Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, August 3, 2013

RANCAKKAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR


RAUB - Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu kerajaan negeri merancakkan lagi pembangunan infrastruktur di kawasan luar bandar dan kampung tradisional agar setanding dengan di bandar.

Baginda bertitah pembangunan itu akan dapat menarik pelabur membuka perniagaan, sekali gus membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan ekonomi penduduk.

"Oleh itu saya berharap agar wakil rakyat dan pegawai daerah proaktif dan agresif untuk memajukan kawasan tradisional dan luar bandar supaya ia dapat maju seperti kawasan bandar," titah Tengku Abdullah.

Baginda bertitah pada Majlis Berbuka Puasa dan penyampaian sumbangan kepada penduduk miskin, warga emas dan anak yatim di Kampung Kuala Atok, dekat sini semalam.

Baginda turut berpesan kepada rakyat supaya memanfaatkan pelbagai kemudahan pembangunan yang telah disediakan kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

Sambil menyatakan perasaan gembira kerana rakyat hidup secara aman dan bersatu padu, Tengku Abdullah menggesa rakyat supaya mengukuhkan lagi perpaduan dan menjaga keamanan negara yang ternyata banyak memberi kebaikan kepada mereka.

"Hubungan  baik dan akrab antara pelbagai kaum di negara ini perlu dipertingkatkan lagi agar negara lebih maju dan kukuh ekonominya," titah baginda. - Bernama

1 comments:

  • Anonymous says:
    August 4, 2013 at 5:39 PM

    Dirgahayu Tuanku.

    Masalahnya projek besar2 semua dapat kat Kuantan dan Pekan sahaja. sebagai cth, Temerloh dah lama patut maju, temerloh dan mentakab jika digabungkan potensi besar utk jadi kuasa ekonomi utama di Pahang. Tapi seperti biasa, penduduk temerloh berangan sajalah nak tengok bandarnya maju. Nak masuk hypermarket pun tak lepas, apatah lagi nak ada projek besar2... Tak macam bandar kedua di negeri2 lain, Temerloh jauh ketinggalan. Bandar kedua ni negeri lain semuanya maju..

share2