Di dalam Dewan Undangan Negeri, Lim Guan Eng DAP telah ditegur keras oleh YB Farid Saad kerana menuduh Dato Zainal Abidin memfitnah anak Lim Kit Siang DAP itu.
\
YB Farid Saad mempersoalkan tindakan Lim Guan Eng DAP itu cukup tidak elok keluar daripada mulut seorang Ketua Menteri negeri.
Tuduhan itu juga tidak patut kerana Dato Zainal Abidin tidak ada di dewan itu untuk menjawab tuduhan melulu Setiausaha Agung DAP itu.
Nampaknya Lim Guan Eng DAP semakin tertekan bukan sahaja pelbagai pendedahan tentang ketidakmampuan dan kredibiliti beliau tetapi ahli politik DAP negeri ini juga sudah mulai berani mempersoalkan beliau.
Begitu juga dengan pendedahan di bawah :
Jumlah stok tanah simpanan milik negeri ini didakwa menurun dengan drastik kepada enam peratus berbanding 18 peratus sebelum DAP memerintah pada 2008.
Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid berkata, perkembangan berkenaan sangat membimbangkan dan Ketua Menteri, Lim Guan Eng perlu memberikan penjelasan berhubung perkara itu yang membabitkan kepentingan rakyat.
"Masaalah kekurangan stok tanah akan membuka ruang untuk kerajaan negeri melakukan tebus guna tanah,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Jahara turut mempersoalkan peningkatan 213 peratus bagi perbelanjaan mengurus untuk 2015 berbanding 2014 selepas Guan Eng membentangkan bajet negeri, Jumaat lalu.
Katanya, perkara itu menimbulkan persoalan kerana anggaran perbelanjaan Pejabat Ketua Menteri tidak berubah iaitu RM184,980 termasuk bayaran gaji dan upah.
“Difahamkan, ketika ini terdapat kira-kira 60 orang kakitangan di pejabat Ketua Menteri berbanding hanya 15 orang ketika pentadbiran sebelumnya,” katanya - UM
60 orang di pejabat Guan Eng DAP?
Dan apakah penggal ini merupakan yang terakhir untuk Lim Guan Eng DAP? BACA SINI
0 comments:
Post a Comment