Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, January 5, 2016

EMPAT DOKTOR MENGAKU TIDAK BERSALAH PALSUKAN DOKUMEN


Mahkamah


Ipoh - Empat doktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, tadi atas dakwaan melakukan pemalsuan borang permohonan lesen vokasional Jabatan Pangangkutan Jalan (JPJ L8), tiga tahun lalu.

Tertuduh, Ahmad Razi Othman, 58, Phuah Chye Thuang, 61, R Pathmanathan, 55, dan Fong Hon Pin @ Poon Hon Pin, 68, masing-masing berhadapan satu pertuduhan atas kesalahan mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan.

Mereka mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam Bahasa Melayu dan Inggeris di hadapan Hakim Indra Nehru Savandiah.

Berikutan itu, Indra Nehru membenarkan tiga daripada mereka diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin serta perlu melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ipoh pada setiap bulan sepanjang prosiding mahkamah berlangsung.

Bagaimanapun, hanya Chye Thuang dikenakan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin tanpa perlu melaporkan diri ke pejabat SPRM.

Indra Nehnu menetapkan 5 Februari ini sebagai sebutan semula kes.


0 comments:

share2