Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, November 14, 2014

BILA-BILA BOLEH MELETUP




Montpellier: Pegawai Perancis semalam berusaha memusnahkan bangkai seekor ikan paus kerana bimbang kemungkinan ia membawa maut jika meletup.

Pakar hidupan liar berkata, bangkai paus seberat 15 tan itu yang menggelembung begitu besar dengan gas berkemungkinan tinggi akan meletup.

Pihak berkuasa kini terdesak mencari jalan terbaik bagi memusnahkannya.

Ia mungkin akan meletupkan bangkai itu dengan mengguna dinamit.

Laluan menuju ke pantai tempat bangkai paus itu terdampar di pantai Saintes-Marie-de-la-Mer, berhampiran Montpellier di pantai Meditteranean sudah ditutup bagi menghalang orang ramai mendekatinya.

Bangkai itu dikatakan hanyut ke pantai itu pada awal November.

Pengurus projek hidupan luar Camargue, Anais Cheiron mencadangkan bangkai itu diheret ke laut dan diletupkan menggunakan dinamit.

Bagaimanapun, masalah timbul kerana bot tidak mungkin dapat mendekati bangkai itu untuk menariknya kerana keadaan pantai.

Satu lagi pilihan ialah dengan mencucuk bangkai itu untuk mengeluarkan gasnya sebelum memotongnya kepada beberapa bahagian. - Agensi



0 comments:

share2