Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 30, 2012

Pusat Perkelahan Perlu Dinaik Taraf


Pengunjung pusat perkelahan Batu Tujuh Jalan Lama Bentong meminta pihak berwajib menaik taraf kemudahan di kawasan itu. Seorang pengunjung, Ahmad Rizal Muhd Lazim berkata kawasan perkelahan itu cukup kekurangan namun apa yang dikesalkan ialah kekurangan kemudahan untuk keselesaan pengunjung.

Walaupun disediakan pondok berehat namun ia tidak dijaga dengan baik manakala kemudahan tandas tidak sempurna. Tiada kemudahan tong sampah yang sistematik disediakan untuk pengunjung membuang sisa makanan yang dibawa berkelah disini.

Walaupun pusat perkelahan Baru Tujuh ini tidak popular seperti Air Terjun Chamang namun ia masih dikunjungi mereka yang mengetahuinya. Namun apa yang menyedihkan kawasan ini seakan terbiar sehingga suram berbeza dengan pusat rekreasi lain di daerah ini.

Sebagai pengunjung, soal keselamatan dan kebersihan sememangnya menjadi keutamaan bagi memastikan sesebuah pusat rekreasi itu menjadi terkenal.

Read more »

Setia Menjaga Isteri Terlantar


Kasih isteri tiada batasnya. Begitulah besarnya pengorbanan seorang isteri di Kampung Kuala Sentul, di sini, yang tabah menjaga keluarga selepas suaminya terlantar akibat kecacatan anggota badan kekal sejak lima tahun lalu.

Rohani Osman, 41, berkata, suaminya, Mat Yaziz Daud, 52, patah kedua kaki dan tangan, tulang pinggul dan tulang belakang setelah terlibat dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan mengambil upah mengait kelapa sawit di Felda Ulu Jempol.

Menurutnya, mereka mempunyai seorang anak berusia 10 tahun dan bagi menyara kehidupan, dia bekerja sebagai tukang sapu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Sentul ­dengan pendapatan RM450 sebulan.

“Suami kini hanya terlantar di katil dan memerlukan perhatian sepenuhnya memandangkan perlu memakai lampin pakai buang sepanjang masa.

“Alhamdulillah, bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM450 sebulan meringankan beban kami,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan ziarah Ahli Parlimen Maran, di sini.

Rohani berkata, dia terpaksa mengeluarkan kos membeli katil khas berharga RM2,100 supaya suaminya selesa kerana perlu berbaring sepanjang hari. Menurutnya, kerusi roda yang diberikan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) tidak dapat digunakan lagi.

“Walau apa yang berlaku, saya setia di sisi suami dan anak. Saya menerima takdir ini dengan tabah. Ia menguatkan lagi kasih sayang kami tiga beranak dalam menempuh dugaan mendatang,” katanya.

Read more »

Sunday, April 29, 2012

PAS Terlibat Rasuah Politik


Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui membiayai beberapa peserta himpunan Bersih 3.0 dari Kelantan, yang berakhir dengan keganasan kelmarin.

Menurutnya, sumbangan tersebut bukan diambil dari wang parti, sebaliknya kepunyaannya sendiri setelah melihat kesungguhan individu terbabit mahu menyertai demonstrasi itu.

“Untuk ke Kuala Lumpur memerlukan kos yang besar, saya mengeluarkan wang sendiri untuk membiayai pelbagai keperluan, itu hak saya, bukan wang parti,” kata beliau kepada pemberita pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan peserta Bersih dari Kelantan yang menjelaskan kehadiran mereka di perhimpunan semalam dibiayai parti, meliputi kos pengangkutan, penginapan dan keperluan lain seperti belanja makan.

Terbukti PAS membeli undi dengan menyogok beberapa orang peserta dari Kelantan. Tak sangka PAS pun pandai main rasuah sekarang.

Read more »

Saturday, April 28, 2012

SPR Mendedahkan Penipuan Pembangkang



DAKWAAN 1

SPR telah sengaja membetulkan sempadan kawasan pilihan raya DUN dan Parlimen tanpa kelulusan Parlimen bertujuan meramaikan pengundi di satu-satu kawasan bagi membolehkan Barisan Nasional beroleh kemenangan pada PRU Ke-13 nanti.

Dakwaan tersebut merupakan suatu fitnah dan tidak berasas sama sekali. SPR tidak pernah melakukan apa-apa perubahan terhadap sempadan kawasan atau bahagian pilihan raya sama ada DUN atau pun Parlimen kerana urusan berkenaan hanya dapat dilakukan apabila tiba masanya mengikut peruntukan Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan. SPR telah pun mengeluarkan pengumuman bahawa urusan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya hanya akan dijalankan apabila tiba masanya selepas PRU-13.

Apa yang sebenarnya berlaku sebelum ini mengikut peruntukan kuasa di bawah sub peraturan 25(3) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, melalui kuasa Ketua Pendaftar, ialah tindakan SPR membetulkan lokaliti yang mengandungi nama-nama pemilih yang telah tersalah letak sebelumnya iaitu semasa proses penetapan kedudukan lokaliti (sebelum 2004) yang dibuat secara manual. Maka selaras dengan peruntukan undang-undang SPR perlu membetulkan kedudukan lokaliti tersebut di dalam bahagian pilihan raya yang sepatutnya pemilih di dalam lokaliti berkenaan didaftarkan.

SPR menyedari kedudukan beberapa lokaliti yang tersalah letak di dalam bahagian pilihan raya hanya selepas Sistem EGIS (Electoral Geographical Information System) diguna pakai dalam tahun 2004. Melalui peruntukan kuasa yang ada, SPR telah membuat pembetulan kedudukan lokaliti yang tersalah letak di seluruh negara yang melibatkan jumlah pemilih seramai 19,342 orang. Pemilih-pemilih mengikut lokaliti-lokaliti berkenaan perlu ditempatkan di dalam kawasan pilihan raya yang sebenarnya seperti yang wujud di lapangan.

Perlu ditekankan bahawa pembetulan lokaliti-lokaliti yang dibuat itu tidak sama sekali melibatkan perubahan kepada mana-mana garis sempadan bahagian pilihan raya sama ada DUN ataupun Parlimen. Sebaliknya dengan pembetulan kedudukan pemilih mengikut lokaliti yang terlibat maka mereka akan mengundi di dalam bahagian pilihan raya yang sebenarnya mengikut kedudukan alamatnya di dalam Daerah Mengundi dan DUN yang sebenarnya.

Selepas tindakan pembetulan kedudukan pemilih mengikut lokaliti berkenaan dibuat, SPR telah memaklumkan secara rasmi melalui surat pemberitahuan yang dialamatkan kepada semua pemimpin parti politik di dalam bahagian-bahagian pilihan raya yang berkenaan. SPR beranggapan parti-parti politik melalui pemimpin-pemimpin mereka di peringkat Daerah Mengundi dan DUN menyedari tindakan SPR tersebut dan seterusnya memaklumkan kepada pemilih-pemilih yang terlibat di kawasan masing-masing.

Tetapi ramai pemilih yang memberi maklum balas kepada SPR mereka tidak menyedari telah berlaku pembetulan kedudukan nama mereka mengikut lokaliti di mana mereka didaftarkan. Oleh yang demikian, dalam menghadapi PRU-13 akan datang, SPR akan menulis surat pemberitahuan perkara tersebut kepada semua pemilih yang terlibat di semua kawasan yang berkenaan di seluruh negara.

Justeru, SPR ingin menegaskan sekali lagi bahawa dengan tindakan membetulkan kedudukan nama pemilih di dalam lokaliti berkenaan iaitu dengan meletakkannya di dalam bahagian pilihan raya yang sebenar mengikut kedudukan di lapangan, ia sama sekali tidak melibatkan apa-apa perubahan kepada garis sempadan kawasan atau bahagian pilihan raya sama ada DUN ataupun Parlimen.

DAKWAAN 2

Kawasan mengundi Tan Sri Abd Khalid Ibrahim telah dipindahkan secara tidak sah oleh SPR.

Dakwaan yang mengatakan bahawa kawasan mengundi bagi Tan Sri Abd Khalid Ibrahim telah dipindahkan secara tidak sah oleh SPR adalah tidak benar dan tidak berasas. SPR telah memberi penjelasan terperinci kepada Ahli-Ahli Parlimen pada 16 April 2012 berhubung perkara ini. Bagaimanapun perkara ini terus diputar belit untuk mengelirukan orang ramai yang tidak faham tentang isu pembetulan kedudukan lokaliti di dalam sesuatu daerah mengundi yang terletak di dalam kawasan DUN dan Parlimen.

Apa yang sebenarnya berlaku dalam kes yang melibatkan alamat dalam lokaliti Khalid ialah SPR hanya membuat pembetulan kedudukan lokaliti yang telah tersalah letak di dalam kawasan pilihan raya yang mana proses ini dijalankan mengikut Peruntukan Subperaturan 25(3) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih 2002).

Khalid telah mendaftar sebagai pemilih pada 1/1/1985 dengan menggunakan alamat Jalan 16/2, Seksyen 16, Petaling Jaya, Selangor. Semasa pendataan borang pendaftaran tersebut, petugas SPR telah meletakkan alamat lokaliti beliau iaitu Jalan 16/2 di bawah kawasan DUN N.34 Bukit Gasing /Parlimen P.105 Petaling Jaya Selatan iaitu berdasarkan kepada alamat di dalam borang pendaftaran tersebut, tanpa menyedari bahawa di lapangan yang alamat lokaliti Jalan 16/2 itu adalah sebenarnya terletak di dalam Wilayah Persekutuan di mana Jalan Datuk Abu Bakar merupakan sempadan rasmi antara negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Justeru, lokaliti Jalan 16/2 di mana Khalid berdaftar ialah sebenarnya berada di bawah kawasan Parlimen P.121 Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan. Apabila sistem EGIS (Electoral Geographical Information System) dilaksanakan pada tahun 2004 SPR mula menyedari kesilapan penentuan kedudukan lokaliti berkenaan. Maka selaras dengan tindakan pembetulan-pembetulan lokaliti yang sedemikian di kawasan-kawasan lain di seluruh negara, SPR juga membuat pembetulan kedudukan lokaliti terhadap lokaliti Jalan 16/2 Seksyen 16, Petaling Jaya di mana di atas muka bumi, lokaliti tersebut sebenarnya terletak di kawasan Parlimen P.121 Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan. Ia sama sekali tidak melibatkan apa-apa perubahan kepada garis sempadan kawasan pilihan raya sama ada DUN atau pun Parlimen. Bagi mana-mana pihak yang ingin mendapat penjelasan lanjut berhubung dengan perkara tersebut, mereka bolehlah datang ke Ibu Pejabat SPR atau Pejabat SPR Negeri Selangor atau Pejabat SPR Wilayah Persekutuan.

DAKWAAN 3

SPR gagal membersihkan daftar pemilih. Seramai 42,051 pengundi awam ragu masih berada dalam daftar pemilih SPR hingga sekarang.

Sebagai langkah yang berterusan untuk membersihkan Daftar Pemilih, SPR telah menghantar Daftar Pemilih Induk (DPI) yang melibatkan kesemua nama 12.5 juta pemilih berdaftar kepada pihak JPN pada bulan Julai 2011 untuk semakan secara menyeluruh bagi tujuan pengesahan dan pembersihan. Pada bulan September 2011, pihak JPN telah memberi maklum balas kepada SPR bahawa dari jumlah 12.5 juta tersebut, terdapat sebanyak 42,051 nama-nama pemilih yang tidak memiliki maklumat yang jelas dan sahih. Ini bermakna nama-nama 42,051 pemilih berdaftar berkenaan ada di dalam rekod di JPN, tetapi masalahnya mereka tidak dapat dihubungi untuk diminta datang mengemas status terkini kedudukan mereka kerana ketiadaan alamat yang jelas. Pada waktu yang sama mereka juga telah tidak datang ke mana-mana pejabat JPN untuk mengemaskinikan status mereka. Oleh yang demikian, SPR membuat keputusan mentakrifkan jumlah 42,051 nama-nama berkenaan sebagai pemilih awam di bawah status yang diragui kesahihannya disebabkan ketiadaan maklumat yang terkini tentang status mereka.

Berikutan itu, sebagai langkah yang betul serta bagi menjamin hak rakyat selaku pemilih berdaftar yang dijamin di bawah Perlembagaan, SPR tidak boleh memotong nama-nama mereka dari daftar pemilih sewenang-wenangnya tanpa pengesahan dari jabatan yang berwajib iaitu JPN. SPR sebaliknya mengambil inisiatif untuk mempamerkan kesemua 42,051 nama berkenaan selama tiga bulan untuk memberi peluang kepada orang ramai khususnya pemilih untuk tampil mengemaskinikan maklumat mereka di JPN dan SPR supaya nama mereka dapat dikemaskini atau dikeluarkan daripada senarai pemilih awam ragu tersebut.

Dalam tempoh yang sama, sepanjang tiga bulan nama-nama 42,051 berkenaan dipamerkan, SPR juga telah mengedarkan nama-nama berkenaan kepada ibu pejabat semua parti-parti politik utama serta pemimpin-pemimpin politik di peringkat Parlimen dan DUN yang berkenaan di seluruh negara untuk mendapat bantuan dalam usaha mencari pengesahan dan maklum balas berhubung dengan kedudukan alamat dan status terkini pemilih-pemilih yang berkenaan. Dukacita, sepanjang tiga bulan tersebut, sambutan yang diterima oleh SPR sama ada dari parti-parti politik atau orang ramai amat dingin. Pada 28 Mac 2012, pihak JPN telah memberi maklum balas kepada SPR bahawa melalui semakan yang terperinci dan berterusan oleh pihak mereka, dari jumlah asal 42,051 nama pemilih yang diragui itu, jumlah mereka telah berkurangan kepada 40,803 orang berikutan terdapat di kalangan mereka yang tampil ke JPN untuk mengemas kini maklumat kad pengenalan mereka manakala yang lain terdapat waris-waris yang tampil dengan membawa bukti kepada JPN mengenai kematian ahli keluarga atau saudara mara mereka.

Orang ramai perlu maklum bahawa undang-undang tidak membenarkan mana-mana nama dalam daftar pemilih dipotong sewenang-wenangnya tanpa pengesahan yang sahih oleh pihak JPN. Oleh yang demikian, nama 40,803 pemilih awam ragu tersebut perlu terus kekal berada dalam daftar pemilih bagi menjamin hak mereka yang dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan. SPR hanya memotong nama-nama mereka daripada daftar pemilih setelah mendapat pengesahan secara rasmi dari pihak berwajib iaitu JPN sama ada mereka telah meninggal dunia atau hilang taraf kewarganegaraan, atau hilang kelayakan atas sebab-sebab lain seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan. Oleh yang demikian, selagi pengesahan muktamad tidak diperolehi dari pihak JPN, kesemua nama 40,803 pemilih berkenaan perlu dikekalkan di dalam Daftar Pemilih Induk.

DAKWAAN 4

SPR telah mendaftar pemilih yang terdiri daripada warga asing yang telah mendapat taraf warganegara.

Hanya warganegara Malaysia sahaja yang layak dan berhak untuk menjadi pengundi dalam pilihan raya di negara ini. Mereka yang bukan warganegara atau warga asing mustahil akan dapat mendaftar sebagai pengundi. Sesiapa sahaja warganegara Malaysia dan berumur 21 tahun dan ke atas yang memohon untuk didaftarkan sebagai pemilih, permohonan mereka akan diproses sewajarnya melalui sistem komputer dan mengikut tatacara pemerosesan yang ditetapkan di bawah undang-undang.

Justeru, adalah tidak timbul soal tentang siapa atau apa jua latar belakang seseorang warganegara itu apabila ia memohon untuk menjadi pemilih kerana yang menjadi asas kelayakan ialah seseorang itu mestilah terdiri warganegara Malaysia dan telah mencapai umur 21 tahun dan ke atas serta memenuhi apa-apa syarat kelayakan lain yang ditetapkan di bawah Perlembagaan.

DAKWAAN 5

Masih ramai pemilih berusia lebih 100 tahun berada dalam daftar pemilih SPR.

Pemotongan nama seseorang pemilih berdaftar hanya dapat dibuat atas dua sebab iaitu pemilih telah meninggal dunia mengikut pengesahan rekod di JPN dan kedua pengesahan hilang kelayakan sebagai pengundi mengikut bukti pengesahan dari jabatan-jabatan yang berwajib. Justeru, walaupun umur seseorang pemilih itu telah melangkaui 100 tahun, undang-undang tidak membolehkan SPR untuk memotong nama mereka sewenang-wenangnya atas anggapan bahawa mereka mungkin telah meninggal dunia.

Jikalau ada mana-mana pihak yang mengetahui dan dapat membuktikan bahawa terdapat waris mereka yang telah meninggal dunia, SPR berharap mereka tampil ke JPN untuk mengemaskinikan rekod kematian waris berkenaan. Dalam soal pengesahan rekod kematian seseorang warganegara, SPR terpaksa bersandarkan kepada maklumat yang sahih daripada pihak JPN bagi mengelak penipuan atau sebagainya.

DAKWAAN 6

Daftar pemilih SPR kotor kerana mengandungi ramai pemilih yang didaftarkan di satu-satu alamat.

Tanggapan umum terhadap kajian MIMOS bahawa terdapat ramai pemilih yang berdaftar secara pendaftaran berkelompok di satu-satu alamat adalah tidak tepat. Apa yang telah berlaku ialah pihak MIMOS telah tersalah tafsir apabila mereka menemui rekod pemilih yang mendaftar dalam suatu kawasan lokaliti yang sama di mana MIMOS menganggapnya sebagai pendaftaran di satu alamat yang sama.

Hakikatnya ialah apa yang dilakukan oleh SPR adalah untuk membolehkan mereka yang mendaftar dapat ditentukan daerah mengundi dan pusat mengundinya. Untuk itu, SPR menetapkan dasar secara merangkumkan beberapa alamat pendaftaran tersebut di dalam sebuah lokaliti. Dalam peta pilihan raya, lokaliti adalah unit yang terkecil yang mengandungi beberapa alamat, dan kemudiannya melalui beberapa lokaliti dibentuk menjadi daerah mengundi dan daripada beberapa daerah mengundi pula terbentuknya bahagian pilihan raya DUN dan seterusnya menjadi bahagian pilihan raya Parlimen.

Sebagai contoh, di lokaliti Kampung Melayu Majidee di Johor, yang telah dianggap sebagai satu alamat yang mempunyai lebih daripada 100 pemilih, di lokaliti berkenaan sebenarnya terdapat berpuluh-puluh alamat lengkap dan yang tidak lengkap yang disatukan sebagai satu lokaliti iaitu lokaliti Kampung Melayu Majidee. Hal ini telah disalah tafsir oleh MIMOS sebagai satu alamat, walhal ia sebenarnya adalah satu lokaliti dalam daerah mengundi.

DAKWAAN 7

Berlaku peningkatan pengundi secara mendadak di beberapa kawasan yang diwakili calon pembangkang.

Langkah SPR secara agresif menjalankan promosi meminta rakyat mendaftar sebagai pengundi, ditambah pula dengan keadaan suasana semasa yang hampir dengan PRU-13 merupakan faktor utama menyebabkan pendaftaran pemilih mencatatkan peningkatan yang tinggi sehingga suku tahun keempat tahun 2011. Peningkatan jumlah pendaftaran telah berlaku secara menyeluruh di semua bahagian pilihan raya di seluruh negara. Bagaimanapun, terdapat bahagian-bahagian pilihan raya yang mencatat peningkatan yang lebih tinggi daripada yang lain seperti yang berlaku di beberapa negeri dan di beberapa bahagian pilihan raya tertentu.

Perkara ini tidak harus dihairankan kerana sehingga Jun 2011, masih terdapat ketika itu sejumlah 3.7 juta warganegara Malaysia yang layak tetapi belum mendaftar sebagai pengundi. Jumlah mereka yang belum mendaftar yang tertinggi mengikut negeri ialah di negeri Selangor diikuti dengan Wilayah Persekutuan, Johor, Perak dan lain-lain. Maka, jika peningkatan pendaftaran yang tinggi telah berlaku di negeri Selangor, itu adalah sesuatu yang wajar kerana pada pertengahan tahun 2011 seramai 750,000 warganegara yang masih belum mendaftar terdapat di negeri tersebut.

Di sesetengah bahagian pilihan raya peningkatan jumlah pendaftaran telah berlaku dalam kadar yang tinggi dengan peratusan melebihi 30 peratus jika dibanding dengan kedudukan bilangan pemilih pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (2008). Ini termasuklah kawasan-kawasan seperti P.107 Subang (34%), P.158 Tebrau (34%), P.111 Kota Raja (33%), P.086 Pekan (33%), dan P.032 Gua Musang (30%).

Pertambahan jumlah pendaftaran pengundi ini bukanlah satu perkara yang dirancang oleh SPR bagi tujuan tertentu sepertimana yang didakwa oleh beberapa pihak. Sebaliknya ia berlaku disebabkan masih terlalu ramai mereka yang layak di beberapa buah negeri seperti di Selangor yang belum mendaftar sebagai pemilih. Ekoran promosi pendaftaran yang agresif dan bahang pilihan raya umum yang semakin dekat, mereka mula sedar dan tampil mendaftar secara besar-besaran melalui pejabat-pejabat pos dan penolong-penolong pendaftar yang dilantik oleh SPR di seluruh negara.

DAKWAAN 8

SPR sengaja menambah ramai petugas yang akan Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 memperuntukkan kepada mana-mana pegawai pilihan raya yang menjalankan tugas pada hari pengundian untuk mengundi secara pos. Justeru melalui peruntukan tersebut petugas-petugas SPR dibenarkan membuat permohonan kepada Pegawai Pengurus di kawasan masing-masing untuk mengundi secara pos.

Bagaimanapun, tidak kesemua petugas SPR yang akan mengundi secara pos. Bagi mana-mana petugas yang bertugas di pusat mengundi di mana dia adalah pemilih berdaftar di kawasan berkenaan, petugas tersebut biasanya akan mengundi secara pengundian biasa, sama seperti pemilih awam yang lain. Demikian juga, sekiranya seseorang petugas SPR itu bertugas di sebuah pusat mengundi yang berdekatan dengan pusat mengundi lain di mana nama beliau berdaftar di kawasan berkenaan, beliau akan diberi kelonggaran untuk pergi mengundi sebagai pengundi biasa di pusat mengundi berkenaan.

Adalah menjadi amalan SPR untuk seboleh-bolehnya mengenal pasti mereka yang datang dari sesuatu kawasan tempat mengundi diberi peluang menjadi petugas di pusat mengundi di kawasan berkenaan. Ini akan membolehkan beliau membuang undi sebagai pengundi biasa pada hari pengundian. Bagaimanapun perlu disedari untuk pilihan raya umum, di mana SPR perlu melantik jumlah petugas yang ramai, maka amatlah sukar untuk SPR memastikan mereka yang dilantik itu sendiri daripada pemilih di kawasan mereka bertugas.

DAKWAAN 9

SPR gagal memastikan akses media yang saksama kepada semua pihak semasa berlangsungnya sesuatu pilihan raya.

Kuasa untuk mengawal media semasa pilihan raya tidak terletak di bawah kuasa dan tanggungjawab SPR. Apatah lagi bagi media milik swasta yang mempunyai dasar dan pendekatan masing-masing berhubung dengan sokongan dan sikap mereka terhadap isu-isu yang berbangkit tentang pilihan raya. Justeru mereka bebas untuk membuat laporan mengikut selera dan kepentingan mereka. SPR tidak diperuntukkan kuasa bagi mengawal mana-mana media supaya menyediakan akses yang saksama kepada semua pihak yang bertanding dalam pilihan raya.

Bagaimanapun, untuk PRU-13 akan datang, SPR akan berbincang dengan pihak yang berkenaan di peringkat kerajaan dalam usaha untuk mewujudkan ruang dan akses yang saksama terhadap media awam kepada semua pihak yang bertanding dalam pilihan raya akan datang. Selain itu SPR juga akan berbincang dengan beberapa pemilik media swasta utama (media elektronik dan media cetak) untuk mendapatkan kerjasama mereka dalam usaha mewujudkan akses media yang saksama kepada semua parti politik dan calon yang bertanding.

DAKWAAN 10

Isu isteri anggota tentera mendaftar sebagai pengundi pos.

Mengikut peruntukan-peruntukan yang ditetapkan di bawah undang-undang, isteri atau suami kepada anggota angkatan tentera yang tinggal di dalam kem adalah berhak mengundi secara pos seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003, iaitu Peraturan 3(1)(a) “mana-mana orang yang telah mendaftarkan diri sebagai seorang pemilih Parlimen atau Negeri di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, dan dia ialah seorang pengundi tidak hadir, adalah berhak untuk mengundi sebagai pengundi pos".

Untuk PRU-13 akan datang, golongan tersebut yang dikategorikan sebagai pengundi tidak hadir, dan berhak mengundi secara pos, SPR akan memperkenalkan kaedah Sistem Pengundian Awal untuk mereka. Oleh yang demikian, dalam PRU akan datang, isteri atau suami kepada anggota angkatan tentera akan mengundi awal di pusat-pusat mengundi awal yang akan dibuka dan diuruskan oleh pegawai-pegawai SPR di dalam kem di mana mereka didaftarkan sebagai pengundi.

DAKWAAN 11

Isu anggota polis dan pasangan didaftarkan sebagai pengundi pos.

Mengikut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003, anggota Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan adalah golongan yang layak mengundi secara pos. Perkara ini disebut dengan jelas di bawah subperaturan 3(1)(c) undang-undang tersebut. Prosedur memproses permohonan pendaftaran pengundi pos bagi anggota polis yang layak di bawah peruntukan tersebut dibuat secara teliti bagi mengelak berlakunya pendaftaran berganda di kalangan mereka di mana nama seseorang pengundi pos berkenaan tidak akan wujud di dalam senarai pengundi awam.

DAKWAAN 12

Isu pengundi hantu.

Isu “pengundi hantu" yang difitnahkan oleh pihak-pihak tertentu telah berkali-kali diperjelaskan oleh SPR sebelum ini kepada pihak-pihak yang berkenaan dan kepada umum bahawa pengundi hantu tidak wujud dalam pilihan raya di negara ini. Pada SPR, dakwaan “pengundi hantu" adalah satu tohmahan yang sengaja diadakan oleh pihak-pihak tertentu bermotifkan politik serta bertujuan untuk memburukkan SPR di mata umum.

Hakikatnya ialah tohmahan tersebut tidak pernah dibuktikan oleh mana-mana pihak baik di dalam mahkamah atau di luar mahkamah. Dalam sejarah pilihan raya di negara ini, isu pengundi hantu tidak pernah terbukti dalam mana-mana petisyen pilihan raya yang difailkan di mahkamah selepas pilihan raya.

Semasa pilihan raya, apa yang berlaku pada hari pengundian ialah terdapat pemilih berdaftar yang telah tidak bermastautin di alamat tempat beliau mendaftar sebagai pemilih. Apabila tiba pilihan raya, pemilih berkenaan akan balik mengundi di tempat beliau telah mendaftar sebagai pemilih. Pemilih berkenaan adalah seorang pengundi yang sah dari segi undang-undang bukannya “pengundi hantu" sebagaimana yang sering didakwa oleh pihak yang menuduh SPR sengaja membiarkan nama-nama pengundi berkenaan dikekalkan dalam daftar pemilih walaupun beliau tidak bermastautin di dalam kawasan pilihan raya, pengundi berkenaan ialah pemilih berdaftar yang berhak untuk balik mengundi di pusat mengundi di mana dia didaftarkan.

Read more »

Mendidik Anak Dengan Budaya Berhemah



"IBU, duit sekolah yang ibu berikan tak cukuplah". "Ayah, harga makanan di kantin sekolah sudah naik, boleh tambah sedikit lagi duit saku saya?" Sebagai ibu bapa, pasti ada antara kita pernah mendengar anak-anak merungut dengan nada seperti ini.

Apa yang tersirat adalah pernyataan bahawa wang perbelanjaan di sekolah yang diberikan sehari-hari sudah tidak mencukupi. Rungutan ini lebih selalu kedengaran dalam kalangan kanak-kanak yang tinggal di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru atau lain-lain lagi.

Jika hari ini, RM2 sehari diberikan kepada setiap anak-anak ini, ia mungkin sekadar habis untuk membeli makanan di kantin sekolah pada waktu rehat. Itu tidak termasuk bayaran untuk tambang bas awam, komuter, LRT, teksi, dan sebagainya bagi kanak-kanak yang tidak menaiki bas sekolah.

Begitu juga, pada zaman serba canggih dengan ledakan teknologi maklumat mutakhir ini, ramai kanak-kanak yang memerlukan ibu bapa membelanjakan lebih sedikit untuk melanggan perkhidmatan Jalur Lebar (Broadband) demi penerokaan ilmu pengetahuan melalui internet.

Diakui bahawa pada zaman sekarang tidak seperti 20 atau 30 tahun lepas, semua harga barangan atau perkhidmatan telah berlipat kali ganda lebih tinggi. Kalau dahulu, kantin sekolah menjual sepinggan nasi lemak pada harga sekadar 50 sen hingga 70 sen dan kadang-kadang dengan harga tersebut turut disertakan dengan sekeping telur goreng atau kuih. Hari ini, jangankan telur, bahkan timun, kacang dan ikan bilis pun tidak disajikan bersama dalam sepinggan nasi lemak kosong berharga RM 2.00 di sesetengah kantin sekolah!

Kalau dahulu, tambang bas untuk kanak-kanak mungkin sekadar 25 sen hingga 50 sen, di mana mereka diberi diskaun khas kerana masih bersekolah. Sekarang ada syarikat bas yang tidak membezakan harga penumpang sama ada orang awam atau kanak-kanak sekolah, semuanya sama rata.

Begitu juga harga sebuah buku latihan yang dijual di sekolah yang harganya lebih dari RM1 berbanding 30 sen hingga 40 sen dijual pada sedekad yang lalu. Hanya kerana buku latihan sekolah terpampang cap dan logo sekolah, jangan terkejut sekiranya ada pelajar yang perlu (dan wajib!) membeli buku-buku latihan tersebut pada harga yang sekali ganda lebih mahal daripada biasa.

Ini adalah contoh yang sejajar dengan perkembangan taraf sosio ekonomi masyarakat Malaysia yang semakin meningkat dan 'kuasa beli' yang semakin besar dimiliki oleh segenap anggota masyarakat. Hal ini tidak dapat disekat, bahkan tidak boleh dinafikan akan hak pihak-pihak terbabit untuk menetapkan harga perkhidmatan atau produk yang disediakan.

Mereka juga berhadapan dengan kenaikan harga bahan mentah, pengangkutan, kos sewa, kos perkhidmatan, dan cukai yang juga semakin meningkat saban hari. Cumanya, apa yang perlu kita fikirkan adalah untuk membantu anak-anak dalam masalah 'duit belanja sekolah' yang semakin menjerat dan tidak mencukupi sebegini?

Anak-anak tidak seharusnya dibebankan dengan masalah sebegini kerana mereka perlu fokus kepada usaha mentelaah pelajaran di sekolah dan seterusnya mendapatkan keputusan peperiksaan yang bagus.

Bagi ibu bapa yang berpendapatan tinggi, tuntutan anak-anak terhadap tambahan wang saku sehari-harian bukanlah masalah besar, bahkan elaun saku untuk tempoh setahun pun mereka boleh berikan dalam satu-satu masa tanpa berfikir panjang.

Namun, bagi ibu bapa yang berpendapatan sederhana dan rendah, ditambah lagi golongan yang memiliki anak yang ramai dan bersekolah, tuntutan wang saku tambahan oleh anak-anak ini benar-benar meletakkan mereka dalam dilema.

Sebenarnya, ada banyak kaedah yang boleh dipraktikkan oleh ibu bapa dalam mendepani permasalahan sebegini. Ibu bapa perlu mewujudkan situasi 'menang-menang', di mana mereka masih dapat memenuhi tuntutan perbelanjaan bulanan mereka dan memenuhi keperluan anak-anak.

Antaranya adalah mengajar anak-anak untuk faham dan mengamalkan budaya berjimat-cermat dan tidak bermewah-mewah. Anak-anak perlu dididik supaya tidak terikut-ikut gaya berbelanja besar oleh rakan-rakan yang berada dan seakan-akan mampu memiliki 'seisi dunia'.

Ada sesetengah ibu bapa yang mengamalkan kaedah di mana anak-anak turut diberitahu tentang jumlah pendapatan ibu bapa dan perbelanjaan bulanan seisi rumah yang perlu dilangsaikan. Misalnya memberitahu anak-anak agihan wang untuk makanan, bayaran bil-bil air, elektrik dan telefon, bayaran sewa rumah dan kereta, sehinggalah kepada agihan untuk tabungan kecemasan keluarga.

Dengan cara ini, baru anak-anak faham hakikat bahawa ibu bapa tidaklah sebenarnya lokek untuk memberikan mereka duit saku tambahan, tetapi ada keperluan kewangan yang lebih penting pada aspek-aspek yang lain.

Anak-anak perlu dilatih untuk mengetahui 'aliran tunai' duit perbelanjaan mereka. Caranya mudah iaitu dengan mengajar mereka untuk mempunyai 'buku akaun' sendiri yang mencatatkan berapa banyak duit yang mereka terima dan berapa banyak pula duit yang mereka belanjakan sehari-harian.

Dengan cara ini, anak-anak faham jika duit keluar itu lebih banyak daripada duit masuk, ini menunjukkan bahawa mereka mungkin perlu menyingkirkan apa-apa pembelian barangan yang tidak patut dan merugikan.

Kaedah ini juga melatih anak-anak supaya jangan 'muflis' yang bermaksud bahawa mereka perlu ada wang simpanan untuk tujuan kecemasan dan keperluan terdesak pada masa hadapan.

Seterusnya, anak-anak boleh dididik dengan konsep 'sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.' Ini adalah sesuai bagi anak-anak yang mungkin mahukan sesuatu seperti membeli basikal, buku rujukan, gadjet permainan yang diidamkan, dan sebagainya di mana mereka perlu menyimpan duit secukupnya hasil lebihan duit saku sehari-harian untuk memiliki apa yang dihajatinya.

Konsep ini juga selaras dengan amalan menabung sama ada menyimpan duit dalam tabung di rumah, atau dalam institusi perbankan atau institusi amanah saham yang ternyata lebih selamat. Lebih-lebih lagi sejak lapan tahun lepas, Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) telah diwujudkan bagi menggalakkan tabungan untuk pembiayaan pengajian anak-anak di menara gading merupakan platform terbaik untuk anak-anak membuat tabungan.

Melalui skim ini, bukan sahaja duit dapat ditabung dengan selamat, bahkan ibu bapa dan anak-anak sendiri mendapat faedah sampingan seperti pelepasan cukai, perlindungan insurans dan kadar dividen yang kompetetif.

Anak-anak sebaiknya dirutinkan untuk membawa bekal makanan sendiri dari rumah yang lebih terjamin kebersihan dan keseimbangan gizi dan khasiatnya. Dalam hal menggunakan buku-buku latihan, wajar mereka diasuh untuk menggunakan semula buku-buku latihan lama yang masih boleh digunakan agar ianya tidak dibuang dengan sia-sia.

Selain itu, ibu bapa perlu mendidik anak-anak akan ajaran agama yang melarang seseorang untuk membazir, kerana membazir itu adalah amalan kesukaan syaitan. Bahkan, perlu juga anak-anak diterapkan dengan amalan bersedekah kerana sedekah itu tidaklah merugikan, tetapi akan diberikan ganjaran keberkatan dan pahala yang berlipat kali ganda oleh Allah SWT.

Apabila anak-anak dapat diasuh mentaliti dan tindakan mereka untuk berjimat-cermat dan menghargai setiap sen yang dimiliki, maka diyakini bahawa mereka dapat membentuk peribadi berhemah dalam berbelanja dan mengusir jauh akan tabiat boros dan 'biar papa, asal bergaya'.

Read more »

Friday, April 27, 2012

PAS dan DAP Tolak Batal PTPTN

Sebahagian peserta demo yang jelas menggalakkan anak muda kepada keruntuhan akhlak

Pakatan Rakyat, terjadi perang mulut antara parti-parti sekutu Pakatan Rakyat akibat dari isu pemansuhan PTPTN.   

DAP dan PAS dikatakan berang dengan Anwar Ibrahim dan PKR kerana menjerumuskan mereka ke dalam isu yang akhirnya memakan diri sendiri.    Kini, seluruh parti Pakatan Rakyat terpaksa menepis dan merasionalkan cadangan PKR untuk menghapuskan PTPTN. 

Akhbar-akhbar Cina juga kebanyakannya memberi reaksi negatif terhadap cadangan tersebut.   Sin Chew, misalnya mempersoalkan walaupun semua orang menginginkan pendidikan percuma  tetapi apakah cadangan tersebut logik untuk dilaksanakan.  Pendidikan percuma untuk semua bermakna kerajaan memerlukan RM43 bilion setiap tahun dan itu belum lagi diambil kira janji-janji manis yang lain yang ditabur oleh PR yang membawa jumlah lebih RM200 billion.  

Akhbar-akhbar Cina diketahui mempunyai pertalian yang rapat dengan DAP dan apa yang ditulis mereka kebanyakannya membayangkan pendirian DAP.  Oleh itu, walaupun secara dasarnya mereka menentang penghapusan PTPTN tetapi mereka memberi sedikit ‘muka’ kepada Pakatan Rakyat dengan menyebut tentang pengalaman dalam bidang ekonomi yang dimiliki oleh Anwar Ibrahim yang pernah menjadi Menteri Kewangan.  

Bagaimanapun, menurut mereka, walaupun Anwar dan Tony Pua punya pengalaman dalam mengurus kewangan tetapi selagi mereka berdua tidak dapat membentangkan secara terperinci tentang bagaimana caranya untuk menampung kos lebih RM200 billion itu, maka mereka tidak ada pilihan selain dari meraguinya.  

Dari laporan akhbar tersebut, nampaknya kaum Cina mengakui bahawa PTPTN banyak membantu kerana kebanyakan anak-anak mereka memilih untuk ke pusat pengajian tinggi swasta yang kosnya jauh lebih mahal dari pusat pengajian tinggi awam.   Secara tidak langsung juga mereka telah mengakui bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan kaum mereka, walaupun mereka tidak menyatakannya secara terang-terangan. 

Kita percaya, PAS juga banyak terhutang budi kepada kerajaan dalam isu PTPTN ini.   Mana tidaknya, jika kebanyakan anak-anak mereka tidak layak mendapat biasiswa kerana kurang menyerlah dalam pelajaran akibat terlalu asyik berpolitik kerana terpengaruh dengan ibubapa sendiri.   Jika ini senarionya maka hanya pinjaman seperti PTPTNlah sahaja yang dapat membantu anak-anak orang PAS ini mendapatkan pendidikan peringkat tertiari.  

Begitu juga dengan PKR, contohnya Adam Adli dan semua rakan-rakannya yang ke hulu ke hilir berdemo menentang apa saja yang dibuat oleh kerajaan, tiada seorang pun di antara mereka yang cemerlang dalam pelajaran.   

Justeru, munasabahlah jika PKR ditempelak oleh sekutunya DAP dan PAS kerana mengemukakan cadangan yang paling bodoh.  Apakan daya, tahap itu sajalah pemikiran Ketua Pembangkang yang hanya berkelulusan Pengajian Melayu kelas 3.   

Apa nak dikata, bukan UMNO yang pilih Anwar jadi Ketua Pembangkang, tetapi PR sendiri yang melantiknya.   Tak dapat dibayangkan jika Anwar menjadi Perdana Menteri.  Entah apa lagi agaknya idea-idea bodoh yang akan dikemukakannya. 





Read more »

Populariti Zahid Hamidi Mengalahkan Zahida Rafik


JARANG kita dapat melihat pemimpin politik diangkat oleh masyarakat setempat seperti artis pujaan sehingga mereka sanggup meminta tandatangan pemimpin berkenaan pada baju yang dipakai apabila berpeluang bersua muka.

Lebih-lebih lagi jika yang meminta tandatangan tersebut adalah kaum Cina. Manakala pemimpinnya pula dari Barisan Nasional (BN) kerana selepas tsunami politik, masyarakat Tionghua dikatakan dingin terhadap kerajaan.

Namun Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi membuktikan sebaliknya. Ketika pemimpin BN lain mengeluh dengan sikap dingin kaum Cina, beliau disambut mesra setiap kali Ahli Parlimen Bagan Datoh itu turun padang menemui rakyat.

Malah penulis yang mengikuti lawatan sehari bersama beliau ke Bagan Datoh, Sabtu lalu, teruja menyaksikan tindakan spontan seorang wanita Cina berusia lewat 40-an meminta tandatangan Menteri Pertahanan berkenaan.

Wanita Cina tersebut yang gembira dapat bersarapan bersama Ahmad Zahid secara berterus-terang meminta Naib Presiden UMNO itu menurunkan tandatangan pada baju yang dipakainya untuk dibuat kenangan.

Kisah penerimaan orang Cina terhadap Menteri Pertahanan itu tidak terhenti setakat itu. Seorang nelayan yang baru selesai memunggah hasil bergegas untuk bersalam apabila menyedari kehadiran Ahmad Zahid.

Menariknya segala kemesraan itu berlaku secara semula jadi. Malah terpancar keikhlasan disetiap tingkah laku yang ditunjukkan masyarakat Cina di Bagan Datoh. Ia memperlihat bagaimana eratnya hubungan antara Ahmad Zahid dengan mereka.

Ditanya apa rahsia sehingga beliau boleh memikat hati dan minda orang Cina apatah lagi dalam suasana politik kaum itu yang dikatakan masih tidak berpihak kepada BN, Ahmad Zahid menjawab, khidmat sepanjang masa.

"Saya tiada sebarang ramuan khas, pegangan politik saya mudah iaitu berkhidmat sepanjang masa dan ia tidak hanya terhad kepada satu-satu kaum sahaja. Khidmat saya menyeluruh merangkumi semua masyarakat.

"Cuma dalam hal yang berkaitan dengan rakyat, seboleh mungkin saya akan cuba selesaikan sendiri masalah mereka. Semua itu dilihat dan dinilai oleh rakyat. Pada 2008 saya turut menerima kesan daripada tsunami politik.

"Tapi Alhamdullillah, kini pengundi-pengundi Cina di Bagan Datoh kembali kepada BN. Ini bukan kerja saya seorang tapi hasil transformasi politik secara keseluruhan yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Namun, di sebalik sambutan mesra yang diterima dari masyarakat Cina, Ahmad Zahid turut berdepan cabaran besar selaku jeneral di Bagan Datoh untuk merampas semula kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hutan Melintang.

DUN Hutan Melintang yang sebelum ini menjadi milik MIC kini dikuasai S. Kesavan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau mengalahkan S. Thangasvari (BN) dengan majoriti 1,721 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu.

Malah, perhatian mendalam juga perlu diberi kepada kawasan Rungkup kerana pada 2008, Datuk Shaarani Mohamed hanya memperolehi majoriti 454 undi mengalahkan calon Pas, Mohd. Misbahul Munir Masduki.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid ketika diajukan soalan mengenai perkara itu yakin tahap sokongan orang Melayu, India dan Cina kepada BN kini sudah jauh lebih baik berbanding semasa pilihan raya tahun 2008.

Jelasnya, peralihan sokongan khususnya orang Melayu dan India kepada BN berlaku di seluruh negara. Keadaan itu memberi kelebihan untuk BN merampas semula Hutan Melintang dan mengekalkan Rungkup dengan majoriti lebih besar.

"Sebagai contoh, dahulu kawasan Ladang Flemington, Batu 16, merupakan kubu kuat pembangkang kerana hasutan Hindraf. Pengundi India di kawasan ini menolak BN tetapi hari ini kita berjaya tembusi kawasan ini.

"Suasana sebegini tidak pernah berlaku pada 2008," kata Ahmad Zahid yang bergerak lebih 12 jam tanpa henti bagi menghadiri program-program yang diatur pada hari berkenaan, bermula pukul 9 pagi dan berakhir pukul 11.30 malam.

Menurutnya, sebagai pemimpin apa yang penting kemesraan, keprihatinan serta kesungguhan untuk membela nasib rakyat perlu dibuktikan dengan hasil dan itulah yang sedang dilakukan di Bagan Datoh.

Sehubungan itu, bagi menjayakan perkata itu, beliau bersama-sama dengan pemimpin BN tempatan akan memastikan setiap janji yang dibuat kepada rakyat perlu ditunaikan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 bermula.

Ini kerana tegas beliau, pilihan umum akan datang tidak boleh lagi dihadapi dengan minda, persepsi, persiapan, pendekatan serta strategi yang sama jika BN mahu terus kekal diterima oleh rakyat.

Dalam pada itu, ditanya mengenai perancangannya untuk membangunkan Parlimen Bagan Datoh, Ahmad Zahid berkata, kawasan itu akan dijadikan pusat industri dengan pembinaan kapal menjadi keutamaan.

Jelasnya, Bagan Datoh mempunyai kawasan perairan yang strategik dan sebagai permulaan sebuah kilang pembinaan kapal moden untuk kegunaan awam dan tentera akan dibina selewat-lewatnya menjelang 2015.

"Segala usaha ke arah itu sedang berjalan lancar dan insyallah ia akan dapat direalisasikan menjelang 2015. Industri ini bakal memberi limpahan ekonomi yang tidak sedikit kepada Bagan Datoh," katanya.

Nyata perkembangan positif yang berlaku di Bagan Datoh seharusnya dijadikan contoh kepada kawasan-kawasan lain yang dikuasai BN. Sebenarnya untuk mempertahan dan merampas sesuatu kawasan bukanlah sukar sangat.

Apa yang penting setiap wakil rakyat harus mengambil berat kawasan masing-masing dan mereka mesti menampilkan prestasi terbaik secara berterusan tanpa mengenal erti jemu, penat atau keletihan.

Malah tidak mustahil pendekatan beliau sehingga berjaya menambat hati serta minda pengundi Cina di Bagan Datoh boleh diaplikasikan di peringkat persekutuan dan juga di negeri-negeri yang mempunyai ramai pengundi Cina.

Ini kerana komposisi kaum di Bagan Datoh iaitu Melayu (57 peratus), Cina (20 peratus) dan India (23 peratus) tidak jauh berbeza dengan komposisi kaum di Malaysia.

Cuma usaha untuk menarik semula kaum Cina kepada BN memerlukan kemahiran dan kesesuaian setempat kerana keperluan masyarakat Tionghua di sana mungkin tidak sama dengan penduduk Cina di negeri lain.

Jika itu dapat dilaksanakan dan parti komponen BN sendiri yang mewakili kaum Cina juga bergerak lebih proaktif daripada sekarang, tidak mustahil sokongan masyarakat Tionghua akan kembali terarah kepada BN.

Read more »

Thursday, April 26, 2012

Haram Menyokong Demo BERSIH

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, adalah haram bagi umat Islam menyokong Datuk S.Ambiga kerana Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih) itu merupakan pejuang tegar kepada amalan seks songsang di negara ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga tokoh agama berkata, umat Islam yang terlibat dalam perhimpunan Bersih wajib malu kerana dikepalai oleh pejuang yang menyokong perkara bercanggah dengan agama.

“Sewajarnya umat Islam menjauhi pemimpin seperti ini dan membuat pilihan lebih tepat dengan memilih ketua yang selayaknya dan melakukan perhimpunan di lokasi tertutup dalam menuntut sesuatu perkara,’’ katanya di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berdasarkan fatwa ulama tersohor dunia, Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi berhubung amalan LGBT iaitu umat Islam dilarang makan dan minum bersama dengan pengamal serta penyokong seks songsang, apatah lagi, jika berada di belakang individu yang cukup dikenali sebagai penyokong kuat amalan tersebut.

Walaupun haram menyokong demo ni tapi puak PAS mana peduli. Bagi dorang halal atau haram sesuatu perkara itu hanya ditentukan oleh Nik Aziz. Kalau ulama islam yang cakap, mereka akan menolaknya. Sudah tertanam dalam kepala otak mereka hanya PAS sahaja yang boleh menolong dorang di akhirat. Bagi dorang seolah olah amalan politik sahaja boleh dibawa ke akhirat, bukan lagi amalan soleh.

Read more »

AZMIN GAGAL GERAK JENTERA PILIHAN RAYA, PR SELANGOR BAKAL TUMBANG





PKR Selangor di bawah pimpinan Azmin Ali kini dikatakan sedang mengalami kemelut yang amat teruk dan boleh dikatakan dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

Faktor utama ialah kegagalan beliau mengurus dan menggerakkan jentera parti di peringkat akar umbi.

Keadaan lebih parah lagi bagi Azmin selaku bos PKR di Selangor apabila beliau dilihat gagal membuktikan kemampuannya untuk mempertahan serta mengekalkan kuasa politik Pakatan Rakyat di negeri itu.

Melihat kepada situasi yang hambar di hampir kesemua cabang dan ranting PKR di Selangor, boleh dikatakan agak sukar parti itu bersama-sama PAS dan DAP untuk mendapat peluang bagi kali kedua memerintah negeri terkaya di Malaysia itu.

Rasa hampa yang amat mendalam ini tercermin daripada luahan dan keluhan Ketua Wanita Pusat sendiri, Zuraida Kamarudin di dalam laman facebooknya apabila merungut ramai ahli-ahli PKR sudah meninggalkan parti itu.

Ini berikutan kelemahan kepimpinan Azmin dan kegagalan beliau merapatkan dan memperbaiki hubungan dengan seteru politiknya yang juga Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim.

Persengketaan di antara kedua-dua pemimpin PKR itu bukan rahsia lagi di kalangan ahli-ahli parti.

Abdul Khalid merasa kuasa beliau telah dipinggirkan apabila Ketua Umum, Anwar Ibrahim menyingkir beliau untuk digantikkan dengan kroni dan orang kuatnya, Azmin sejak dua tahun lalu.

Akibat daripada tindakan Anwar tersebut Abdul Khalid dan Azmin tidak lagi sebulu dan sering bertelagah.

Sebagai membalas dendam terhadap dasar politik kotor Anwar yang mengamalkan dasar pecah dan perintah, Abdul Khalid mensabotaj kebanyakan daripada program PKR di Selangor dengan menyekat dana dan bantuan kewangan melalui saluran kerajaan negeri.

Azmin pula bersikap pilih bulu dengan hanya mengutamakan cabang-cabang yang dipimpin oleh kroni-kroninya sahaja. 

Aktiviti dan program PKR hanya ditumpukan di beberapa kawasan seperti Batu Caves, Gombak dan Seri Muda sahaja manakala kawasan-kawasan lain diabaikan.

Faktor inilah yang menyebabkan ramai ahli-ahli PKR Selangor sudah tawar hati dan membuat keputusan untuk meninggalkan parti itu.

Bagi mereka PKR telah menipu mereka dengan propaganda imej sebagai 'parti harapan baru' tetapi hakikatnya hanya pemimpin atasan sahaja ang mengaut segala keuntungan dan menikmati hidup yang mewah atas pengorbanan ahli-ahli peringkat bawahan.

Program-program PKR tidak lagi mendapat sambutan hangat seperti dua atau tiga tahun lalu.

Jika dahulu ceramah-ceramah anjuran PKR di Selangor yang dihadiri Anwar mampu menarik lebih 5,000 hadirin tetapi sekarang hendak mencapai jumlah 1,000 ke 2,000 pun amat sukar.

Itu pun disebabkan kehadiran beberapa tokoh popular PAS, bolehlah PKR 'tumpang sekaki' untuk mendapat jumlah pendengar yang lebih besar.

Jika di tolak faktor penceramah dari PAS, PKR berjaya menarik hati sekitar beberapa orang sahaja.

Kemelut yang melanda PKR Selangor dijangka akan bertambah teruk menjelang pilihan raya umum kerana Azmin hanya menumpukan perhatian kepada kawasan Parlimen dan DUNnya sahaja termasuk beberapa kawasan kroninya.

Kawasan lain termasuk Ijok, kawasan DUN Menteri Besar dibiarkan untuk mencari dana sendiri menggerakkan jentera pilihan raya.

Melihat kepada kelemahan ketara dan faktor penerimaan rakyat Selangor yang semakin melonjak terhadap barisan Nasional, secara keseluruhannya PRU-13 nanti bakal menjadi badai yang akan menenggelamkan kapal Pakatan Rakyat.





Read more »

Bukti Pengamal Seks Bebas Menyokong Penuh Pembangkang




Sekarang rakyat Malaysia sudahpun tahu kenapa pembangkang mendapat begitu banyak sokongan terutama daripada golongan songsang dan juga pengamal seks bebas. Rupa rupanya kerana pembangkang sememangnya membenarkan aktiviti sebegini diadakan tanpa sekatan.

Ini baru berdemo, belum lagi pembangkang menjadi Kerajaan dan Anwar menjadi PM. Kalau pembangkang menang, rasanya lebih banyak lagi aktiviti sebegini dianjurkan.

Read more »

Wednesday, April 25, 2012

PAS Sesat Lagi Menyesatkan



KOTA BAHRU: Selepas PAS membuat arahan secara rasmi agar menyertai perhimpunan Bersih 3.0, Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula membuat seruan sama.

Malah, beliau menyifatkan, berkata, kehadiran ke Bersih 3.0 adalah wajib dan menyeru rakyat yang cintakan keadilan hadir pada program Bersih 3.0 (Duduk dan Bantah).

Katanya, menghadiri program itu suatu kewajipan kerana ia diadakan untuk untuk menentang ketidakadilan proses pilihan raya di negara ini.

“Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang,” katanya kepada HarakahDaily di pejabatnya apabila mengulas program yang bakal diadakan 28 April ini.

Nik Aziz menyifatkan kewujudan pengundi hantu jelas perbuatan kotor dan bercanggah dengan kehendak Islam.

“Andainya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya akan datang, setuju atau tidak sekiranya kami bawa pengundi hantu untuk kekal mentadbir negara pada pilihanraya berikutnya?

“Tentu saja Umno BN tidak mahu sebab perkara ini perbuatan mungkar yang tentu saja berdosa besar bila melakukanya,” katanya.

Beliau berkata, ‘wajib’ rakyat seluruh negara keluar beramai-ramai untuk menjayakan Bersih 3.0 pada 28 April ini dengan tujuan menentang pengundi hantu di samping menuntut tujuh perkara lain.

Beliau berkata, sekiranya wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya itu kerana dibantu oleh pengundi hantu, kemenangannya adalah ‘haram’ di sisi Islam.

“Malah segala elaun bulanan atau segala bentuk yang diperolehi sebagai wakil rakyat, gaji, kereta dan semuanya haram serta tidak sah di sisi Islam. Perkara ini bukan perkara main-main dan kena ingat Allah dan balasan akhirat,”ujarnya. - Sumber

Sekali lagi Nik Aziz mempermainkan agama untuk kepuasan duniawi. Sampai kata WAJIB umat islam menyokong rusuhan yang dianjurkan oleh golongan songsang semata mata mahukan kuasa politik. Dan dia masih memfitnah umat islam dengan tuduhan umat islam menggunakan pengundi hantu. Habis yang dia jadi MB Kelantan sampai lebih 20 tahun itupun, dia guna pengundi hantu juga ke?

Kita dah di akhir zaman. Ada baiknya kita fahami dan renungi semula salah satu hadis Rasullulah s.a.w ini

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash r.a: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Allah tidak akan mengambil kembali ilmu (agama) dengan mengambilnya dari (dalam hati) manusia, tetapi mengambilnya kembali dengan kematian para ulama hingga tidak bersisa, lalu orang ramai akan mengambil orang-orang bodoh sebagai pemimpinnya yang apabila orang-orang itu bertanya kepada mereka, mereka akan memberikan jawapan-jawapan yang tidak didasarkan kepada ilmu. Maka mereka akan berada dalam kesesatan dan menyesatkan orang lain.”

Read more »

Himpunan Pra Bersih 3.0 Tidak Mendapat Sambutan

Bila anak muda diajar jadi kurang ajar....




Kurang dua minggu menjelang demonstrasi Bersih 3.0 sekurang-kurangnya dua peristiwa yang telah melemahkan semangat penyokong dan pemimpin pakatan pembangkang telah berlaku.

14 April lepas demonstrasi anti PTPTN gagal sama sekali apabila hanya sekitar 200 - 300 orang saja yang hadir jauh dari mencapai sasaran 5000 peserta yang diwar-warkan sebelum ini.

Malam tadi pula perhimpunan Pra Bersih 3.0 di padang Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru yang sepatutnya dihadiri oleh lebih 10,000 orang tapi hingga majlis berakhir dianggarkan hanya 700 - 800 sahaja yang hadir.

Jumlah tersebut termasuklah kelibat beberapa pemimpin pembangkang yang turut hadir antaranya Nurul Izzah, Tian Chua, Aziz Bari, Terressa Kok, Elizabeth Wong serta Abdul Kadir Sheikh Fazhil.

Perhimpunan tersebut yang bertujuan sebagai warm up bukan sahaja gagal mencapai matlamatnya malah cukup untuk memberi gambaran awal demonstrasi 'Duduk Bantah' pada 28 April kelak juga tidak akan mencapai kehadiran seperti yang disasarkan.

Kalau dah sasaran 10,000 gagal di capai semasa majlis warm up Pra Bersih 3.0 sekalipun turut dihadiri pemimpin besar pembangkang, lagilah sukar dan mustahil untuk Bersih 3.0 mampu menghimpunkan 500,000 peserta demo di Dataran Merdeka nanti.

Sandaran pembangkang makin lama makin rapuh, orang ramai kian jauh dari aktiviti dan kegiatan mengarut yang dipelopori pembangkang dan NGO mereka.

Pemimpin pembangkang sebenarnya sedang bermain dengan api yang bila tiba saatnya akan membakar diri mereka sendiri. Saban minggu berdemonstrasi bukannya menambah undi sebaliknya lagi menambah kebencian umum terhadap mereka.

Kegagalan dua demo anti PTPTN dan himpunan pra Bersih 3.0 semalam hanyalah gambaran awal sikap rakyat terhadap pembangkang yang tentu saja bila tiba pilihanraya kelak akan diterjemahkan dengan penolakan besar-besaran.






Read more »

Tuesday, April 24, 2012

KESERASIAN SALMAN RUSHDIE, ANWAR DAN PKR

Oleh Beruang Biru







KEHADIRAN Anwar Ibrahim di India Today Conclave 2012 (ITC 2012)  mudah untuk di fahami kerana objektif penganjuran forum India Today Conclave itu sendiri yang memperjuangkan kebebasan bersuara agak serasi dengan aliran pemikiran Anwar yang diketahui umum agak liberal.

Kebetulan ataupun sememangnya sudah tersurat sejak azali, Anwar Ibrahim dan Salman Rushdie kemudiannya berkongsi majlis tersebut yang berlangsung di New Delhi, India pada 16 & 17 Mac 2012.

Salman Rushdie dikenali umum selepas buku karangannya The Satanic Verses secara terbuka menghina sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w yang mengundang kemarahan & bantahan di seluruh dunia Islam.

Antara isi kandungan buku itu ialah;-

1. Salman menulis, wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah adalah dihantar oleh syaitan dan seterusnya, Rasulullah tertipu dengan wahyu tersebut. Kemudian, Rasulullah menyampaikan wahyu tersebut sebagai ayat atau surah dalam Al-Quran

2. Pusat Pelacuran di Kota Mekah diuruskan oleh kesemua isteri Rasulullah

3. Salahuddin Al-Ayubi, Panglima Perang Islam dalam Perang Salib dikatakan sebagai syaitan.

- AIDC Blog -

Boikot ITC 2012

Tatkala Anwar Ibrahim selesa menjayakan ITC 2012 bersama-sama Salman Rushdie, lain pula halnya dengan bekas pemain kriket popular Pakistan, Imran Khan yang mengambil langkah berbeza.

Imran Khan yang juga pemimpin pembangkang Pakistan tegas & tekad memboikot acara tersebut sebagai tanda bantahan langsung di atas penyertaan Salman Rushdie ke ITC 2012.

Pendirian itu bagaimanapun mengundang cemuhan Salman Rushdie apabila menggambarkan Imran Khan sebagai tindakan ahli politik yang bakal menjadi pemimpin diktator.

New Delhi, March 17: Writer Salman Rushdie, the author of the controversial "The Satanic Verses", Saturday evening hit out at Pakistan politician Imran Khan describing him as a "dictator in waiting" at the India Today 2012 conclave in the capital.
- Salman Rushdie, Author of The Stanic Verses -

Namun demikian dalam satu undian internet di tribune.com.pk, reaksi positif umum menyebelahi Imran apabila lebih 70% menyokong ketegasannya mengasingkan dirinya dari majlis yang turut membabitkan Salman Rushdie.

Pandangan ramai yang menyokong Imran Khan itu menunjukkan majoriti khalayak umum khususnya umat Islam, tidak pernah mengambil mudah atau melupakan saja penghinaan yang pernah dilemparkan oleh Salman Rushdie terhadap Rasulullah s.a.w dalam buku karangannya The Satanic Verses.

Najeeb Kashgari Hina Rasulullah S.a.w

Pada pertengahan Februari lepas, Najeeb A Kashagari seorang wartawan warga Arab Saudi telah ditangkap di KLIA, kerajaan Barisan Nasional (BN) kemudiannya mengambil langkah segera menghantar pulang semula ke negaranya untuk menghadapi pendakwaan menghina keperibadian Rasulullah s.a.w.

Najeeb, juga dikenali sebagai Hamza Kashgari dalam twitternya dilaporkan memperlekehkan keperibadian Rasulullah s.a.w melalui beberapa penyataan yang jelas menghina & merendahkan martabat Baginda.

On your birthday, I shall not bow to you. I shall not kiss your hand. Rather, I shall shake it as equals do, and smile at you as you smile at me. I shall speak to you as a friend, no more.
On your birthday, I find you wherever I turn. I will say that I have loved aspects of you, hated others, and could not understand many more.
On your birthday, I will say that I have loved the rebel in you, that you've always been a source of inspiration to me, and that I do not like the halos of divinity around you. I shall not pray for you.
Tindakan penghantaran pulang Hamza ke Arab Saudi bagaimanapun mengundang kecaman pembangkang khususnya dari PKR apabila melabelkan langkah tersebut sebagai melanggar hak asasi manusia & melanggar undang-undang.

“Penghantaran pulang itu menyalahi undang-undang, tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan dan satu tindakan kejam. Tindakan itu terlalu tergesa-gesa seperti mahu mengelak daripada proses undang-undang Malaysia”.

- N Surendran, Naib Presiden PKR -

“Ini sekali lagi merupakan pelanggaran kebebasan bersuara. Beliau mempunyai setiap hak untuk membuat komen dan sebagainya tanpa ditindas”. 

 - Fadiah Nadwa Fikri, Aktivis PKR & Lawyer for Liberty -

Serasi Bersama

Dalam isu Najeeb A Kashagari & Salman Rushdie, kedua-duanya memiliki aliran pemikiran yang hampir sama, agak liberal dan begitu kritikal terhadap keperibadian Rasulullah s.a.w.

Sedar atau tidak, dalam isu membabitkan kedua-dua individu tersebut, baik Anwar mahupun PKR seakan memandang sepi penghinaan yang pernah dilakukan oleh individu terbabit.

Anwar tidak kekok bersama-sama Salman Rushdie menjayakan majlis yang berorientasikan pemikiran liberal & terbuka, manakala pemimpin PKR yang lain lebih mengutamakan hak asasi Najeeb A Kashgari berbanding penghinaan yang dilemparkan terhadap Rasulullah s.a.w.

Titik temu di antara Salman, Kashgari, Anwar & pemimpin PKR yang lain ialah semangat liberalisme yang tersemat di hati masing-masing.

Corak pemikiran mereka bebas & liberal. Pendek kata mereka semua serasi bersama.





Read more »

Lim Guan Eng Resah Dengan Kebangkitan Rakyat Malaysia

Oleh Beruang Biru


AKHIRNYA teka-teki mengenai siapa yang akan mengetuai kempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 di Pulau Pinang terjawab. Tugas itu kini terletak kepada Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow.

Beliau menggantikan Presiden Gerakan, Dr. Koh Tsu Koon. Pada November lalu, Tsu Koon yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengumumkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dan secara tidak langsung tidak akan mengekalkan jawatan Pengerusi BN Pulau Pinang.

Sepanjang ‘ketiadaan’ Tsu Koon, Dr. Teng Hock Nan yang juga Pengerusi Gerakan Pulau Pinang menjalankan tanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN Pulau Pinang. Kata orang junior Teng ganti senior Teng.

Lebih daripada itu, dua setiausaha agung akan menjadi tumpuan di pulau itu iaitu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri (KM) dan Chang Yeow. Apa pun tidak timbul lagi persoalan siapa yang akan mengemudi jentera BN.

Sebelum ini timbul desas-desus mengenai kemungkinan UMNO akan mengambil alih jawatan itu. Jelaslah UMNO tetap berpegang kepada semangat setiakawan yang tinggi. Sebelum ini UMNO menegaskan tidak akan mengambil jawatan KM jika BN memenangi PRU. Dan semalam, sekali lagi UMNO membuktikan parti tunggal dalam BN yang memenangi kerusi pada PRU lalu di Pulau Pinang tidak kemaruk kuasa seperti yang cuba digembar-gembur oleh pihak lawan.

Kini tanggungjawab Chang Yeow amat besar dan sukar. Tidak seperti Tsu Koon, bekas Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu menerima tanggungjawab setelah BN kecundang pada PRU 2008. Tsu Koon pada 1990 menerima tanggungjawab sebagai KM dan kemudiannya Pengerusi BN setelah BN memenangi PRU tetapi pada masa yang sama menyaksikan kekalahan penyandang jawatan ketika itu, Dr. Lim Chong Eu.

Dalam tempoh PRU yang dikatakan semakin hampir, Chang Yeow bersama rakan-rakan dalam UMNO dan MIC perlu bekerja keras. Beliau pastinya akan dibantu oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Zainal Abidin Osman, Hock Nan dan Pengerusi MCA Pulau Pinang, Dr Ng Yen Yen. MIC pula baru kehilangan pengerusinya,P.K Subbaiyah. Presiden MIC, G. Palanivel perlu mencari segera pengganti Subbaiyah supaya kerja keras mendiang yang berjuang untuk parti sehingga ke akhir hayat tidak terhenti begitu sahaja. Sama ada UMNO, MCA, Gerakan dan MIC, mereka perlu bergerak seiring bagi menebus maruah BN.

Chang Yeow bukanlah orang baru dalam politik Pulau Pinang. Seperti yang diselak dalam ruangan ini pada 9 April lalu, beliau salah seorang calon KM jika BN menang pada PRU 2008. Selain beliau, turut dicadangkan ialah Chia Kwang Chye yang ketika itu sebagai Setiausaha Agung Gerakan serta seorang lagi Exco kerajaan negeri, Hock Nan.

Bagaimanapun Kwang Chye bertanding di kawasan Parlimen Bukit Bendera untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya selepas mengalahkan Kit Siang manakala Tsu Koon bertanding di kawasan baru, Parlimen Batu Kawan. Tinggallah Hock Nan dan Chang Yeow bertanding untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pulau Tikus dan Padang Kota. Bagaimanapun semua calon Gerakan itu tewas. Maka terhenti seketika isu siapa KM dari Gerakan.

Dan menjelang PRU akan datang, isu siapa KM timbul kembali kerana BN perlu pemimpin yang ditunjukkan untuk mengetuai jentera BN pada kali ini selepas Tsu Koon berundur.

Pastinya Gerakan sudah membuat pelbagai penyelidikan sebelum mencadangkan Chang Yeow mengetuai jentera BN.

Menyelak kembali perjalanan politik Chang Yeow, beliau sudah bertanding dalam empat PRU bermula pada tahun 1995. Pada ketika itu, beliau diberi tanggungjawab untuk merampas kembali DUN Padang Kota yang dimenangi Kit Siang selepas mengalahkan Chong Eu. Jika tidak silap, ketika itu Chang Yeow ialah Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang. Pada PRU tersebut, beliau mencabar orang kuat DAP iaitu Karpal Singh berikutan Kit Siang melakukan penghijrahan ke Tanjong Bunga untuk berdepan Tsu Koon. Matlamat DAP pada ketika itu sudah tentulah mahu mencipta rekod menumbangkan seorang lagi KM di Pulau Pinang. DAP mahu mencatat sejarah menamatkan ‘riwayat politik’ seorang lagi KM yang baru sepenggal mentadbir negeri.

Bagaimanapun Kit Siang kecundang manakala Chang Yeow berjaya mengalahkan Karpal dengan majoriti 2,560 undi. Pada 1999, Chang Yeow terus mempertahankan kerusi Padang Kota selepas mengalahkan seorang anak muda dari DAP, Chow Kon Yeow (CKY). Kali ini, beliau menang dengan majoriti 1,640 undi. Pada 2004, pertembungan berulang lagi antara dua anak muda ini TCY dan CKY.

Kesudahannya Gerakan mengekalkan kerusi Padang Kota dengan majoriti 2,254 undi. Bagaimanapun ‘tsunami’ politik yang melanda pada 2008 menyaksikan pertembungan ulangan antara kedua-dua ahli politik Gerakan dan DAP itu berkesudahan Kon Yeow menang dengan majoriti 1,661 undi.

Mungkinkah kali ini pertembungan yang sama bakal berulang? Ini sesuatu yang menarik untuk melihat pertembungan kali keempat melibatkan dua pemimpin itu.

Dan lebih menarik, sekali lagi Pulau Pinang akan menjadi medan pertembungan dua setiausaha agung parti politik iaitu Chang Yeow dan Guan Eng. Apakah BN khususnya Gerakan akan bangkit semula?

Read more »

share2