Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, January 5, 2015

KECEWA PAS MASIH BERPOLITIK


Nazir dan Haris bersama 80 sukarelawan selepas membersihkan SK Penambang, semalam.


Pengkalan Chepa - Pemuda Umno kecewa sikap pemimpin Pas yang terlalu berpolitik sehingga menolak cadangan menubuhkan kerajaan campuran walaupun untuk untuk membangunkan semula negeri itu selepas banjir

Pengerusi Biro Hal Ehwal Bandar dan Perumahan (HELP), Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, pemimpin Pas perlu melihat idea itu secara holistik kerana matlamat utama adalah untuk pembangunan negeri itu jangka panjang.

Malangnya kata Nazir, mereka bukan sahaja menolak mentah-mentah cadangan itu tanpa membuat pertimbangan yang sewajarnya, bahkan menghina Umno dan BN dengan melabelkan parti itu sebagai '3P'.

"Hakikat sebenarnya merekalah yang pendera, penzalim dan pembuli kerana masih mengutamakan politik sehingga sanggup membiarkan rakyat menderita. Musibah banjir ini telah membuka tembelang pemimpin Pas yang sebenarnya," kata beliau.

Nazir sebelum itu bersama Ketua Pemuda Umno Pengkalan Chepa, Haris Hussain dan beberapa sukarelawan membantu membersihkan SK Penambang, semalam.

Beliau bukan sahaja sedih dengan musibah melanda negeri itu, malah kesal dengan sikap beberapa pemimpin Pas yang masih celupar menyalahkan Kerajaan Pusat sedangkan mereka sendiri tidak berbuat apa-apa untuk membantu.

"Sekarang bukan masa berpolitik atau berceramah tetapi masa membantu rakyat yang menderita akibat banjir. Saya terbaca kenyataan tidak masuk akal pemimpin Pas mengatakan banjir ini sebagai mencuci dosa sebelum melaksanakan hudud. Rakyat Kelantan perlu buka mata," katanya.

0 comments:

share2