Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, November 12, 2014

DESAK UTUSAN MOHON MAAF, ATAU MB PAHANG PERTIMBANG FAILKAN SAMAN

Kerantan Utusan Malaysia 11 November 2014


1)

Perlahan dan tidak dirancang, namun seakan ada satu kesedaran dan keinginan pengamal media sosial khususnya facebook di negeri Pahang untuk menyatakan sokongannya kepada Menteri Besar didalam kes perselisihan diantara Utusan Malaysia dengan Menteri Besar Pahang.

Kita melihat perkembangan ini dibeberapa laman facebook, ada antaranya memuatnaik foto Menteri Besar atau foto pemiliknya bersama Menteri Besar dan dijadikan 'Cover Photo'. Ini dilakukan sebagai tanda sokongan mereka.

Tidak kurang juga ada diantaranya yang memuatnaik foto Menteri Besar sebagai status di wall masing-masing. Bahkan ada juga yang menggunakan beberapa hastag untuk dijadikan trending, antaranya: #supportmbpahang dan #samanutusan.



2)

Pihak Utusan Malaysia menyiarkan artikel bertajuk 'Rakaman Video dan penjelasan Utusan' pada 11hb November 2014 yang membangkitkan beberapa perkara yang PahangKu merasa perlu memberikan jawapan, antaranya:

1. Utusan menyebut 'Beberapa blog di bawah naungan Kerajaan Negeri Pahang...' tanpa menjelaskan blog mana satu dan ianya mengelirukan.

2. Mempertikaikan video klip yang disiarkan yang dakwanya telah disunting. Bukankah penyuntingan terutama rakaman video sebelum disiarkan adalah amalan biasa dalam mana-mana penyiaran sekalipun termasuk TV3 dan RTM.

3. Utusan Malaysia kononnya tidak ingin memanjangkan isu berkenaan, namun dalam masa sama terus menyiarkan beberapa artikel yang berkaitan dengan Menteri Besar beberapa hari berturut-turut.

4. Petikan kenyataan Menteri Besar Pahang yang disiarkan oleh Utusan itu juga antaranya tidak tepat dan disunting terlebih dahulu.

5. Perkataan 'ditawan' yang mereka dakwa sebagai metafora itu keterlaluan dan inilah sebenarnya ditegur oleh Menteri Besar Pahang dalam sidang akhbar berkenaan.

Kenapakah dalam soal 'PATI' ini hanya Cameron Highland, Pahang yang jadi sasaran Utusan? Apakah tidak ada 'PATI' di negeri Selangor, Pulau Pinang dan lain-lain negeri di Malaysia ini?

Apakah Utusan juga akan 'menghentam' menteri-menteri dan kementerian lain sebagaimana mereka menghentam Menteri Besar Pahang selepas ini?

Kami melihat Utusan sebagai sangat keterlaluan dalam isu ini dan kami tidak menolak kemungkinan bahawa ada agenda tertentu yang mereka bawa dan dengan niat tidak baik.

Justeru, kami mendesak agar pihak Utusan Malaysia serta penulis-penulis yang terlibat yang antaranya Awang Selamat supaya memohon maaf secara terbuka kepada Menteri Besar Pahang dengan seberapa segera atau jika tidak, kami akan meminta Menteri Besar Pahang agar mempertimbangkan untuk membawa perkara ini ke mahkamah.


~ Editor




0 comments:

share2