KUALA LUMPUR, 12 Nov - Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) akan menganjurkan ceramah mengenai teknologi gaharu bagi menonjolkan penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan (R,D & C) gaharu kepada orang awam.
FRIM dalam kenyataan Rabu berkata program itu bertujuan mengenal pasti jurang serta keperluan industri bagi menentukan kemajuan dalam R,D&C dapat membantu menyokong industri gaharu.
Ceramah berkenaan akan diadakan pada 2 dan 3 Dis ini di Auditorium FRIM di Kepong, dekat sini.
Beberapa pakar dan penyelidik antaranya Dr Nor Azah Mohammad akan menyampaikan ceramah mengenai pembangunan produk kawalan kualiti, Dr Mohd Noor Mahat (meningkatkan kecekapan perahan minyak gaharu) dan Dr Lok Eng Hai akan menunjukkan demonstrasi penanaman dan teknik inokulasi untuk gaharu.
Selain itu, peserta juga akan berpeluang melawat Makmal Kultur Tisu, Makmal Teknologi Biji Benih, Makmal Genetik, Makmal Fitokimia dan Rumah Penyulingan Minyak Gaharu di FRIM.
Peserta hanya terhad kepada 100 orang dan keutamaan akan diberikan kepada pemilik ladang atau usahawan dan pemegang kepentingan dalam industri gaharu.
Untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran, boleh menghubungi talian 03-6279-7362.
0 comments:
Post a Comment