Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, November 12, 2014

KUANTAN : POLIS BERKAS 6 PENCURI KABEL



Polis memberkas enam lelaki termasuk dua beradik dipercayai terlibat kegiatan mencuri kabel di Cherating dan Jaya Gading dekat sini dalam serbuan berasingan pada Sabtu dan Ahad lepas.

Ketua Polis daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata dalam operasi pertama polis menahan empat lelaki berusia 26 hingga 42 tahun di Kilometer 40 Jalan Kuantan-Kemaman dekat Cherating pada 6.30 pagi, Sabtu lepas.

Katanya empat suspek itu ditahan bersama segulung kabel seberat 230 kilogram dan beberapa peralatan mencuri kabel serta merampas sebuah Pajero yang digunakan mereka.

Beliau berkata siasatan awal mendapati seorang daripada suspek berada dalam senarai dikehendaki polis kerana jenayah merusuh dan membakar motosikal di kawasan Cherating selain memiliki lima rekod jenayah lampau. 

Abdul Aziz berkata kesemua suspek didapati positif dadah dan mereka mengaku terlibat dalam empat kes mencuri kabel di Cherating dalam masa 10 hari lepas. 

Sementara itu, dua beradik berusia 32 dan 39 tahun turut ditahan kerana mencuri kabel Tenaga Nasional Berhad di kawasan Jaya Gading pada Ahad lepas.

"Adik beradik itu ditahan di sebuah rumah di Kampung Sri Damai di sini pada 11.30 malam dan polis merampas kabel yang telah dipotong-potong dipercayai untuk dijual serta beberapa peralatan mencuri kabel," katanya Abdul Aziz.

Menurutnya mereka positif dadah jenis morfin dan turut memiliki rekod jenayah lampau.





0 comments:

share2