KUALA LUMPUR, 11 Nov – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berundur daripada jawatan tersebut untuk memberi laluan kepada calon yang lebih sesuai dan berkemampuan.
Beliau berkata, jika seseorang itu telah menjadi pemimpin terlalu lama dan gagal membawa kejayaan, individu tersebut perlu memberi laluan kepada calon lain.
“Saya juga meletak jawatan untuk memberi laluan kepada orang lain. Jika seseorang itu tidak dapat membawa kejayaan, dia perlu menyerahkannya kepada orang lain dan menyokong individu itu.
“Itulah cara untuk memimpin. Jika seseorang itu ingin memimpin untuk seumur hidup, itu akan menjadi masalah,” katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.
Ketika ditanya sama ada Noh juga perlu meletak jawatan, Dr Mahathir menyerahkan perkara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuat keputusan mengenai kepimpinan Umno Selangor.
Pada 5 November lalu, Dr Mahathir menerusi blognya berkata, kepimpinan Umno Selangor perlu disusun semula selepas pemimpin yang ada tewas dalam dua Pilihan Raya Umum (PRU).
0 comments:
Post a Comment