Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, June 21, 2015

TINDAKAN ROBOH STRUKTUR TULISAN UMNO, KURANG AJAR


Tajuddin Abdul Rahman


Pasir Salak - Tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang merobohkan struktur tulisan Umno di Pejabat Umno Pulau Pinang dianggap perbuatan yang biadap dan kurang ajar, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Kerajaan negeri pimpinan DAP melakukan perbuatan itu semata-mata untuk menunjukkan keangkuhan kepimpinan mereka, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan wang moreh kepada 59 buah masjid dan 159 surau bagi kawasan Parlimen Pasir Salak di Masjid Sungai Ranggam di sini, semalam.

Tajuddin berkata, tindakan pembangkang itu jauh berbeza dengan kerajaan BN yang tidak pernah melakukan perbuatan sedemikian.

"Kita juga mempunyai kuasa tetapi tidak zalim, tidak pernah melakukan penganiayaan atau kerakusan," katanya.

Penguat kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang bertindak merobohkan struktur tulisan Umno di Pejabat Umno Pulau Pinang di Jalan Macalister atas arahan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

0 comments:

share2