Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, July 3, 2015

PAS, DAP JANGAN KELIRUKAN RAKYAT


Md Shukri Shuib


Shah Alam - Pas dan DAP dinasihatkan tidak lagi mengelirukan rakyat dengan mengadakan ‘pernikahan’ politik bersifat sementara sehingga menjejaskan keyakinan rakyat dan menggugat pentadbiran negeri yang dikuasai.

Pensyarah kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib berkata, adalah lebih baik jika dua parti itu kekal berasingan sebagai pembangkang berhaluan sendiri. 

“Mana mungkin parti yang cita-cita politiknya terlalu jauh duduk semeja berbincang. Ini yang berlaku apabila gabungan politik terbina atas retorik dan niat tidak tepat. 

“Akhirnya ia membawa putusnya persahabatan politik dibina. Boleh diibaratkan ‘politik ulang tayang’ atau ‘politik siaran tertunda’,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, sejarah politik negara membuktikan bahawa kerjasama politik antara pembangkang termasuk Pas dan DAP akan membuatkan pakatan itu tidak kekal.

“Seperti diduga, dunia politik pembangkang tidaklah sekuat keazaman BN menempuh kerjasama sesama parti. Sejarah pembubaran parti pembangkang sentiasa berulang.

“Menjadi tabiat pembangkang yang tidak kekal dengan kerjasama sesama mereka. Sejarah politik menyaksikan jika ada parti atau pemimpin baharu pembangkang mahu mengadakan kerjasama terhadap Pas dan DAP, maka ia akan gagal,” katanya.

Jelasnya, pembubaran PR memberikan impak besar bukan sahaja kepada kerjasama sesama parti tersebut, tetapi melibatkan persoalan pembubaran ikatan kongsi kuasa di Pulau Pinang dan Selangor.

“Tempias paling utama mengenai kedudukan Kerajaan Selangor serta akan memberi gambaran ketidaktentuan hala tuju dan dasar negeri itu. Ia mengganggu kelancaran tadbir politik negeri dan membantut usaha menarik pelaburan.

“Ini memungkiri mandat diberikan rakyat berasaskan kerjasama Pas dan DAP bersama PKR. Tiga parti perlu bertanggungjawab,” katanya.

0 comments:

share2