Kuala Lumpur - Walaupun menerima peruntukan sedikit kurang berbanding tahun lalu menerusi Bajet 2016 namun Kementerian Belia dan Sukan tetap berpuas hati dengan peruntukan yang disedia dalam Bajet 2016.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin ketika ditemui pemberita hari ini berkata, peruntukan tersebut akan menjamin kelancaran perjalanan rancangan kementerian itu nanti.
"Dalam keadaan hari ini di mana unjuran pendapatan itu semakin menurun, kerajaan masih mengekalkan peruntukan untuk kementerian sepertimana tahun lepas (Bajet 2015).
"Saya ucapkan terima kasih kepada Kementerian Kewangan kerana mengekalkan peruntukan untuk kita," katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat di Parlimen, di sini, semalam.
0 comments:
Post a Comment