Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, November 11, 2014

CAMERON HIGHLAND : PARAS AIR EMPANGAN SULTAN ABU BAKAR NORMAL



Paras air di Empangan Sultan Abu Bakar di Lembah Bertam di sini dilaporkan berada di paras normal iaitu 3,499 meter setakat pukul 10.30 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superitendan Wan Zahari Wan Busu berkata walaupun berlaku hujan lebat sekejap-sekejap sejak petang Sabtu lepas, paras air di empangan itu masih berada pada tahap stabil.

"Pada 5 Sept (Rabu) lepas, paras air di empangan itu mencatatkan 3,509 meter dan dikategorikan bahaya.

"Keadaan di empangan berkenaan kini dilaporkan normal, bagaimanapun pihak bomba dan Tenaga Nasional Berhad sentiasa memantau keadaan dan jika berlaku pelepasan air kali kedua, penduduk akan dimaklumkan lebih awal," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dalam kejadian pukul 6.30 petang Rabu lepas, penduduk di tebing Sungai Bertam dekat sini diarahkan berpindah apabila air Empangan Sultan Abu Bakar dilepaskan secara berperingkat kerana parasnya yang semakin meningkat akibat hujan lebat.

Selain itu, Pekan Ringlet juga dilanda banjir kilat apabila air di sungai berhampiran naik melebihi paras tebing ekoran hujan lebat selama sejam.

Dalam kejadian banjir dan tanah runtuh di sini, lima orang terkorban manakala lima lagi cedera.
 
 
 
 
 

0 comments:

share2