Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, August 16, 2014

AMUK DI KEDAI DURIAN


Kedua-dua tertuduh ketika keluar dari mahkamah.

Georgetown - dua lelaki didenda RM8,000 oleh mahkamah majistret, di sini, semalam, atas tuduhan merusuh di sebuah kedai menjual durian di Jalan Dr Lim Chwee Leong, dua bulan lalu.

Neoh Yong Tatt, 30, dari Taman Hutchings dan Ooi Beng Keong, 43, dari Lebuh Noordin, di sini, mengaku bersalah atas tuduhan menggunakan keganasan untuk memusnahkan harta di kedai durian berkenaan, kira-kira jam 3.45 petang, 22 Jun lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua- duanya.

Pada awalnya, Yong Tatt dan Beng Keong dituduh bersama-sama dengan enam orang yang masih bebas melakukan kesalahan itu, mengaku tidak bersalah pada 1 Julai lalu.

Bagaimanapun, mereka menukar pengakuan bersalah pada sebutan semula 12 Ogos lalu dan keputusannya ditetapkan semalam.

Sejurus pengakuan itu, Majistret Umma Devi Logananthan menjatuhkan hukuman itu dengan memerintah, jika Yong Tatt dan Beng Keong membayar denda dan jika gagal diarah menjalani hukuman penjara 12 bulan dari tarikh ditangkap.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Azura Zulkiflee.

Yong Tatt dan Beng Keong diwakili peguam Dev Kumaraendran.

Mengikut fakta kes, pada masa kejadian, pengadu Ng Teck Hock, 32, didatangi bekas pekerjanya dikenali sebagai Ah Chong yang pernah menjual buah di Kuala Lumpur.
Sebelum ini, Teck Hock pernah meminjam RM15,000 dengan ah long dikenali Ah Huat di Kuala Lumpur tetapi tidak dapat membayarnya.

Pada masa kejadian, Ah Chong datang bersama dua lagi lelaki untuk meminta hutang. Kemudian berlaku pertengkaran mulut dengan pekerja Teck Hock yang kemudian didapati menolak salah seorang suspek sebelum membuat laporan polis.

Suspek beredar dan tidak lama kemudian datang semula bersama kira-kira enam lelaki dan merusuh di kedai durian Teck Hock dengan membawa kayu dan merosakkan barangan seperti cermin, peti ais, kamera rakaman litar tertutup (CCTV) dan rak durian.

Susulan laporan itu, dua suspek ditahan polis, malam kejadian.

0 comments:

share2