 sentimeter di atas batu jalan. 


0 comments:

share2