
Singapura - Sebanyak tujuh ekor kucing dijumpai mati di Taman Pasir Ris minggu lalu selepas dilaporkan hilang pada 14 Jun lepas.
Laporan Straits Times memberitahu, haiwan tersebut kemungkinan diracun melalui makanan ikan dan serbuk.
Menurut Persatuan Kebajikan Kucing, perkara tersebut sudah dimaklumkan kepada Lembaga Taman Negara (NParks) dan rondaan di kawasan berkenaan akan dipertingkatkan.
Salah sebuah bangkai kucing berkenaan sudah dihantar untuk bedah siasat.
Salah seorang pengunjung taman berkenaan, Noorfaradila Ibrahim, 32 mendakwa menemui kucing yang telah diracun.
Menurut beliau, pemeriksaan di klinik veterinar menunjukkan terdapat toksik dalam darah haiwan tersebut.
Noorfaradila juga kini memberikan penempatan sementara kepada lima kucing yang diambil dari taman tersebut.
"Ini sangat menyedihkan. Kita beri mereka makan, kita besarkan mereka seperti seorang yang rapat dengan kita. Dan tiba-tiba mereka sudah tiada lagi," katanya yang bekerja sebagai kerani.

0 comments:
Post a Comment