Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui membiayai beberapa peserta himpunan Bersih 3.0 dari Kelantan, yang berakhir dengan keganasan kelmarin.
Menurutnya, sumbangan tersebut bukan diambil dari wang parti, sebaliknya kepunyaannya sendiri setelah melihat kesungguhan individu terbabit mahu menyertai demonstrasi itu.
“Untuk ke Kuala Lumpur memerlukan kos yang besar, saya mengeluarkan wang sendiri untuk membiayai pelbagai keperluan, itu hak saya, bukan wang parti,” kata beliau kepada pemberita pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan peserta Bersih dari Kelantan yang menjelaskan kehadiran mereka di perhimpunan semalam dibiayai parti, meliputi kos pengangkutan, penginapan dan keperluan lain seperti belanja makan.
Terbukti PAS membeli undi dengan menyogok beberapa orang peserta dari Kelantan. Tak sangka PAS pun pandai main rasuah sekarang.
dan akhirnya demostrasi yang sepatutnya duduk bantah jadi huru hara..
itukah yang anda inginkan?
Sebenarnya PAS dan rasuah ni sinonim dari dulu lagi. Sebab tu duit kerajaan persekutuan bagi 600 juta untuk air di Kelantan diguna untuk rasuah politik. N.ajis akan terima azab kubur nanti.