TEMERLOH - Polis daerah Temerloh merampas sebanyak 72 unit komputer dan peralatan yang digunakan untuk tujuan perjudian serta wang tunai berjumlah RM535 dalam tiga serbuan berasingan pada Isnin lalu dan semalam.
Dalam serbuan itu, polis turut menahan tiga penjaga premis dan 13 pelanggan.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, dalam serbuan pertama pukul 12.30 tengah malam, polis menyerbu dua buah premis di Taman Rimba dan merampas 32 unit komputer serta pelbagai peralatan serta wang tunai RM350.
"Dalam serbuan kedua, pukul 11 malam di sebuah premis di taman Perindustrian Mentakab, semalam, polis merampas 40 unit komputer dan peralatannya serta wang tunai berjumlah RM185. Polis turut menahan seorang penjaga dan 11 pelanggan," katanya.
Beliau seterusnya berkata, kesemua penjaga yang ditahan akan didakwa di bawah Seksyen 4B(A) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 yang boleh dikenakan denda tidak kurang dari RM10,000 dan tidak lebih RM100,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas.
Alhamdulillah... Perbanyakkan lg operasi sebegini.
http://www.rbfonline.net/2013/05/saifuddin-perlu-belajar-mandi-wajib.html