Kuantan - Seorang Rakan PahangKu Media berasa sungguh bangga kerana impiannya selama ini untuk melihat buaya secara 'live' disungai Kuantan terlaksana. Beliau yang selama ini hanya didengari dari mulut kawan-kawan tidak menyangka akhirnya impian itu jadi nyata.
Beliau yang dalam perjalanan ke tempat kerja pada pagi kelmarin (Isnin 10hb November 2014) dengan tidak disangka-sangka dapat melihat buaya berkenaan yang timbul selama kira-kira 5 minit sebelum menyelam semula dibawah Jambatan Sungai Kuantan di Tanah Putih Baru.
Menurut beliau, beliau menganggarkan buaya berkenaan sepanjang 10 kaki dan selalu ada dikawasan sekitar, namun jarang-jarang timbul menunjukkan diri.
Justeru kepada para pemancing dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati ketika memancing di pesisir Sungai Kuantan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini terjadi.
Pihak PahangKu Media mengucapkan terima kasih kepada Sdr. Sheikh Zaid kerana sudi berkingsi maklumat dengan kami.
Kepada masyarakat disekitar Kuantan bahkan dimana sahaja, kami ingin memaklumkan bahawa pihak kami sangat-sangat menghargai sebarang maklumat mengenai apa sahaja yang boleh dikongsikan bersama untuk disebarkan melalui blog Portal PahangKu.
Maklumat sama ada berupa sms teks, panggilan telefon, whatsapp boleh disampaikan kepada 019-9657388 atau email kepada editor.pahangku@gmail.com

0 comments:
Post a Comment