Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, August 15, 2014

KIKI SERTAI PERKASA


Foto Sumber Facebook Perkasa Selangor Malaysia

Shah Alam - Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki, yang sebelum ini pernah menjadi kontroversi kerana mengamuk menggunakan pengunci stereng selepas keretanya dilanggar oleh seorang warga emas, dilaporkan menyertai Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).

Memetik petikan Facebook Perkasa Selangor, penyampaian kad dan sijil keahlian Perkasa Kiki telah diserahkan kepadanya dan seorang lagi, semalam.

“Setiausaha Kehormat Perkasa Selangor telah menyampaikan kad dan sijil perkasa keahlian kepada dua ahli baru Siti Fairrah Ashyikin dan Mohd Syahidzuan Samsudin di pejabat Perkasa Selangor,” laporan itu dipetik.

Sebelum ini, Kiki pernah dibantu oleh Perkasa untuk membayar denda yang dikenakan ke atasnya sebanyak RM5,000.

Pertubuhan tersebut melancar tabung untuk mengumpul dana demi meringankan beban denda.

Selain daripada denda, Kiki juga diperintah melakukan khidmat masyarakat selama 240 jam.

22 Julai lalu, Kiki mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kerosakan terhadap kereta milik Sim Siak Hong, 61, di hadapan Pusat Transformasi Bandar (UTC), Kuantan dalam kejadian pada 14 Julai.

0 comments:

share2