Benar apa yang dikatakan. Bercakap itu memang mudah. Tapi untuk melaksanakan apa yang diluahkan itu cukup payah untuk dilakukan.
Jika sebelum ini, pelbagai pihak menunding jari menyalahkan pihak Kerajaan Negeri gagal menjalankan tanggungjawab bagi menangani isu kebanjiran pendatang asing di Cameron Highland.
Namun, dari apa yang dilaporkan dalam media hari ini, usaha pihak berkuasa untuk menjejaki pendatang asing tanpa izin (PATI) ini mula menemui jalan buntu.
Semuanya akibat mereka secara tiba - tiba boleh 'ghaib' sekelip mata apabila pihak berkuasa menjalankan operasi besar - besaran melibatkan pelbagai agensi Kerajaan termasuk Pejabat Daerah Cameron Highland sendiri.
Operasi yang dijalankan sejak jam 7 pagi hingga menjelang pukul 2 petang semalam turut gagal menemui taukeh atau pun pemilik kawasan tanah yang diteroka secara haram.
Itulah hakikatnya yang perlu diterima dan adalah tidak wajar bagi mana - mana pihak menunding jari dan menyalahkan orang lain diatas apa yang telah pun disiarkan.
Menurut satu sumber, perkara sedemikian yang membuatkan pihak Imigresen mengambil tindakan berdiam diri dalam menjalankan operasi mereka membenteras PATI dikawasan ini.
Niat mereka adalah supaya kejadian seperti semalam tidak berlaku dimana PATI yang terlibat dapat melarikan diri sebelum pihak berkuasa menjalankan operasi mereka.
Sumber
0 comments:
Post a Comment