Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 26, 2012

Haram Menyokong Demo BERSIH

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, adalah haram bagi umat Islam menyokong Datuk S.Ambiga kerana Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih) itu merupakan pejuang tegar kepada amalan seks songsang di negara ini.

Sehubungan itu, beliau yang juga tokoh agama berkata, umat Islam yang terlibat dalam perhimpunan Bersih wajib malu kerana dikepalai oleh pejuang yang menyokong perkara bercanggah dengan agama.

“Sewajarnya umat Islam menjauhi pemimpin seperti ini dan membuat pilihan lebih tepat dengan memilih ketua yang selayaknya dan melakukan perhimpunan di lokasi tertutup dalam menuntut sesuatu perkara,’’ katanya di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berdasarkan fatwa ulama tersohor dunia, Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi berhubung amalan LGBT iaitu umat Islam dilarang makan dan minum bersama dengan pengamal serta penyokong seks songsang, apatah lagi, jika berada di belakang individu yang cukup dikenali sebagai penyokong kuat amalan tersebut.

Walaupun haram menyokong demo ni tapi puak PAS mana peduli. Bagi dorang halal atau haram sesuatu perkara itu hanya ditentukan oleh Nik Aziz. Kalau ulama islam yang cakap, mereka akan menolaknya. Sudah tertanam dalam kepala otak mereka hanya PAS sahaja yang boleh menolong dorang di akhirat. Bagi dorang seolah olah amalan politik sahaja boleh dibawa ke akhirat, bukan lagi amalan soleh.

1 comments:

  • Tinta Maya says:
    April 27, 2012 at 8:34 AM

    itulah jadinya kpd org2 Islam yg tlalu taksib kpd kepimpinan seseorg individu,...apa yg tkeluar drp mulut pemimpin mereka semuanya betul, halal, n wajib dipatuhi but klu org lain bcakap or mberikan pandangan maka semuanya tak betul, haram dll

share2