Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, January 5, 2016

VIDA TETAP MAHU DUA SYARAT UNTUK TAJA KELANTAN


Cat stadium merah jambu antara syarat taja TRW


Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Vida berkeras menegaskan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) harus menerima dua syarat ditetapkannya sebelum bersetuju menaja badan induk bola sepak negeri itu.

Ketika ditanya adakah nama Pamoga Qu Puteh TRW digunakan hanya untuk jolokan pasukan Kelantan seperti Selangor yang menggunakan gelaran Red Giants, Vida menjawab tidak.

"Nama itu meliputi kesemua setiap perlawanan dilalui dalam Liga Malaysia pasukan Kelantan termasuk Liga Super, Piala FA dan juga Piala Malaysia.

"Anda lihat mengapa Negeri Sembilan Matrix boleh guna penaja. Jadi, saya rasa tiada masalah Kafa menggunakan nama Pamoga Qu Puteh TRW pada setiap pertandingan disertai.

"Berhubung warna stadium, saya bukan saja-saja nak tukar. Warna merah jambu dilihat menarik dan mungkin ada sedikit campuran warna putih pada luar dan dalam stadium. Kita mahu apabila peminat hadir ke stadium, mereka akan lihat suasana penuh ceria.

"Dan stadium itu nanti boleh menjadi mercu tanda negeri Kelantan," katanya.

Dua syarat itu adalah, Stadium Sultan Muhammad IV ditukar kepada merah jambu dan nama baharu skuad Kelantan didahului dengan Pamoga Qu Puteh TRW.

Semalam, Kafa dijangka memuktamadkan keputusan berhubung penajaan Vida Beauty Sdn Bhd untuk pasukan The Red Warriors (TRW) dalam masa terdekat.

Naib Presidennya, Datuk Rosmadi Ismail berkata, keputusan tersebut bakal diketahui sebaik presidennya, Tan Sri Annuar Musa kembali daripada mengerjakan umrah, pada 7 Januari ini.


0 comments:

share2