Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, May 31, 2015

PARTI LIAR, 51 DITAHAN TERMASUK PENGANJUR

dadah



KUALA LUMPUR - Sebanyak 51 orang termasuk penganjur parti dadah liar ditahan dalam Ops Parti Liar yang diadakan di Tingkat 44, Berjaya Times Square di sini, semalam.‎

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, kesemua individu termasuk penganjur parti itu, seorang wanita ditahan oleh sembilan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Dang Wangi.

Dalam operasi selama tiga jam bermula kira-kira 12.30 tengah malam itu, 18 daripada 51 orang yang ditahan itu adalah wanita.

"Sebanyak 20 orang positif ujian air kencing dan kini ditahan di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya," katanya dalam kenyataan di sini, semalam. 

Beliau berkata seorang pula ditahan kerana memiliki dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

"Tujuh lagi ditahan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya dan 23 lagi individu ditahan atas pemeriksaan dokumentasi," katanya. - Bernama



Read more »

DAP BANYAK CAMPUR TANGAN URUSAN PAS

Tuan Ibrahim Tuan Man



SHAH ALAM – Terlalu banyak campur tangan pimpinan DAP dalam pentadbiran Pas membuatkan seolah-olah wujud kumpulan dalam Pas yang suka mengikut nasihat DAP.

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, meskipun DAP merupakan rakan komponen dalam PR, tetapi parti itu tidak sepatutnya mencampuri urusan dalam Pas.

“Seperti sekarang, pimpinan DAP seolah-olah cuba campur tangan dalam pemilihan Pas yang akan berlangsung Jun ini. Antaranya ialah DAP sering menyebut mengenai keperluan untuk Pas menukar kepimpinan.

“Apabila ada kenyataan daripada DAP, ia seolah-olah mencerminkan wujud situasi begitu (golongan yang menyokong DAP). Sepatutnya tiada orang luar yang menentukan hala tuju Pas,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kelmarin bahawa wujud dua golongan dalam Pas, iaitu yang menyokong DAP dan golongan yang setia mempertahankan dasar Pas.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim bagaimanapun berkata, segala kritikan dan campur tangan DAP tidak akan menjejaskan dasar parti Islam itu.

“DAP pernah menyatakan tidak menerima kepimpinan Abdul Hadi, tetapi masih kerjasama dengan Pas. Ini sesuatu yang pelik.

“DAP tidak perlu tunggu sehingga selepas muktamar ini untuk melihat dasar dan polisi Pas. Ini kerana, bagi kita, terutamanya golongan ulama dalam Pas, sama ada sebelum atau selepas muktamar, perjuangan kita tetap sama dan tidak berubah,” katanya.



Read more »

AZMIN JANGAN MAIN POLITIK, SELESAIKAN SEGERA ISU AIR

Noh Omar



SHAH ALAM - Kerajaan Selangor digesa tidak bermain politik berhubung isu air di negeri tersebut.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, permainan politik yang dilakukan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali boleh mendatangkan impak kepada rakyat negeri itu.

“Minggu lepas di Parlimen, saya bertanya kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mengenai Perjanjian Utama Penstrukturan Air Selangor antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri.

“Saya agak terkejut mendengar jawapan pihak kementerian yang mengatakan perjanjian air itu masih belum selesai,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Green Tech Expo 2015 di ibu pejabat Kumpulan Media Karangkraf di sini, semalam.

Menurutnya, kerajaan negeri belum menyelesaikan ‘Condition Precedent (CP)' dalam perjanjian terdahulu.

Katanya, Kerajaan Persekutuan sudah menyediakan kira-kira RM2 bilion bagi menyelesaikan CP tersebut.

“Saya minta Azmin berhenti main politik dalam isu ini,” katanya.

Noh menggesa Kerajaan Selangor menyiapkan Loji Rawatan Air Langat 2 dengan segera untuk mengelak krisis air yang semakin kritikal.



Read more »

MUHAMMAD KHALIL PILIH NIK ABDUH JADI KETUA

Muhammad Khalil Abdul Hadi




KUALA TERENGGANU – Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi mengakui lebih cenderung terhadap Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz untuk menerajui kepimpinan Pemuda Pas pada penggal akan datang.

Muhammad Khalil berkata, Nik Abduh yang bakal mencabar penyandang Ketua Pemuda sedia ada, Suhaizan Kaiat dalam pemilihan Pemuda Pas bulan depan, melihat Nik Abduh mampu membawa aspirasi perjuangan pemuda Islam dalam parti itu.

Menurutnya, dengan pelbagai isu berlaku kebelakangan ini yang seolah-olah menggugat perjuangan Islam, beliau melihat seorang pemimpin tegas diperlukan supaya tidak berkompromi perkara membabitkan hukum-hakam.

“Kita lihat isu yang berlaku pada hari ini, pihak akar umbi melihat kepimpinan peringkat atasan ada yang longgar dalam mempertahankan prinsip dasar perjuangan Pas itu sendiri.

“Oleh itu, Pemuda adalah sayap sangat penting dan memerlukan kepada seorang ketua yang boleh membawa misi yang sangat besar ini untuk menerajui Pas pada masa depan,” katanya ketika ditemui di Pejabat Perhubungan Pas Terengganu di sini.

Muhammad Khalil yang mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Pemuda Pas memberitahu, isu umur tidak timbul walaupun Nik Abduh melepasi umur belia memandangkan tiada had umur bagi jawatan Ketua Pemuda Pas.

Berdasarkan sejarah katanya, beberapa individu sebelum ini yang pernah memimpin sayap Pas seperti Allahyarham Datuk Abu Bakar Chik menjadi Ketua Pemuda Pas ketika umurnya hampir 50 tahun.



Read more »

MENTERI DICABAR TAMBAH ANAK DAN HIDUP DENGAN RM900

Zuraida Kamaruddin



SHAH ALAM – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim dicabar supaya menjalani kehidupan biasa dengan gaji minima sebanyak RM900 untuk tempoh 30 hari.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, ia bagi merasai sendiri peritnya beban dan tekanan hidup yang terpaksa ditanggung oleh wanita bekerja yang berpendapatan minima dalam masa yang sama menanggung perbelanjaan dapur dan keperluan harian.

“Beliau (Rohani) pasti tidak pernah menikmati kesusahan dengan makan gaji. Kami ingin cabar beliau untuk hidup 30 hari sebagai seorang wanita yang memperoleh gaji minimum RM900 bersama-sama keluarganya.

“Kemudian setelah 30 hari berakhir, kami mahu beliau buat keputusan sama ada relevankah untuk mempunyai lebih ramai anak apabila kos kehidupan yang semakin meningkat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Zuraida, setiap keluarga perlu memiliki kestabilan dari segi kewangan sebelum bersedia menerima tanggungjawab tambahan.

Menurutnya lagi, ia juga bagi mengelakkan timbulnya masalah yang tidak diingini dalam jangka masa panjang.

“Ia adalah satu fakta bahawa kadar kelahiran semakin berkurangan. Tetapi dalam pada masa yang sama, kualiti kehidupan harus juga dipertingkatkan.

“… Daripada memberi nasihat “tidak perlu terlalu tumpu pada kualiti hidup”, kerajaan perlu mengambil tanggungjawab untuk memastikan tahap kualiti kehidupan di Malaysia harus menjadi lebih baik,” katanya lagi.

Rohani ketika menjawab soalan daripada pertanyaan lisan di persidangan Dewan Rakyat di Parlimen awal minggu ini menyatakan bahawa kerajaan menggalakkan pasangan berkahwin di negara ini menambah bilangan anak bagi menyokong peningkatan populasi negara.

Menurutnya, kebanyakan keluarga didapati memiliki dua anak dan perkara itu dipengaruhi banyak faktor termasuk masalah lewat berkahwin dan kesuburan.

Kata Rohani lagi , keluarga yang ideal diunjurkan mempunyai antara tiga hingga empat anak, sehubungan itu, pelbagai usaha dan galakan dilakukan kerajaan bagi menggalakkan pasangan berkahwin mempunyai anak yang ramai.





Read more »

KJ HANYA AKAN JADI PM KETIKA SUDAH TUA

Khairy Jamaluddin Abu Bakar


SHAH ALAM – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar merupakan calon terbaik bagi menggantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, namun jalan untuk Ketua Pemuda Umno itu bukan mudah.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, ini kerana Umno akan mencaras Khairy dan beliau hanya boleh menjadi Perdana Menteri pada lewat usianya.

“Kalau kita bandingkan semua pimpinan yang ada. Pemimpin yang terbaik layak mengganti Najib adalah Khairy.

“… dia calon yang layak, berkarisma, dia juga boleh bertutur dengan baik sama ada dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris,” katanya dalam satu wawancara dengan sebuah portal.

Zainuddin atau dikenali dengan panggilan Zam diminta mengulas mengenai siapakah individu paling layak menggantikan Najib.

Zam menambah, selain faktor populariti Khairy di kalangan anak muda, menantu Tun Abdullah Ahmad Badawi itu juga berkebolehan untuk meyakinkan dan mendapatkan semula sokongan rakyat terhadap BN.

“Dia semakin cerdik dan semakin mengimbangi politiknya. Dia juga tidak menampakkan bahawa dia menerima sepenuhnya pengisian dalam 1MDB dan dia juga banyak berusaha meyakinkan rakyat terhadap apa yang bakal dilakukan oleh kerajaan.

“Kalau kita bagi beliau peluang, sekarang juga dia boleh dapatkan sokongan rakyat terhadap kerajaan dari pelbagai kaum, bangsa, agama dan umur. Tetapi, tetapi tak boleh! Dia tidak akan mendapat tempat sepantas yang kita kehendaki. Dia hanya akan menjadi Perdana Menteri di hari tua,” katanya lagi.



Read more »

RUMAH FLAT JADI MACAM ZOO

Jadikan rumah flat macam zoo



GELANG PATAH - Penduduk Flat Taman Perumahan Rakyat, Lima Kedai, di sini, bengang dengan sikap penyewa yang keras kepala bertindak memelihara haiwan liar di kawasan perumahan.

Pengerusi Jawatankuasa Penduduknya, Abdul Latiff Arshad berkata, ada penyewa memelihara monyet dan diikat di luar rumah iaitu di kawasan kaki lima yang mengundang masalah kebersihan memandangkan ia turut dijadikan laluan oleh penduduk lain.

Menurutnya, bukan sahaja monyet ada juga penghuni di salah sebuah blok flat perumahan itu turut memelihara anjing yang ditempatkan dalam sangkar di luar rumah.

Jelasnya beliau dan penduduk lain pernah bertemu dengan penyewa terbabit dan menasihatkan tidak memelihara haiwan yang tidak sesuai memandangkan kawasan ini adalah perumahan jenis bertingkat, selain kedudukan setiap kediaman juga terlalu hampir.

“Walaupun monyet itu diikat, namun kami khuatir jika haiwan itu terlepas lebih-lebih lagi ketika tuannya tiada di rumah sudah tentu mengancam keselamatan penduduk di sini terutamanya kanak-kanak. Ia berbeza jika kawasan rumah teres atau di kampung setiap rumah
dipisahkan pagar atau kedudukannya tidak terlalu hampir seperti rumah strata.

“Begitu juga memelihara anjing di rumah flat dianggap tidak sesuai, pemilik haiwan perlu bertolak-ansur dengan penghuni lain,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Beliau juga memaklumkan selain terdapat penghuni yang memelihara haiwan yang tidak sesuai di flat, kawasan berkenaan kerap di ganggu dengan isu anjing liar yang berkeliaran.

Tambahnya, ibu bapa turut risau keselamatan anak mereka terutama ketika pergi atau pulang sekolah.

“Pernah juga seorang kanak-kanak yang pulang dari sekolah tercedera akibat terjatuh kerana dikejar anjing. Mujur kejadian itu disedari salah seorang penduduk di sini jika tidak mungkin dia juga tercedera kerana diserang haiwan itu.

“Tidak dinafikan, pihak berkuasa tempatan (PBT) memberikan kerjasama mengatasi masalah anjing liar namun isu ini berulang kembali. Kami tidak pasti dari mana haiwan itu datang kemungkinan dari ladang berhampiran atau ditinggalkan pemiliknya di sini,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) Salehuddin Hassan berkata, memelihara haiwan di rumah jenis bertingkat seperti di Flat Perumahan Rakyat Lima Kedai adalah tertakluk kepada peraturan ditetapkan Badan Pengurusan
Bersama (JMB).

“Lebih-lebih lagi memelihara haiwan liar seperti monyet juga tertakluk kepada peraturan ditetapkan pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). Memelihara anjing di rumah jenis strata juga disifatkan tidak sesuai.

“Kami nasihatkan pihak JMB atau jawatankuasa penduduk perumahan terbabit membuat aduan kepada Suruhanjaya Bangunan (COB) supaya kami dapat membantu mereka menjalankan tindakan kepada pemilik haiwan terbabit,” katanya.

Salehuddin berkata, pihaknya turut menjalankan tindakan berterusan untuk mengatasi masalah anjing liar di seluruh kawasan di bawah seliaan MPJBT.




Read more »

KUANTAN : KECEWA RUMAH BELUM ADA CF

Kecewa rumah belum ada CF



Akibat kesempitan hidup, hampir 35 keluarga nekad untuk mendiami rumah kos rendah yang dibeli mereka walaupun kediaman berkenaan belum memiliki sijil layak menduduki (CF).

Kebanyakan mereka yang menginap di flat ini tidak mempunyai pendapatan tetap malah mereka terpaksa mengambil risiko untuk menetap di sini, demi meneruskan kelangsungan hidup mereka.

Isu membabitkan kelulusan CF hampir dua tahun berlarutan dan rata-rata penduduk di flat Bukit Setongkol mula bingung memikirkan nasib mereka akibat tindakan tidak bertanggungjawab pemaju.

Pengerusi Perwakilan Penduduk Taman Bukit Setongkol, Goh Thim Fatt, berkata masalah ini telah lama berlarutan dan tiada sebarang penyelesaian dibuat oleh pemaju dalam usaha mendapatkan CF Flat berkenaan.


“Bukan sahaja tiada CF, tetapi dua baris rumah teres bertingkat yang mengandungi 28 unit rumah terpaksa dikosongkan kerana tiada elektrik dan air.

“Bila bekalan itu tidak diperoleh semestinya mendatangkan masalah kepada penghuni di flat ini,” katanya.

Thim Fatt meminta agar pihak pemaju segera menyelesaikan perkara ini agar pembeli flat berkenaan dapat menikmati hidup dengan lebih sempurna.

Penduduk, Lew Seng Seog, turut menyuarakan rasa kecewa dengan masalah tersebut kerana pemaju sanggup membiarkan perkara sebegini berlarutan begitu lama. 

Katanya, masalah ini telah lama berbangkit tidak silap saya sejak tahun 2007 dan disebabkan kegagalan pemaju penduduk berdepan dengan pelbagai kesukaran terutamanya dalam mendapatkan bekalan air.

“Kebanyakan penghuni di sini terpaksa menggunakan air industri dan kadar bayaran bulanan juga amat mahal iaitu sekitar RM1.45 seunit.

“Jadi dalam hal ini purata pembayaran bil bulanan seseorang penduduk dianggarkan RM30 hingga RM40 sebulan dan bagi saya ia adalah jumlah yang cukup mahal,” katanya.

Halimah Hamzah pula berkata sejak berpindah ke rumah ini dua tahun lalu, pelbagai masalah terpaksa dilalui termasuklah masalah bekalan air dan sistem pembetungan.

Menurutnya, ramai penduduk mula bosan dengan janji pemaju yang kononnya akan memberikan CF dalam masa terdekat ini.

“Tetapi janji tinggal janji dan saya berharap agar pemaju lebih bertanggungjawab tentang masalah penghuni flat ini,” katanya.

Seorang lagi penghuni mahu dikenali dengan nama Fiza, berkata, dia terpaksa tinggal di rumah ini juga kerana sudah mula membuat pembayaran sebanyak RM300 sebulan.

Menurutnya yang sebelum ini menyewa di Indera Mahkota berkata, dia dan suami tidak mampu membayar dua rumah lalu mengambil keputusan untuk tinggal di sini walaupun belum mendapat CF.

Mengenang nasib yang menimpa penduduk di sini, mendapat perhatian apabila Ketua Muda Keadilan, Wong Chun Yuan cuba menyelesaikan masalah ini dengan memaklumkan kepada Adun Semambu, Lee Chean Chung.

Katanya, pihaknya akan cuba berunding dengan pemaju agar penduduk mendapat CF sebagai jaminan mereka.



Read more »

PEMUDA PAS KUANTAN GESA GUAN ENG MINTA MAAF

Lim Guan Eng


Kuantan - Pemuda Pas Kuantan menggesa agar setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta maaf dan menarik semula tuduhan yang dilemparkan terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi demi kelangsungan PR.

Ketuanya, Fadhli Ibrahim berkata, sebagai sebuah parti gabungan sepatutnya semangat setia kawan perlu diperkukuhkan dalam usaha menjernihkan hubungan parti dalam PR.

“Di mana semangat setia kawan dalam PR, dan kami kecewa apabila DAP tidak henti-henti menyerang Pas terutamanya terhadap Abdul Hadi. Malah pelbagai tuduhan liar dan berniat jahat dilembarkan kepada Pas,” katanya dalam satu kenyataan mengenai dakwaan Guan Eng yang mengatakan Abdul Hadi lebih condong kepada Umno.

Beliau mengingatkan Dap supaya tidak mencampuri urusan Pas memandangkan parti itu hanya jiran dalam PR.

“Saya minta jangan sesuka hati masuk ke dalam kamar tidur ayah dan ibu kami kerana mereka (DAP) hanya berjiran,” katanya.

Fadhli berkata sepanjang Pas menyertai PR tidak pernah timbul isu pemimpin parti Islam itu mengkhianati PR.

“Tidak pernah berlaku seperti yang didakwa, sebaliknya ia berlaku oleh parti lain dalam PR itu sendiri,” katanya.

Jelasnya, pemilihan Pas tahun ini menunjukkan parti itu semakin berkembang dan berpengaruh apabila wujudnya campur tangan dari parti lain termasuk DAP.

Katanya, campur tangan berkenaan menunjukkan Pas dilihat mampu menggantikan Umno untuk menggalas amanah kepimpinan negara



Read more »

TEMERLOH : PENDUDUK GESA SEDIAKAN BAS AWAM

Penduduk gesa sediakan bas awam



Penduduk daerah ini menggesa pihak berkuasa menyediakan pengangkutan awam untuk ke pasar besar Temerloh sekaligus menyelesaikan masalah pengangkutan khususnya kepada mereka yang tidak mempunyai kenderaan sendiri.

Walaupun isu yang sama pernah diutarakan sebelum ini namun sehingga kini tidak ada kemudahan awam yang menyediakan pengangkutan secara berjadual ke pasar besar Temerloh.

Seorang penduduk, Wan Sakinah Wan Ahmad berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) digesa mencari penyelesaian kepada masalah tersebut sekurang-kurangnya satu pengangkutan awam dari Terminal Bas Temerloh ke pasar besar itu.

Menurutnya, kedudukan pasar itu yang hampir dua kilometer dari Terminal Bas Temerloh menyukarkan penduduk terutama warga emas yang berkunjung ke situ.

“Pada masa ini hanya mereka yang berkereta mampu untuk ke Pasar Besar Temerloh, ramai lagi yang mahu berkunjung ke pasar Temerloh tetapi kedudukannya agak jauh,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Ahmad Salleh, 45, berkata, bagi mengatasi masalah tersebut, perbincangan perlu diadakan antara Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) sama ada untuk membuka tender atau menawarkan kepada syarikat bas yang berminat.

Menurutnya, usaha itu perlu disegerakan kerana masih ramai penduduk di daerah ini yang tidak mempunyai pengangkutan sendiri.

“Saya rasa masalah kita sekarang adalah pengangkutan utama bukan sahaja ke pasar malah ke tempat-tempat tumpuan lain kerana jika berjaya diatasi akan mampu menjana ekonomi warga tempatan,” katanya.




Read more »

BUKAN KERJA AZIZAN DAMAIKAN PAS, DAP

Bukan kerja Azizah damaikan Pas, DAP



PETALING JAYA -‎ Bukan tugas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mendamaikan pertelingkahan di antara Pas dengan DAP yang kian berlarutan sehingga kini.

Menurut Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul, hal yang berlaku di antara parti dalam PR itu di luar peranan ‎Wan Azizah yang tertumpu kepada hal-hal nasional atau yang berkaitan dengan parlimen.

"Bukan peranan Wan Azizah untuk satukan semua orang. Sebagai ketua pembangkang di Parlimen, isu yang dia bicarakan ialah soal isu nasional, hal-hal yang berlaku dalam parlimen melibatkan rakyat. Bukanlah peranan dia untuk menyatukan parti-parti. Itu jelas peranannya.

"Hal-hal yang bersangkut paut dengan perbezaan pendapat antara parti-parti dalam PR, itu adalah hak dan pilihan parti masing-masing. Walaupun Wan Azizah jadi ketua pembangkang tapi bukanlah tugasan utama dia untuk pastikan semua orang tak gaduh," katanya pada Sinar Online ketika ditemui selepas sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

Menurutnya, ‎hal berkaitan perbezaan pendapat dalam parti-parti komponen PR itu tidak boleh dikawal oleh sesiapa pun.

‎"Mana-mana parti pastu akan ada masalah turun naik cuma selagi kita boleh 'pegang' mereka bersama. Begitu juga BN. Mereka juga ada masalah.

"‎Isu-isu yang melibatkan masalah rakyat, semua parti dalam PR setuju. Seperti RMK11, semua setuju ada yang tidak kena. Isu itu kita tentu kita akan bersama. Isu perbezaan pendapat itu hak parti masing-masing. Tiada siapa boleh kawal itu," katanya.

Mengulas lanjut, Johari membuat perumpamaan bahawa jika DAP tidak menyukai warna baju yang dipakai Pas sekali pun, itu bukan masalah pakatan.

‎"Walaupun DAP tak suka warna baju yang dipakai Pas, itu bukan masalah kita. Maksudnya, hal parti, hal parti.

"Tetapi di parlimen, kita bercakap sebagai satu pakatan. Hal-hal di luar parlimen‎ itu kita akan bincang. Saya rasa (beza pendapat) bukan menjadi keutamaan kepada kita begitu juga bukan keutamaan kepada ketua pembangkang," katanya.





Read more »

KARAK : TRELER TERBAKAR, RATUSAN KENDERAAN TERKANDAS

Treler terbakar, ratusan kenderaan terkandas



Ratusan kenderaan terkandas empat jam sepanjang hampir lapan kilometer apabila sebuah treler terbakar di Kilometer 47.1 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuala Lumpur, semalam.

Kebakaran bahagian badan treler membawa muatan getah beku seberat 16 tan dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, menyebabkan laluan tersebut ditutup sepenuhnya.

Pemandu treler, K Jagatheswaran, 38, berkata, dia yang dalam perjalanan dari Mentakab ke Kuala Lumpur memberhentikan treler di lorong kecemasan sebaik menyedari terdapat kepulan asap di tayar belakang melalui cermin sisi.

Menurutnya, kebakaran pada bahagian tayar itu cuba dipadam menggunakan air, namun tidak membuahkan hasil malah merebak dengan cepat.

“Disebabkan tidak boleh berbuat apa-apa, saya segera bertindak memisahkan bahagian badan dan kepala treler bagi mengelak kejadian lebih buruk.

“Saya ambil masa lebih kurang lima minit sebelum membawa kepala treler jauh dari situ. Memang rasa cemas kerana ketika itu api sudah merebak hampir ke seluruh muatan, namun lega sempat berbuat demikian,” katanya.

Jagatheswaran berkata, sebelum kejadian dia telah berhenti tiga kali berikutan masalah brek belakang dan kebakaran dipercayai berlaku disebabkan brek panas.
Menurutnya, ia merupakan kejadian pertama dialami selepas tujuh tahun bekerja sebagai pemandu treler.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bentong, Zainal Abidin Nong Chik berkata, pihak bomba menerima panggilan pada jam 3.11 pagi dan ke lokasi dengan kekuatan sebuah lori tengka, lima 'water tender' dan 28 anggota termasuk pegawai dari balai Bentong, Karak, Genting Highlands serta dibantu Bomba Sukarela Janda Baik dan Perting.

Menurutnya, kebakaran dapat dikawal selepas 45 minit dan dipadam sepenuhnya pada jam 6.40 pagi.

“Memandangkan kebakaran melibatkan getah mampat, kita terpaksa menggunakan 10 tong bahan kimia khas yang setiap satu tong berkapasiti 25 liter.

“Tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa berlaku," katanya.



Read more »

PM KENA JAWAB SURAT VIRAL

PM kena jawab surat viral


SENAWANG - Nadi Keadilan Rakyat (NKR) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memberikan penjelasan mengenai kesahihan surat ditujukan kepada Adun Lenggeng, Datuk Ishak Ismail berkaitan kes kebankrapannya.

Pengerusinya, Mohd Nazree Mohd Yunus berkata, selaku sekretariat bebas yang bertanggungjawab memantau pentadbiran negara agar dipacu ke arah lebih baik, sudah semestinya perkara ini dibangkitkan memandangkan sudah menjadi viral sejak 14 Mei lalu, dalam masyarakat.

“Najib tidak boleh terus berdiam diri. Jika betul surat bertarikh 13 Mei itu daripada Jabatan Perdana Menteri, maka buktikan. Begitu juga kalau sebaliknya,” katanya pada satu sidang media di Taman Ixora, di sini, semalam.

Menurut beliau, seandainya arahan supaya kes Ishak diselesaikan di luar mahkamah itu memang datang daripada Najib sendiri, maka timbul pula persoalan lain yang perlu dijawab oleh pemimpin berkenaan.

“Kita ingin tahu, apakah kepentingan kedudukan Adun Lenggeng pada kaca mata Najib. Adakah situasi ini membuktikan beliau mula risau dengan kedudukan Umno dan BN di Negeri Sembilan yang semakin goyah.

“Paling penting, mahukah Menteri Besar (Datuk Seri Mohamad Hasan) dan Speaker Dun (Datuk Dr Awaludin Said) mengikut saranan dikemukakan Najib. Hanya mereka saja ada jawapannya,” katanya yang sama sekali tidak berniat menyentuh prosiding sedang berlangsung di mahkamah.

Mohd Nazree turut mendesak Umno Negeri Sembilan menyelidik perkhabaran kononnya seorang lagi Adun negeri ini dilanda masalah hutang, sehingga membabitkan mahkamah.

“Desas-desus mengatakan, Adun terbabit diperintahkan membayar hutang sebanyak RM76,000 kepada individu tertentu oleh Mahkamah Majistret Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Betul atau tidak hal ini, kita tidak pasti. Menjadi tanggungjawab Pengerusi Umno Negeri Sembilan (Mohamad) untuk membuat siasatan. Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku ekoran boleh menjejaskan reputasi seorang wakil rakyat,” katanya.




Read more »

Saturday, May 30, 2015

[BENTONG] 'BIKE WEEK' MERIAH



Buat julung julung kalinya, program Bentong Bike Week telah diadakan di daerah Bentong. Program ini bertujuan mengumpulkan semua pertubuhan motorsikal yang ada di dalam negara dan juga dari luar negara serta mengeratkan hubungan diantara persatuan dan penunggang motorsikal.




Bentong Bike Week telah dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan Jalan Malaysia dan juga merupakan Ahli Parlimen Bentong iaitu Dato' Sri Liow Tiong Lai. Program ini turut dihadiri oleh Pegawai daerah Bentong, Dato' Azhar Bin Haji Arshad, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Bentong, Mohammad Syahid Bin Ismail dan Pengerusi Majlis Belia Daerah Bentong, En Ahmad Nil Hakim Bin Abdul Rahim. Turut hadir sama adalah penyanyi rock lagenda, Ahmad Azhar bin Othman atau lebih dikenali sebagai Awie.

Didalam program ini, Dato' Sri Liow Tiong Lai telah menyampai harapan beliau agar semua ahli persatuan dan penunggang motorsikal mematuhi undang undang jalanraya. Ini kerana menurut beliau, Malaysia antara negara tertinggi di dunia yang mencatat kadar kemalangan jalanraya. Selain itu, Dato' Sri Liow Tiong Lai turut berharap program seperti ini boleh diteruskan dimasa masa akan datang kerana ianya boleh memberi manfaat kepada penduduk Bentong dari segi promosi buah buahan tempatan dan juga perniagaan homestay.







Selepas menyampaikan ucapan, beliau telah melepaskan peserta konvoi motorsikal yang diketuai oleh Awie sendiri dalam lawatan ke Felda Lurah Bilut. Dato' Sri Liow Tiong Lai turut meluangkan masa melawat gerai gerai jualan yang ada. Sebelum beredar, Dato' Sri Liow Tiong Lai telah meluangkan masa melawat booth Buku Jalanan Bentong yang diusahakan oleh belia Bentong. Program Buku Jalanan Bentong bertujuan memupuk sifat membaca dikalangan masyarakat. Buku buku ini disedia secara percuma dan orang ramai boleh datang membacanya.


Read more »

SHAHRIR ULAS PERTEMUAN DENGAN ARUL KANDA



Pertemuan Tan Sri Shahrir Abdul Samad dengan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB , Arul Kanda Kandasamy bagi membolehkan Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) memahami isu-isu dan mendapatkan maklumat berkaitan syarikat pembangunan strategik itu.

Shahrir berkata, sebagai Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pengerusi BNBBC, beliau harus memahami isu-isu penting secara mendalam dan ia tidak terikat kepada 1MDB sahaja.

shahrirarul1mdb“Ini bermakna sokongan dan pendirian ahli-ahli parlimen BN adalah berasaskan fakta serta maklumat tepat dan bukan hanya sokongan berasaskan kesetiaan kepada parti semata-mata,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Johor Bharu itu, BNBBC dari masa ke semasa mendapatkan penerangan daripada pelbagai pihak mengenai isu-isu yang ada kaitan dengan kepentingan ramai.

Sebagai contoh katanya, BNBBC telah mendapat penerangan dari Khazanah Malaysia mengenai pemulihan dan penyusunan semula MAS pada Isnin malam.

Katanya, pertemuan sama ada secara persaorangan atau berkumpulan itu membolehkan pihak berkenaan memberikan keterangan yang bermanfaat kepada ahli parlimen BN supaya dapat dijelaskan kepada rakyat.
Bercakap kepada BNBBC.MY, Shahrir mengesahkan mengadakan pertemuan dengan Pengarah Eksekutif 1MDB itu pada Rabu malam.

Malah, pada malam sebelumnya, beliau telah berjumpa dengna Menteri Kewangan 11, Datuk Seri Husni Hanadzlah mengenai kedudukan semasa dan perancangan masa depan 1MDB.

Menurut Shahrir, dalam kedua-dua pertemuan, beliau turut menyampaikan pandangan supaya syarikat berkenan dan kementerian mengambil langkah untuk menambahkan modal syarikat sejajar dengan liabiliti yang ditanggung 1MDB tanpa bergantung kpd dana awam dan pinjaman baru.

“Saya berpendapat 1MDB mempunyai aset yang bernilai tapi sebagai sebuah syarikat ianya tidak dimodali sewajarnya,” katanya.

Shahrir berkata, dalam pertemuan hampir tiga jam dengan Arul, beliau tidak menyentuh soal penyiasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terhadap 1MDB.

“Saya menghormati kedudukan PAC sebagai sebuah jawatan kuasa tetap Parlimen. PAC telah pun menerima permintaan Arul Kanda untuk ditangguhkan kehadirannya kepada suatu tarikh baru menggantikan pertemuan yang sepatutnya diadakan Selasa lalu,” tegasnya.

Menurut Shahrir, beliau tidak berbincang mengenai PAC dengan Arul kerana percaya proses pengauditan yang sedang dilakukan Ketua Audit Negara serta penyiasatan oleh PAC terhadap 1MDB.

“Itu sesuatu yang harus dihormati malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri mahu ia disegerakan,” ujarnya.

Portal The Malaysian Insider hari ini melaporkan pertemuan antara Shahrir dan Arul serta mempertikai kenapa Pengarah Eksekutif 1MDB itu boleh bertemu Shahrir dan tidak bejumpa PAC Selasa lalu.

Arul mengesahkan bertemu Shahrir sehari selepas tarikh itu di Kuala Lumpur, tetapi mengatakan pertemuan itu diadakan hanya selepas beliau pulang ke Malaysia.

“Ya, saya bertemu dengan Shahrir, tapi itu pada Rabu. Saya tidak dapat hadir ke sesi PAC kerana hanya pulang ke tanah air pada Selasa malam,” katanya kepada The Malaysian Insider.




Read more »

CALON PRESIDEN PAS TAK KISAH DIRUDUH PROKSI DAP





Samada tuduhan atau sekadar persepsi, adalah lebih bijak bagi seseorang individu itu memberi penerangan lantas menafikan sekiranya ianya tidak benar.

Apatah lagi, jika tuduhan tersebut bersifat “direct”, serta tidak memerlukan sebarang penyiasatan, atau audit yang terperinci bagi membuktikan dirinya tidak terbabit.

Namun, apa yang sedang berlaku ke atas Ahmad Awang cukup aneh, apabila beliau sendiri tidak kisah digelar “proksi DAP” di dalam PAS. Tidak kisah bermakna ada kebenaran tuduhan tersebut. Adakah begitu?

Penulis sendiri terkejut dengan kenyataan beliau di dalam sebuah portal, yang secara tidak langsung seolah-olah bersetuju dengan apa yang sedang hangat diperkatakan di kalangan penyokong PAS.

Berdasarkan cerita-cerita politik, Ahmad Awang didakwa individu yang menentang keras pembentukan kerajaan perpaduan UMNO-PAS di Perak pada 2008. Jika ianya benar sekalipun, rasanya ia bukan asas yang kuat untuk melabel beliau sebagai “proksi DAP” di dalam PAS.

Walau bagaimanapun, mana mungkin pokok bergoyang, andaikan tiada angin, kan?

Hakikatnya, kebelakangan ini Ahmad Awang kerap muncul di media-media untuk membuat kenyataan yang dilihat “menentang” kepimpinan PAS yang dipimpin oleh Hadi Awang. Antaranya ialah berkenaan isu hudud.

Dari pemerhatian penulis, isu yang dibangkitkan oleh Ahmad Awang mempunyai kecenderungan yang hampir sama dengan isu yang dilontarkan oleh pimpinan DAP. Nada dan irama yang sama, dibantu “pitching” dan “falseto” dalam “key-note” yang sama, menjadikan tuduhan atau persepsi ke atas dirinya seolah-olah hakikat sebuah kebenaran.

Ia disokong dengan kenyataan empunya badan, bahawa dia tidak kisah jika dilabel sebagai “proksi DAP”. Hebat!

Suratan atau kebetulan, bukanlah perkara utama. Yang penting, apakah PAS akan mengorak langkah drastik dengan meminggirkan prinsip dan perjuangan yang sekian lama menjadi kiblat politik mereka, lantas mengangkat Ahmad Awang sebagai Presiden yang baru.

Segalanya akan terungkai apabila Muktamar PAS ke 61 melabuhkan tirainya hujung minggu hadapan.




Read more »

ELAUN TINGGI, SALAH GUNA OT PENYUMBANG KEJATUHAN MAS

masstaff


PETALING JAYA – Kira-kira 180 jenis elaun, tuntutan kerja lebih masa (OT) yang besar, gaji dan nilai kontrak yang terlalu tinggi menjadi penyumbang kepada kejatuhan kewangan syarikat Penerbangan Malaysia (MAS). 

Malah terdapat pekerja yang dibayar elaun bulanan basikal dan ada yang diberikan elaun kesulitan. 

Mengimbas kembali mengenai dilema itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Christoph Mueller berkata syarikat penerbangan berkenaan tidak sendirian berhadapan keadaan itu. 

“Ia berlaku dalam banyak syarikat penerbangan. Jika anda mempunyai penerbangan ke kawasan sejuk, akan ada pula elaun pakaian sejuk. 

“Bukan sahaja gaji asas yang anda dapat sebaliknya anda turut memperoleh banyak elaun lain,” katanya kepada The Star. 

Ditugaskan untuk memulihkan MAS, Mueller berkata syarikat penerbangan itu juga berhadapan salah guna tuntutan kerja lebih masa. 

Katanya wujud juga keadaan bayaran kerja lebih masa adalah tinggi berbanding gaji asas yang dibayar. 

“Itu adalah amalan yang tidak baik bukan hanya syarikat perlu membayar tuntutan kerja lebih masa, pesawat juga ada kalanya lewat berlepas. 

“Ini kerana anda hanya boleh membenarkan tuntutan kerja lebih masa jika kerja yang dilakukan ditangguhkan,” jelasnya. 

Untuk beralih daripada semua amalan ini, MAS Bhd, syarikat penerbangan baharu yang akan bermula pada 1 September depan mempunyai sistem ganjaran untuk kakitangan yang menyelesaikan pekerjaan tepat pada masanya. 

“Ia sebagai insentif untuk pekerja supaya menyelesaikan tugas dengan cepat. 

“Kita perlu menggantikan amalan yang tidak baik ini dengan pemberian gaji yang lebih sama rata supaya kita boleh memberi insentif kepada mereka dalam bentuk wang jika kerja diselesaikan dengan pantas…saya fikir ini adalah perkara normal,” katanya. 

Mueller berkata terma dan syarat pekerjaan bagi MAS Bhd dibuat mengikut tanda aras beberapa syarikat penerbangan lain manakala skala gaji baharu adalah mengambil kira kos sara hidup di sini dan tempat-tempat lain di mana MAS beroperasi. 

“Kami telah mengambil kira senarai kekananan, jadi ia adalah satu proses yang sangat kompleks,” katanya. 





Read more »

SUDAH 15 TAHUN ROHINGYA LALU DEPAN RUMAH

Sudah 15 tahun Rohingya lalu depan rumah kami‎



KANGAR - Kisah pelarian etnik Rohingya yang masuk ke negeri ini melalui kawasan sempadan bukan satu fenomena asing bagi penduduk di Perlis.

Selain Wang Kelian dan kawasan Padang Besar, penduduk di sekitar Sungai Batu Pahat dan Kuala Perlis juga turut menerima kedatangan tetamu tidak di undang ini sekitar 15 tahun lalu.

Pembongkaran kubur besar dan kem Wang Kelian yang menggemparkan negara baru-baru ini, mengimbau pengalaman berhadapan dengan etnik berkenaan sejak dahulu lagi.

Takut buka pintu waktu siang

Bentuk muka bumi di sekitar Sungai Batu Pahat yang kelilingi bukit antara faktor pelarian Rohingya mudah membolosi sempadan melalui laluan berkenaan.

Seorang penduduk dikenali sebagai Paklang, 70, berkata, rumahnya yang terletak kira-kira 500 meter dari Bukit Alor Berangan menjadi tumpuan pelarian berkenaan pada tahun 2000.

Menurutnya, sebaik sahaja pelarian Rohingya turun dari bukit, kawasan rumahnya akan menjadi laluan mereka sehingga menyebabkan dia dan isteri takut untuk membuka pintu pada waktu siang.

“Bukan kerana kami takut diserang mereka cuma kami tidak mahu rumah ini menjadi lokasi untuk pelarian ini berehat, sebab itulah saya akan membiarkan mereka melepasi rumah saya terlebih dahulu sebelum menyusuli mereka kemudian.

“Sebaik sahaja mengesan kehadiran pelarian Rohingya, saya akan terus menghubungi polis. Apabila mereka berehat di kawasan lapang, saya dan beberapa penduduk kampung yang lain akan memberikan minuman serta makanan atas dasar kemanusiaan,” katanya.

Paklang berkata, ada antara pelarian Rohingya ini mampu berturut dalam Bahasa Malaysia.

Jelasnya, dia pernah diberitahu oleh pelarian itu, bahawa mereka mahu pergi ke Pulau Pinang untuk bekerja.

"Kalau tengok air muka pelarian terbabit, mereka seolah-olah gembira kerana menyangka sudah sampai di Pulau Pinang.

“Malah apabila trak polis sampai mereka kelihatan tersenyum dan seperti menganggap polis itu sebagai orang tengah akan membawa mereka ke tempat kerja,” katanya.

Ubah suai pondok penduduk

Kehadiran pelarian Rohingya sukar dikesan kerana bijak mengaburi mata penduduk kampung.

Paklang berkata, ada pelarian bertindak mengubah suai pondok milik penduduk bagi elak dikesan.

Menurutnya, pondok yang sebelum ini dibina tinggi diubah suai menjadi lebih rendah menyebabkan penduduk kampung tidak menyedari kehadiran mereka.

“Tetapi apabila saya melalui kawasan itu, saya rasa hairan dengan keadaan dangau (pondok) yang semakin rendah, selepas diamati barulah saya perasan ada pergerakan manusia agak ramai di situ.

“Selepas menghubungi polis, saya bersama penduduk dan anggota polis menyerbu dangau itu menyebabkan kumpulan berkenaan lari bertempiaran, tetapi kerana keletihan dan kelaparan semua pelarian tersebut dapat ditangkap dengan mudah,” katanya.

Biarpun pelarian Rohingya menukar modus operandi melalui kawasan sempadan di Wang Kelian, Padang Besar dan jalan laut sejak akhir-akhir ini, Paklang tidak menafikan bukit itu sangat mudah didaki.

Paklang berkata, laluan bukit itu sudah dilalui nenek moyang terdahulu yang berhijrah ke Perlis.

"Ibu saya berasal dari Kampung Tanjung Gabus di wilayah Satun yang terletak di belakang bukit ini, jadi orang terdahulu sudah mendaki bukit berkenaan sejak dahulu lagi.

“Saya sendiri pernah berulang alik dari kampung tersebut melalui bukit itu sewaktu muda dulu walaupun terpaksa memanjat bukit selama satu jam, selepas sampai di sebelah sana saya akan menaiki sampan sebelum sampai ke Kampung Tanjung Gabus,” katanya.

Paklang berkata, apabila sampai di sana, dia hanya perlu menemui naiban iaitu ketua kampung untuk memberitahu kehadirannya dan akan pulang semula ke Sungai Batu Pahat pada waktu petang.

“Oleh itu, apabila pelarian Rohingya melalui kawasan ini, berkemungkinan ada tekong yang tahu mengenai laluan bukit tersebut sebelum melepaskan mereka ke sini.

“Sekarang pelarian berkenaan sudah tidak berani melalui bukit itu kerana dikawal ketat oleh anggota keselamatan, jadi kami berasa lebih selamat,” katanya.

Tidak lari apabila ditahan

Sementara itu, penduduk di Kampung Wai, Kuala Perlis, Che Loh Abdullah, 73, berkata, kali terakhir dia melihat pelarian Rohingya turun dari bukit berdekatan kampung itu adalah pada tahun lalu.

Menurutnya, sebagai anggota Rela, dia aktif mengawasi kawasan kampung itu bersama beberapa anggota lain.

“Yang saya pelik, beberapa kali saya perasan segelintir pelarian ditahan seperti orang yang sama pernah ditahan sebelum itu, tapi saya diamkan sahaja kerana takut tersilap orang.

“Mereka turun dari bukit tanpa mengira masa, kadangkala waktu malam dan ada kalanya waktu siang, mereka tidak pernah cuba melarikan diri apabila ditahan kerana letih dan lapar," katanya.

Che Loh berkata, sebelum polis tiba penduduk kampung akan memberi mereka kopi dan roti.

Katanya, dia kini tidak lagi melihat kelibat pelarian Rohingya turun dari bukit tersebut setelah mereka sering terkandas apabila sampai di kampung itu.




Read more »

LALUAN TIKUS DIKESAN 10 TAHUN LALU

Kubur Rohingya




KANGAR - Kira-kira enam laluan tikus dikesan di sekitar sempadan Malaysia-Thailand di Perlis yang dipercayai digunakan sindiket pemerdagangan manusia dan penyeludupan barang.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Syed Omar, Nor Mahizan Kasim berkata, laluan tersebut telah diguna pakai ejen sindiket untuk pemerdagangan manusia yang dipercayai wujud sejak lebih 10 tahun lepas.

"Laluan merentasi sempadan Malaysia-Thailand ini telah disalah guna pihak tidak bertanggungjawab untuk tujuan sindiket yang asalnya digunakan oleh penduduk tempatan berikutan perhubungan persaudaraan ketika itu," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Antara laluan pintas bagi merentasi sempadan adalah Felcra Lubuk Sireh, Felda Mata Ayer, Ladang Tebu Chuping, Wang Kelian dan Kampung Syed Omar/Kampung Puju dan Bukit Batu Putih.

"Bukan sahaja perhubungan antara penduduk tempatan dan warga Thailand tetapi juga perniagaan yang diusahakan penduduk kedua-dua negara di kawasan sempadan, jadi kelonggaran itu diberi. 

"Namun pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan terhadap kelonggaran itu dan menjalankan sindiket pemerdagangan manusia yang kejam," jelasnya. 

Nor Mahizan berkata laluan sulit di Kampung Syed Omar-Kampung Puju di Thailand adalah antara laluan digemari sindiket penyeludupan manusia sekitar tahun 1980-an. 

"Laluan pintas merentasi sempadan itu adalah antara yang popular ketika itu ekoran keadaan pokok bakau yang tebal dan kebanyakan penduduk kampung memiliki dusun di situ. 

"Jadi kawalan di situ memang tidak seketat laluan lain kerana kelonggaran diberikan kepada penduduk kampung yang memiliki dusun malah ada antara dusun mereka terletak dalam sempadan Thailand," katanya. 

Menurutnya, laluan pintas itu juga antara laluan yang digunakan pada tahun 1970-an untuk penyeludupan binatang ternakan yang ketika itu Malaysia amat ketat dalam keselamatan makanan import.




Read more »

KUANTAN : BIMBANG PEMBALAKAN TIDAK TERKAWAL

Bimbang pembalakan tidak terkawal


Penjaga rumah ibadah menyuarakan kebimbangan apabila melihat kegiatan pembalakan di kawasannya itu semakin tidak terkawal boleh mengundang bencana alam seperti banjir lumpur.

Chen Le, 63, berkata, tidak mustahil banjir lumpur akan berlaku di kawasan Kampung Padang itu sekiranya aktiviti pembalakan tidak dibendung oleh kerajaan.

“Saya menetap di rumah ibadah ini sudah lama. Saya risau dan takut jika penebangan balak ini tidak dikawal ia boleh menyebabkan berlakunya banjir terutamanya apabila tibanya musim hujan atau tengkujuh.

“Saya amat takut jika perkara ini berlaku kerana ia akan menjejaskan kawasan penempatan rakyat di kawasan sekitar seterusnya merebak ke kawasan lain,” katanya.

Menurutnya, walaupun di kawasan ini tidak pernah berlaku banjir, namun tidak mustahil bencana alam boleh berlaku sekiranya tiada pengawalan daripada pihak kerajaan berhubung aktiviti tersebut.

Katanya, setiap kali berlakunya hujan, beliau berdepan dengan pelbagai masalah seperti kesukaran untuk keluar ke bandar kerana jalan licin disebabkan lumpur sisa daripada lori yang mengangkut balak dan bauksit di kawasan berkenaan.

Wanita itu memberitahu sejak berlakunya pembalakan di kawasan ini awal Mei lalu, suhu di kawasan di sekitar rumah ibadahnya sudah berubah berbanding sebelum itu.

“Jika dahulu, kawasan ini sangat nyaman, udaranya segar dan sejuk, tapi kini semuanya telah berubah dan saya mahu kerajaan menilai semua perkara ini.

“Kawasan ini mulai panas dan udara sudah tidak segar lagi,” katanya.

Jelasnya, kesan daripada aktiviti pembalakan itu, banyak jalan rosak dan kawasan di rumah ibadahnya turut mengalami hakisan.

“Jalan sudah banyak rosak akibat lori yang keluar masuk membawa hasil yang ditebang. Saya amat kecewa sehingga ke hari ini kerana tiada sebarang penyelenggaraan dan pembaikpulihan jalan dilakukan oleh pengusaha balak.

“Mereka ada beri jaminan untuk membaiki jalan , namun sampai ke hari ini tiada tindakan. Malah saya pula terpaksa bersusah payah menurap jalan tersebut dengan menabur batu di kawasan jalan berlubang,” katanya.

Dalam pada itu, Chen Le meminta agar kerajaan menjarakkan aktiviti perlombongan bauksit dengan tempat rumah ibadahnya sebanyak 18 meter.

“Jika kerajaan ingin mengadakan perlombongan bahan mineral itu, saya mohon agar aktiviti itu tidak dilakukan berhampiran dengan rumah ibadah saya ini kerana ia boleh mengganggu kesihatan penghuni di sini,” katanya.

Sementara itu, Adun Semambu, Lee Chean Chung berkata beliau akan cuba menyelesaikan masalah ini dalam masa terdekat lebih-lebih lagi melibatkan pencemaran alam sekitar.




Read more »

FELDA MENANG KES SAMAN TERHADAP MAZLAN ALIMIN



Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman dan Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd., yang menerbitkan buku bertajuk ‘Felda … Dulu tolong Sekarang Ah Long,’ diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM350,000 dan kos RM150,000 setelah didapati memfitnah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan itu tanpa kehadiran Mazlan dan wakil pihak penerbit buku berkenaan mahupun peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili mereka.

Dalam saman yang difailkan pada 20 Julai 2009, Felda selaku plaintif menamakan Mazlan, Anak dan Angkatan Edaran sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Namun begitu, tindakan saman terhadap Anak telah ditarik balik oleh Felda pada 9 Mei lalu 2013.

Menurut pernyataan tuntutan, plaintif menyatakan, tajuk buku tersebut membawa maksud Felda adalah ‘ah long’ atau pemberi pinjaman wang haram dengan mengenakan kadar faedah yang terlampau tinggi .

Dakwa Felda , pernyataan fitnah itu menggambarkan, pihak plaintif bakal mengaut keuntungan yang banyak daripada pelbagai rancangan kemajuan sehingga memudaratkan peneroka yang kononnya hidup miskin akibat salah laku plaintif dan mereka tidak ubah seperti hamba abdi ekoran dasar yang didakwa menindas.

Felda diwakili oleh peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun dan Nor Emelia Iszeham.




Read more »

TOK AWANG SELAMPIT : MENGIMBAS KEMBALI SUATU MASA DAHULU



Minggu lepas Tok Awang ke Pekan, jumpa kawan-kawan lama masa sekolah rendah dulu. Kebetulan Tok Awang ada di Kuantan sehari sebelum tu jadi mudahlah Tok Awang ke sana. Ini cerita tentang pertemuan semula kawan-kawan selepas leboh 40 tahun berpisah.

Masa sekolah rendah darjah satu Tok Awang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim, Kuala Lipis. Arwah ayah Tok Awang kerja sebagai renjer Perhilitan, dulu digelar Margastua... orang putih panggil 'Game Warden'. 

Kami tinggal di kuaters kerajaan di Tanjung Jati. Ke sekolah Tok Awang naik bas. Ada perkhidmatan bas Lin Siong pada masa tu. Tapi Tok Awang ingat juga pernah ke sekolah naik bas 'RIDA' (MARA). Bas pendek macam roti paun. 

Tok Awang ikut arwah ayah ke Pekan masa darjah dua separuh tahun. Perjalanan masa tu sangat jauh rasanya. Jalan Jerantut - Kuala Lipis masih belum dibina. Yang ada hanya jalan Kuala Lipis - Benta dan Jerntut.

Tok masih ingat, perjalanan seharian dan menyeberang beberapa sungai menaiki feri. Mungkin feri di Jerantut Feri kerana lalui jalan Jerantut - Maran - Kuantan. Yang pasti masa tu menyeberangi sungai Pahang di Peramu masih gunakan feri. Ada 2 buah feri yang berikan perkhidmatan waktu itu. Pada waktu itu juga, tahun 1965 agaknya, jambatan Sultan Abu Bakar di Peramu sedang dibina.

Mula-mula di Pekan, kami belum dapat rumah kerajaan, jadi untuk beberapa bulan terpaksa tinggal di rumah sewa di Kg. Parit. Mandi air sungai kerana masih tiada air paip dan tiada perigi. Letrik Tok Awang tak ingatlah pulak ada ke tidaknya.

Lepas beberapa bulan barulah arwah ayah dapat rumah kerajaan dekat dengan berek polis dan tak jauh dari padang besar sekarang. Rumah berek 3 pintu. Salah seorang jiran kami adalah posmen. Dia suka ayam sabung dan ada beberapa ekor ayam laga yang dipeliharanya.

Antara kawan-kawan masa kecik yang Tok Awang ingat adalah Sarifuddin Ghani (sekarang Dato' Seri Ketua Polis Pahang). Selain darinya, kawan rapat Tok masa tu adalah Syed Jaafar, Muhammad Mahmud, Halim dan beberapa lagi yang Tok dah tak ingat.

Tok bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pekan sampai darjah tiga dan sambung darjah empat hingga enam di Sekolah Kebangsaan Pusat Pekan. Tentulah banyak yang berlaku selama waktu itu dan tentulah juga banyak yang Tok Awang dah lupa.

Yang Tok Awang masih ingat dan segar dalam ingatan adalah beberapa perkara; Pasukan bola kami di Sekolah Kebangsaan Pusat Pekan pada tahun 1968 jadi juara dalam peringkat Pahang Timur dan bersedia untuk menentang Pahang Barat dalam pertandingan MSSP (Majlis Sukan Sekolah-sekolah Pahang). Tapi malang bila Tok Awang cedera di tulang kering dalam satu perlawanan dan tak dapatlah Tok Awang bermain melawan Pahang Barat. 22 hari Tok Awang merengsa di hospital bila betis terpaksa di buat pembedahan kecil.

Kisah lain ialah apabila Tok Awang kena rotan dengan guru besar akibat bergaduh dengan seorang kawan perempuan, namanya Rohana... Tok Awang dah memacak pensil dilengannya dan berdarah. Tok dah lupa pergaduhan itu sebab siapa dan kerana apa.

Pada malam 27hb Mei lalu, Tok berkesempatan bertemu dengan kawan-kawan lama dalam satu pertemuan yang dirancang bertempat disebuah restoran di Kg. Mengkasar, Pekan. Ramai yang datang namun ada juga yang tak dapat hadir kerana sebab-sebab tertentu. Banyak yang kami percakapkan namun masa terasa terlalu mencemburui. Tak sempat habis apa yang ada didalam hati.

Namun, kekesalah dan rasa bersalah selama lebih 40 tahun sudah dapat Tok redakan apabila Tok dapat meminta maaf kepada Rohana atas perbuatan Tok yang menikam lengannya dengan pensil itu. Walaupun ianya kisah dizaman budak-budak, namun rasa bersalah tetap juga kita terasa.

Tok nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan Tok semua, yang hadir dan yang tidak dapat hadir pada malam itu. Umur kita pun sudah semakin meningkat, entah bila agaknya kita dapat berjumpa lagi dalam pertemuan seperti ini. Ada terasa ingin memutarkan masa kezaman itu, tapi untuk apa dan kerana apa Tok tak tahu. 


Tok Awang Selampit.



Read more »

MAYAT REPUT DITEMUI DISIMEN DI DAPUR RUMAH

Kes jenayah



KUALA LUMPUR - Polis menemui satu mayat yang disimen dan mereput di lantai dapur sebuah rumah teres di Taman Usaha Jaya, Kepong di sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, polis dimaklumkan tentang penemuan mayat itu oleh anak perempuan pemilik rumah berkenaan yang hendak melakukan pengubahsuaian setelah rumah itu dikosongkan sebulan lalu.

"Sebelum ini, rumah itu disewa sebuah keluarga warga tempatan yang menghilangkan diri bulan lalu setelah tidak membayar sewa. 

"Pemilik rumah yang sedang membersihkan rumah itu terhidu bau busuk di bahagian dapur dan meminta tukang rumah mengorek di bahagian lantai sebelum menemui mayat yang dibungkus dengan plastik putih," katanya kepada Bernama.

Menurutnya, identiti mayat itu tidak dapat dikenal pasti kerana telah mereput dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui.

Ali berkata, mayat itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Katanya polis masih menjejaki penyewa lama rumah berkenaan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat terbabit. 








Read more »

KUANTAN : PAHANG FOKUS TANGANI ISU ALAM SEKITAR

Adnan Yaakob


Kerajaan negeri akan terus memberi tumpuan terhadap isu alam sekitar bagi memastikan pencemaran yang diakibatkan oleh sektor pembalakan dan perlombongan tidak terus membelenggu rakyat di Pahang.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, isu pencemaran yang diakibatkan oleh perlombongan bijih besi dan bauksit akan terus ditangani secara bersama oleh kerajaan negeri dan agensi berkaitan seperti Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bagi memastikan pelombong terus mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan.

"Pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan agensi berkaitan termasuk mengadakan operasi bersepadu bagi memastikan penguatkuasaan terhadap pelombong yang mendatangkan masalah berjalan lancar.

"Sekarang keadaan bertambah baik cuma masalah timbul daripada pelombong haram yang degil. Yang itu kita akan pergi dan sita barang-barang perlombongan mereka.

"Kita terpaksa lakukan ini sebab mereka yang timbulkan masalah ini tidak memikirkan orang lain," katanya ketika menggulung perbahasan Sidang Dun di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Adnan berkata, para kontraktor dan persatuan pelombong juga sepatutnya bekerjasama mencuci jalan raya dan lori yang membawa bauksit bagi memastikan debu yang bertaburan di atas jalan raya tidak mencemar alam sekitar dan menyusahkan penduduk kampung di kawasan perlombongan berkenaan.

"Tapi ini pun mereka tak buat. Justeru kerajaan kini sedang buat kajian bersama penasihat undang-undang negeri untuk mengutip bayaran daripada kontraktor dan pelombong yang terlibat.

"Saya difahamkan pulangan sebulan yang pelombong peroleh adalah kira-kira RM200 juta. Jika kita kutip RM4 satu tan dan kita kutip 80 tan kita dapat kira-kira RM32 juta.

"Hasil dari kutipan tersebut kita akan salurkan kepada penduduk kampung terlibat seperti di Beserah dan Kampung Selamat, sebagai elaun sara hidup atau pendapatan tambahan untuk mereka mencuci rumah dan jalan raya yang dicemari bauksit," katanya.

Selain itu Adnan berkata, bagi memastikan sektor pembalakan tidak merosakkan alam sekitar, para kontraktor dikehendaki mematuhi dua perkara iaitu harus memastikan kedudukan penduduk Orang Asli tidak terjejas, dan tidak merosakkan kawasan tadahan air.




Read more »

Friday, May 29, 2015

KUANTAN : AIR TERJUN PELANGI AKAN DITUKAR NAMA

Air Terjun Pelangi



KUANTAN - Status kawasan Air Terjun Pelangi di Sungai Lembing dekat sini, akan ditukar kepada hutan lipur dalam memperhebat usaha mempromosikannya sebagai destinasi pelancongan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata penukaran status itu akan dibuat mengikut pewartaan di bawah Seksyen 10 (1) Akta Perhutanan Negara 1984.

"Apabila Air Terjun Pelangi diwartakan kepada Hutan Lipur Pelangi, ia akan memberi lebih publisiti kepadanya dan akan dimasukkan ke dalam senarai 28 Hutan Lipur Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP).

"Ini juga akan memberi peluang kepada pengusaha pelancongan yang berpotensi untuk menjalankan perniagaan sekitar kawasan berkenaan," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang hari ini.

Mohd Sharkar berkata demikian semasa menjawab soalan lisan Lee Chean Chung (PKR-Semambu) yang ingin tahu status dan kedudukan Air Terjun Pelangi serta usaha mempromosikan air terjun itu.

Sementara itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang dicadang untuk melibatkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi memastikan kerjasama dan kolaborasi lebih terancang bersama agensi lain dalam menghadapi bencana alam seperti banjir.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Multimedia dan Komunikasi negeri Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata jika SKMM disenaraikan, ia dapat membantu dalam rancangan secara strategi bantuan seperti bot untuk penghantaran diesel dan set janakuasa ke tapak pemancar yang terjejas akibat banjir bagi memastikan sistem telekomunikasi terus berfungsi.

Shahaniza berkata demikian bagi menjawab soalan Mohamed Arifin Awang Ismail (BN-Chenor) yang ingin tahu tindakan kerajaan negeri bagi memastikan telekomunikasi tidak terjejas jika bencana banjir besar seperti yang berlaku awal tahun berulang.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail pula memaklumkan perjanjian usahasama membangunkan Taman Mini Air Kubang Gajah di Temerloh dilakukan secara teliti dan tidak merugikan mana-mana pihak.

Katanya perjanjian usahsama itu melibatkan Majlis Perbandaran Temerloh dan Syarikat Shahrali Construction Sdn Bhd selaku syarikat pengusaha.




Read more »

DIA SUAMI LUAR BIASA

Suami


MANUSIA diciptakan dengan fitrahnya tersendiri. Lelaki mempunyai kecenderungan meminati dan tertarik dengan wanita. Begitulah sebaliknya dengan wanita. Mana-mana lelaki atau wanita yang tidak mempunyai perasaan ini maka dia melanggari fitrah yang diciptakan ALLAH SWT.

Bagi memenuhi tuntutan fitrah ini secara suci, Islam sediakan jalan perkahwinan. Melalui perkahwinan, perasaan dan nafsu yang ada pada lelaki dan wanita dapat disempurnakan dengan cara yang halal dan diberikan pahala. Apabila jalan halal ditawarkan, maka tidak ada lagi ruang untuk diharuskan jalan yang haram iaitu zina.

Teruna dara bercinta

Seorang lelaki dan perempuan pasti akan melalui detik-detik cinta dalam hidupnya. Apabila sampai ke suatu tahap umur, si teruna akan terpikat dengan si dara. Anak dara pula teruja tatkala ada teruna yang ingin berkenalan dengannya. Perasaan ini adalah fitrah yang dianugerahkan. Ia hanya perlu diuruskan dengan betul mengikut landasan yang disediakan.

Pasangan pemuda dan pemudi yang istilahnya sedang dilamun cinta, pertama sekali bersyukurlah kerana anda memiliki fitrah yang normal. Kedua, pastikan cinta yang dijalin tersebut jelas dan betul hala tujunya, iaitu menuju ke gerbang perkahwinan sebagai menyahut saranan al-Quran dan sunnah Rasul junjungan.

Jika kedua-duanya meletakkan matlamat perkenalan dan hubungan yang dijalin demi meraih reda dan rahmat Ilahi, maka anda tidak akan tergamak untuk mencemarkannya dengan perbuatan yang mengundang dosa. Perkahwinan dan rumah tangga mesti diliputi dengan cinta dan kasih sayang.

ALLAH berfirman: "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang yang berfikir." (Surah Al-Rum: 21)

Jika rumah tangga sunyi daripada kasih sayang dan belas ihsan malah diganti pula dengan marah dan kebencian, itu tandanya ia jauh dari rahmat dan keberkatan. Perlu dirawat sebelum terlambat. Perlu dicegah sebelum parah.

Layani dengan baik

Kasih sayang dan belas ihsan mampu disuburkan apabila pasangan suami isteri tahu dan sedar hak dan tanggungjawab masing-masing. Keharmonian dan kebahagiaan rumah tangga akan sentiasa bersemarak apabila adanya konsep 'saling' antara suami isteri seperti saling mengasihi, menghormati, memahami, mempercayai, mendoakan dan mengingati.

Wahai suami, isteri anda juga seorang manusia yang punya jiwa dan perasaan. Usah dilayan seperti seorang hamba atau khadam. Bersyukurlah kerana ada wanita yang sudi menjadi peneman setia perjalanan hidup anda. Bersyukurlah kerana ada wanita yang sanggup menanggung kesakitan mengandung dan melahirkan zuriat keturunan anda. Bersyukurlah kerana ada wanita yang sudi menerima diri anda, kelebihan dan kekurangan diterima seadanya.

Dialah isteri. Isteri yang perlu disantuni sehabis baik oleh suami. Bukan tanda "takut bini". Tetapi itulah lambang suami mithali. Melayani isteri seperti yang termaktub dalam al-Quran dan sunnah Nabi SAW. Firman ALLAH: "Dan layani dan bergaullah dengan mereka (isteri) secara baik (makruf)." (Surah Al-Nisaa’: 19)

Rasulullah SAW juga berpesan: "Terimalah wasiat ini supaya kamu semua berlaku baik dengan golongan perempuan." (Riwayat Bukhari & Muslim)

Rasulullah SAW adalah contoh suami terbaik dan Baginda SAW mengingatkan: "Sebaik-baik manusia dalam kalangan kamu ialah yang paling baik dengan isterinya dan akulah yang paling dengan isteriku." (Riwayat Ibn Hibban, dinilai hasan lighairihi oleh Syuaib al-Arnaut)

Jadi, usah berasa kekok dan malu untuk menguruskan rumah dan anak. Ketika anda membantu isteri melakukan kerja, niatlah itu semua kerana anda ingin mengikut sunnah. Anda ingin menjadi suami yang terbaik untuk isteri seperti yang dipesan oleh Nabi Muhammad SAW.

Sunnah mengajar kita menjadi suami luar biasa yang mampu memahami hati perempuan dan menghormati hak isteri. Layani isteri anda dengan baik kerana Rasulullah SAW sangat baik dengan isteri-isterinya. Bisikkan kata-kata cinta. Hadiahkan kucupan mesra. Dengar luahan hatinya. Sabar dengan rajuknya. Belai sifat manjanya. Nasihati kecuaiannya. Pimpin tangannya hingga ke syurga.

Berikan nafkah

Isteri juga punyai hak-hak lain yang perlu ditunaikan oleh suami. Dalam sebuah hadis, Mu’awiyah bin Haidah RA bertanya kepada Rasulullah SAW: "Ya Rasulullah, apa hak seorang isteri yang harus dipenuhi oleh suaminya?" Maka Rasulullah SAW menjawab: "Engkau memberinya makan apabila engkau makan, memberinya pakaian apabila engkau berpakaian, janganlah engkau memukul wajahnya, janganlah engkau mencaci dan menghinanya, janganlah engkau meninggalkannya melainkan dalam rumah (yakni jangan berpisah tempat tidur melainkan dalam rumah)." (Riwayat Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad, Hadis sahih dan disahihkan oleh al-Hakim dan dipersetujui oleh az-Dzahabi)

Berdasarkan hadis ini, suami yang bertanggungjawab akan berusaha untuk menyempurnakan nafkahnya kepada isteri. Disediakan tempat tinggal, makan dan pakaian mengikut kemampuannya. ALLAH berfirman: "…Dan kewajipan ayah menanggung nafkah dan pakaian mereka dengan cara yang patut. Seseorang tidak dibebani lebih dari kesanggupannya." (Surah Al-Baqarah: 233)

Hendon binti ‘Utbah isteri kepada Abu Sufyan pernah datang mengadu kepada Rasulullah SAW bahawa suaminya tidak memberikan nafkah yang cukup untuk dia dan anak-anaknya. Sehinggakan Hendon terpaksa mengambil harta suaminya tanpa diberitahu demi menyara keperluannya. Hendon bertanya kepada Rasulullah SAW adakah perbuatannya itu dibolehkan? Lalu Rasulullah SAW menjawab: "Ambillah hartanya (suami) secara baik, sekadar memenuhi keperluanmu dan anakmu sahaja." (Riwayat Bukhari & Muslim)

Wahai suami, kerahkan kudratmu untuk mencari pendapatan yang halal. Setiap kepenatan dan perit jerih anda membanting tulang mencari rezeki, niatkan untuk menjadi suami yang terbaik seperti yang disuruh oleh al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Mudah-mudahan niat ini akan menghilangkan kepenatan dan diganti dengan kebahagiaan hingga ke syurga.

Selain itu, ombak tidak selalunya tenang, kadangkala ia bergelora. Seorang suami mungkin diuji dek karenah isteri. Namun, kesilapan dan kecuaian isteri bukanlah menjadi ruang untuk suami memperlakukan apa sahaja. Dalam keadaan ini pun, isteri masih ada hak yang perlu diraikan. Berikan teguran dan nasihat dengan baik.

Dalam membuat teguran, elakkan perkataan yang menghina dan merendah-rendahkan maruahnya. Dialah wanita yang telah menyempurnakan cinta anda. Mengapa perlu diherdik dan dihina?

Jika perlu dipisahkan tempat tidur, lakukan hanya di rumah sendiri. Anda pisahkan tempat tidur demi memberi peringatan dan ruangnya untuknya bermuhasabah. Kesalahannya tidak perlu diheboh-hebohkan.

Jika sampai tahap perlu dipukul pun, pukulan tersebut tidak boleh mencederakan fizikalnya. Hanya demi mendidik dan memberi pengajaran. Elakkan memukul wajahnya, kerana wajah lambang kemuliaan seseorang.

Wahai suami, apabila anda menjadi seorang suami seperti yang diajar oleh al-Quran dan ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah SAW, andalah suami yang luar biasa. Isteri berbangga mempunyai suami seperti anda. Dalam diam dia berkata: "Dia…Suamiku luar biasa!"


*ABD RAZAK MUTHALIB (Penulis adalah bekas pensyarah Fakulti Sains Sosial, Kolej Islam Antarabangsa. Berkelulusan sarjana dan ijazah sarjana dalam bidang Ilmu Wahyu, UIA)




Read more »

share2