Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, November 13, 2014

MENONGKAH 'SMEAR CAMPAIGN' KEATAS NAJIB RAZAK : ADA KONGLOMERAT BAYAR BLOGGER SERANG 1MDB?









Menjelang Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2014, gerakan menyerang dan memburukkan Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak akan berterusan membabitkan peribadi Perdana Menteri dan orang sekelilingnya. Serangan ini tidak lagi mengambil kira kebenaran atau sekadar gosip-gosip liar politik.

Dalam siri ketiga tulisan ini penulis telah membincangkan mengapa 1MDB dijadikan sasaran menjelang PAU 2014. Bahagian tiga telah membincangkan sebab-sebab penubuhan 1 MDB ini dan perbezaannya dengan Khazanah Nasional.

Hari ini juga Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan terpaksa membuat penjelasan ke atas jumlah sebenar jaminan kerajaan ke atas 1MDB iaitu hanya sebanyak RM 5.8 bilion bukannya lebih RM 9 bilion seperti yang dituduh oleh Rafizi Ramli dan Tony Pua.

Namun yang menarik perhatian penulis ialah kegilaan jurublog dan ahli panel penasihat SPRM, Out Syed The Box mendakwa 1MDB bakal rugi RM 25 Bilion tahun hadapan. Wah! hebat betul tuan Syed Akhbar boleh ramal kerugian berpuluh bilion 1MDB.

Sebenarnya sukar kita mahu mengerti mengapa beberapa bloggers pro kerajaan membelasah 1MDB tanpa sebarang justifikasi perakaunan yang jelas. Sekali lagi kita ulang bahawa 1MDB mempunyai aset RM 51 bilion berbanding hutang RM 41 Bilion dan ia diaudit oleh salah satu daripada empat auditor terbaik dunia, Delloite.

Seperti kata Auditor Negara, Tan Sri Amrin Buang,

“Why are we not auditing 1MDB? My answer is that its accounts have already been audited by one of the ‘big four’,” he told a townhall meeting session with the media today, on the third series of the 2013 Auditor-General report, released last Monday.

“So there is no reason why we should come in again,” he said, responding to media questions on why it had not taken any audit action on the controversial 1MDB.”

Adakah Syed Akbar berpendapat beliau lebih hebat dan cekap sehingga boleh mengesan bahawa 1MDB akan mengalami kerugian sebanyak RM 25 bilion tahun ini?

Selain PAU 2014, tidak mustahil terdapat jurublog dan pemain media sosial yang dibayar oleh konglomerat tertentu yang merasa terancam dengan kemunculan 1MDB menjadi pemain utama dalam hartanah dan janakuasa bagi membantu kerajaan menstabilkan pasaran kedua-dua industri ini.

Untuk Syed Akbar dan rakan-rakan yang menyerang 1MDB bertubi-tubi, jika anda tidak dibayar, apa kata anda benarkan dulu syarikat ini bergerak dan memajukan perniagaan mereka. Serangan-serangan seperti ini hanya menguntungkan syarikat lain dan merencatkan usaha kerajaan melakukan pembaharuan.




0 comments:

share2