Shah Alam - Macam-macam cara digunakan oleh individu yang berniaga secara online untuk memperkenalkan produk masing-masing termasuk menggunakan ruang laman sosial selebriti terkenal.
Terbaru, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin antara selebriti paling 'sporting' meminta pihak yang berbuat demikian di laman sosial miliknya menghentikan perbuatan itu.
"Cara terbaik untuk menjual produk atau mempromosi perkhidmatan anda bukanlah dengan membanjiri ruangan komen FB orang lebih-lebih lagi bila status 'update' tidak ada kena mengena dengan benda yang anda nak jual tu. Tambah meluat 'kompom'.
"Sekadar 'reminder' ye. Haha. Dah malas 'delete' iklan bagai...," tulis Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno.
Status Khairy itu kemudiannya dikongsi lebih 1,400 pelayar Facebook dan di'troll' oleh salah seorang pelayar Facebook menggunakan nama akaun Abdul Budin.
"Ingin menjadi hitam manis seperti KJ? Ingin menjadi kacak seperti KJ? Hanya tiga kali sapuan sahaja di muka. PM saya untuk produk terhebat ini!!! Produk sudah lama di pasaran dunia tapi baru sekarang masuk Malaysia.. stok terhad!! PM saya untuk keterangan lanjut.
Sebelum ini, pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, mereka yang suka melakukan 'troll' atau mengeluarkan kenyataan bernada menyindir dengan tujuan provokasi dan menyebarkan keburukan orang lain menerusi media sosial, merupakan golongan 'sakit jiwa'.
0 comments:
Post a Comment