Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, October 26, 2014

ISTERI TPM KETUAI 80 ORANG TERIMA PINGAT KEBESARAN PAHANG

Pekan - Isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman mengetuai 80 individu menerima darjah kebesaran dan pingat negeri Pahang sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah ke-84 di Istana Abu Bakar di sini semalam.

Noorainee merupakan antara 20 penerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menyempurnakan istiadat pengurniaan pingat di Balairong Seri, Istana Abu Bakar.

Majlis turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain isteri Timbalan Perdana Menteri, turut menerima darjah SSAP ialah isteri Menteri Besar Pahang, Datin Seri Junaini Kassim; isteri Menteri Pertahanan, Tengku Datin Seri Marsilla Tengku Abdullah dan isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datin Seri Khamarzan Ahmed Meah.

Turut menerima darjah yang sama Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Khair Mohamad Yusof; dan Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abdul Ghani.

Tujuh individu pula menerima Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Mereka termasuk isteri Panglima Angkatan Tentera, Datin Seri Umi Kalsom Wan Awang; Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Malaysia, Puan Sri Dr Imran Ibrahim; Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak; Pengarah Tanah dan Galian Pahang, Datuk Azizan Ahmad dan pesara Datuk Omar Othman. Seramai 10 individu dianugerahi Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) dan 20 individu menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang juga membawa gelaran Datuk.

Tiga orang pula menerima Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP), Darjah Setia Mahkota Pahang (SMP) (tiga orang), Darjah Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) (empat orang) dan lima orang menerima Ahli Mahkota Pahang (AMP).

Tiga orang menerima Pingat Kelakuan Terpuji (PKT); dan empat orang menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK). - Sumber

0 comments:

share2