Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, November 3, 2014

BERA: DUA BERADIK HIDAP SAKIT JANTUNG DAPAT PERHATIAN


Norol Azali menziarahi keluarga Juliana dan Mohd Johanis.


Felda Mayam - Dua beradik yang menghidap sakit jantung mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pejabat Khidmat Rakyat Dun Guai.

Adun Guai, Datuk Norol Azali Sulaiman berkata, pihaknya akan cuba membantu meringankan beban yang ditanggung keluarga Juliana Juhari, 30, dan Mohd Johanis Abdullah, 37, apabila anak mereka disahkan mengalami komplikasi jantung.

“Setakat ini, dimaklumkan anak mereka sudah menjalani pembedahan sewajarnya, namun masih memerlukan pemantauan dari pihak hospital.

“Jadi, kita akan cuba bantu apa yang sepatutnya, termasuk bantuan persekolahan adik Juliana yang masih bersekolah,” katanya selepas menziarahi keluarga itu.

Difahamkan, adik Juliana yang berusia 15 tahun bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Purun, dan tinggal di rumah peninggalan arwah ayahnya, di sini.

Sementara itu, wakil dari JKM turut hadir bagi meneliti kes tersebut.

Norol Azali berkata, sebelum ino, keluarga ini pernah menerima bantuan bulanan JKM, tetapi dihentikan berikutan mereka menerima bantuan bulanan dari Pusat Zakat Selangor (PZS).

0 comments:

share2