Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, February 6, 2016

KEMARAU: ZIMBABWE ISYTIHAR DARURAT


Kemarau: Zimbabwe isytihar darurat


Harare - Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe mengisytiharkan darurat di beberapa kawasan luar bandar negara itu berikutan kemarau, lapor BBC.

Dianggarkan lebih 2.4juta penduduk iaitu lebih satu per empat daripada penduduk kini memerlukan bantuan makanan.

Pengumuman itu dibuat sehari selepas Kesatuan Eropah (EU) mengesa presiden negara itu untuk mengisytiharkan darurat bagi memperoleh dana untuk menyediakan bantuan makanan.

Dalam pada itu, kerajaan meminta rakyatnya tidak panik kerana telah mengimport jagung dari negara jiran Zambia.

Program Makanan Sedunia PBB berkata lebih 14 juta orang berdepan dengan kelaparan di selatan Afrika berikutan kemarau yang diburukan lagi dengan fenomena cuaca El Nino.

Afrika Selatan, Namibia serta Bostwana turut terjejas teruk.


0 comments:

share2