Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, March 2, 2015

DIPENJARA KERANA GAGAL KAWAL EMOSI


Kuala Lumpur - Gara-gara gagal mengawal emosi, seorang ejen hartanah dipenjara sehari dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur,‎ hari ini selepas mengaku bersalah mencederakan seorang ejen hartanah lain pada Julai tahun lepas.

Shane Kevin De Cruz, 41, didakwa mencederakan Wong Chen Keong, 38, menggunakan tangan sehingga mangsa cedera di kepala, tangan dan muka.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Bangunan Jalan Radin Bagus, Sri Petaling, di sini pada pukul 11.45 pagi, 5 Julai lepas mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Sebelum menjatuhi hukuman, Majistret Saifulakmal Said menasihati Shane supaya belajar mengawal emosinya di masa depan.

Saifulakmal juga memerintahkan tertuduh dipenjara sebulan jika gagal membayar denda itu. 

Ketika rayuan, Shane yang tidak diwakili peguam kelihatan ketawa kecil sambil memohon hukuman paling ringan atas alasan ia merupakan kesalahan pertamanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abd Razak.

0 comments:

share2