Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, March 2, 2015

BANJIR: FELCRA PAHANG BELI KONTENA


Felcra Pahang bercadang membeli beberapa buah kontena untuk dijadikan tempat simpanan keperluan makanan dan peralatan sebagai persediaan menghadapi musibah banjir tahun ini.

Pengurus Besar Felcra Wilayah Pahang, Datuk Hazrinor Hisham Harun berkata kontena yang mengandungi barang makanan seperti beras, minyak, gula, dan tong gas itu akan ditempatkan di kawasan tanah rancangan Felcra yang sering dilanda banjir dan mudah terputus hubungan.

"Pengalaman banjir besar tahun lalu, Felcra terpaksa menyewa helikopter bagi menghantar bekalan makanan kepada kakitangan dan pesertanya di kawasan Ulu Tembeling, Jerantut yang terputus hubungan.

"Justeru, dengan persiapan awal ini masalah kesulitan menghantar bekalan makanan tidak akan berlaku kerana ia disimpan lebih awal dengan bekalan mencukupi untuk dua hingga tiga minggu," katanya kepada Bernama di sini semalam.

Beliau berkata, secara keseluruhanya terdapat 32 kawasan tanah rancangan Felcra di negeri ini membabitkan sebanyak 4,000 pegawai, peserta, dan kakitangan.

Semasa banjir tahun lepas, sebanyak 22 ladang dan penempatan Felcra ditenggelami air dan terputus hubungan menyebabkan kerugian sebanyak RM26.4 juta yang membabitkan kerosakan kemudahan asas, ladang serta hasil sawit dan getah.

0 comments:

share2