Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, June 24, 2015

[KUANTAN] EXCO PELANCONGAN PAHANG LAWAT BAZAAR RAMADHAN TAMAN KERANG



23.6.2015 - Petang semalam Yb. Dato' Seri Mohd Sharkar Shamsudin. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Pahang melawat Bazaar Ramadhan di Taman Kerang, Padang MPK Kuantan seterusnya berbuka puasa bersama-sama kakitangan agensi berkenaan.

Beliau juga mengedarkan bungkusan bubur lambuk kepada peniaga-peniaga di bazaar berkenaan serta orang awam yang datang berbuka puasa di Padang MPK.

Seramai hampir 3000 orang awam yang datang berbuka puasa di Padang MPK berhampiran Masjid Besar Kuantan semalam. Jumlahnya meningkat pada hujung minggu. Jumlah peningkatan lebih ketara diakhir-akhir bulan ramadhan kerana kunjungan mereka yang berada di luar Kuantan termasuk dari Kemaman, Terengganu bagi tujuan membeli belah untuk hari raya.

Berbuka puasa di Padang MPK Kuantan sudah menjadi kebiasaan bagi penduduk sekitar Kuantan sejak beberapa tahun lalu. Kemeriahan bulan Ramadhan juga turut dapat dirasai oleh para pelancong serta mereka yang bukan beragama Islam.














0 comments:

share2