Sepang - Sebanyak 25 pengamal media, anggota Kelab Rekreasi dan Kebajikan Media Pahang, berlepas ke Vietnam hari ini untuk ekspedisi menawan Gunung Fansipan dan aktiviti menyelam di Teluk Ha Long.
Ketua ekspedisi Fadzli Ahmad berkata selain mendedahkan peserta kepada kegiatan sihat ini, kunjungan mereka turut bertujuan untuk mempromosi negeri Pahang.
"Kami akan berada di sana selama lapan hari, sebelum ini peserta telah menjalani latihan selama dua bulan," katanya sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini.
Beliau berkata peserta juga akan melawat Masjid An-Nur di Hanoi untuk menjalankan aktiviti gotong-royong selain menyampaikan beberapa barangan seperti sejadah dan buku Yasin untuk diwakafkan.
Sementara itu, Penasihat Kelab Datuk Akmar Hisham Mokhles yang melepaskan peserta ekspedisi berkata aktiviti itu dapat mengukuhkan lagi hubungan sesama rakan media selain dapat meningkatkan motivasi kerja.
0 comments:
Post a Comment