Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, June 20, 2015

BERA: STROK UBAH KEHIDUPAN YASIMAH


Strok ubah kehidupan Yasimah


Sambutan Ramadan kali ini disambut sederhana bagi Yasimah Yassin, 41, sekeluarga apabila diserang strok pada 15 Mei lalu.

Yasimah berkata, pada awalnya dia langsung tidak boleh bangun dan hanya berbaring serta mengharapkan bantuan orang lain untuk bergerak.

Menurutnya, memandangkan suaminya bekerja di sekitar Temerloh, dia terpaksa menumpang di rumah ibunya dekat bagi menguruskan penjagaannya.

“Saya menghidap penyakit kencing manis tetapi tidak sangka pula diserang strok. Tapi Alhamdulillah, sekarang sudah boleh bangun dan duduk.

“Kalau mahu berdiri, saya perlu bergantung kepada seseorang atau apa-apa sahaja yang berdekat dengan saya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semasa Adun Guai, Datuk Norol Azali Sulaiman menziarah di rumah ibunya.

Yasimah mempunyai tiga anak yang masing-masing masih menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT), tingkatan 6 dan tingkatan 1.

Menurutnya, setakat ini, dia ada menerima sumbangan kerusi roda daripada Pejabat Parlimen Bera, dan meneruskan rawatan susulan.

“Kalau boleh, saya mahu bantuan tongkat supaya memudahkan saya berjalan. Saya kena berusaha juga untuk bergerak dan berjalan demi suami dan anak-anak.

“Ramadan kali ini kami sambut sederhana sahaja sebab masalah kesihatan yang saya alami, dan berharap cepat sihat supaya dapat melaksanakan ibadat puasa dan Syawal dengan lebih sempurna,” katanya.

0 comments:

share2