Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, November 12, 2014

KUANTAN : ELAK TERJEBAK JENAYAH SIBER

Sebahagian peserta yang menyertai seminar kesedaran jenayah siber di Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan.



Golongan muda diingatkan supaya tidak terjebak dalam jenayah siber ekoran kelekaan terhadap penggunaan laman sosial pada masa kini.

Itu antara pengisian dan nasihat yang diberikan kepada 135 pelajar daripada tiga universiti yang menyertai seminar kesedaran jenayah siber anjuran Kelab Pembimbing Rakan Sebaya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan.

Peserta, Fathin Husna Hamzah, 21, berkata, jenayah siber mungkin boleh berlaku secara tidak sedar apabila terlalu leka melayari laman sosial.

Menurutnya, pengguna patut lebih berhati-hati menggunakan laman sosial selepas ini bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.

“Golongan remaja mudah melakukan kesalahan siber, mereka menggunakan kemudahan itu untuk mengutuk seseorang, mengedar gambar lucah, mengugut dan memfitnah," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Program Muhammad Nazeli Mohtar berkata, program julung kali diadakan itu antara lain bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai jenayah siber selain undang-undang di negara ini.

Menurutnya, peserta didedahkan dengan kesalahan dan salah guna kemudahan yang biasa dilakukan golongan remaja di universiti seperti banyak berlaku hari ini.

“Pembabitan pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang menyampaikan ceramah memberikan lebih kefahaman kepada peserta.

“Dengan adanya program ini peserta diberikan penerangan mengenai hukuman bakal mereka hadapi apabila terbabit aktiviti menyalahi undang-undang mengikut Akta Komunikasi,” katanya.







0 comments:

share2