Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, January 5, 2015

KUANTAN: 2 RAKAN DITUDUH PECAH RUMAH


Kuantan - Dua rakan mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan kelmarin atas tuduhan melakukan pecah rumah dan mencuri sebuah televisyen 40 inci milik seorang wanita di Lorong Tok Sira 5 di sini, 26 Disember lalu.

Tertuduh, Mohamad Norha-fizan Mohamad Mustafa, 24, dari Taman Gambang Damai dan Hasnol Hisham Haidzir, 28, dari Taman Seri Mahkota Jaya dekat sini dituduh melakukan perbuatan itu antara 5 petang, 25 Disember hingga 4.45 pagi hari berikutnya.

Dalam kejadian itu, tertuduh didakwa mencuri televisyen bernilai RM800, bagaimanapun kedua-dua mereka berjaya ditahan polis sehari kemudian.

Mereka dihadap ke mahkamah semalam atas tuduhan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh didenda.

Dalam rayuan mereka melalui peguam dari Yayasan Bantuan GUaman Kebangsaan (YBGK), Muhamad Hakimie Ali, Mohamad Norhafzan merayu agar jumlah jaminan ke atasnya dikurangkan memandangkan dia hanya bekerja sebagai buruh ladang dengan pendapatan kira-kira RM1,000 sebulan.

Dia yang sudah berkeluarga terpaksa menanggung isteri dan seorang anak yang masih kecil berusia setahun lebih.

Manakala Hasnol Hisham yang berpendapatan kira-kira RM60 sehari sebagai buruh turut merayu jumlah jaminan dikurangkan memandangkan dia kini turut menanggung keluarga.

Mengambil kira rayuan tertuduh itu, Majistret Noor Zaihan Mohamad Ali membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 setiap seorang dan 19 Januari ditetapkan sebagai tarikh pra bicara kes itu.

0 comments:

share2