Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, June 26, 2015

MENTERI JAMIN PENGUATKUASAAN AKAN LEBIH BERKESAN

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata ia sejajar dengan keperluan semasa kementerian yang memerlukan penambahan tenaga kerja dalam memastikan penguatkuasaan akta itu susulan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Jun, 2015.


Pelantikan berterusan pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan menjamin penguatkuasaan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dapat dilaksanakan secara lebih berkesan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata ia sejajar dengan keperluan semasa kementerian yang memerlukan penambahan tenaga kerja dalam memastikan penguatkuasaan akta itu susulan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

"Ia juga merupakan hasrat saya untuk memastikan perjawatan di kementerian diisi dengan semaksimum mungkin, sekali gus memastikan pelaksanaan penguatkuasaan GST melalui akta itu boleh dilakukan secara optimum dan berkesan," katanya.

Hasan berkata demikian semasa berucap pada majlis penyampaian watikah pelantikan kepada 19 pegawai penguatkuasa dan 57 pegawai dan penolong pegawai penguatkuasa lantikan baharu dan secara lantikan serta majlis jasamu dikenang di Putrajaya hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Alias Ahmad.

Hasan berkata selaras dengan ekspektasi rakyat terhadap kementerian, kemasukan tenaga kerja baharu itu diyakini mampu memenuhi tanggapan tinggi kerajaan dan masyarakat, khususnya terhadap anggota penguatkuasa selaku nadi dalam memastikan perdagangan dalam negeri dikawal selia. – Bernama



0 comments:

share2