Pakatan Rakyat, terjadi perang mulut antara parti-parti sekutu
Pakatan Rakyat akibat dari isu pemansuhan PTPTN.
DAP dan PAS dikatakan
berang dengan Anwar Ibrahim dan PKR kerana menjerumuskan mereka ke dalam isu
yang akhirnya memakan diri sendiri. Kini, seluruh parti Pakatan
Rakyat terpaksa menepis dan merasionalkan cadangan PKR untuk menghapuskan
PTPTN.
Akhbar-akhbar Cina
juga kebanyakannya memberi reaksi negatif terhadap cadangan tersebut.
Sin Chew, misalnya mempersoalkan walaupun semua orang menginginkan pendidikan
percuma tetapi apakah cadangan tersebut logik untuk dilaksanakan.
Pendidikan percuma untuk semua bermakna kerajaan memerlukan RM43 bilion
setiap tahun dan itu belum lagi diambil kira janji-janji manis yang lain yang
ditabur oleh PR yang membawa jumlah lebih RM200 billion.
Akhbar-akhbar Cina
diketahui mempunyai pertalian yang rapat dengan DAP dan apa yang ditulis mereka
kebanyakannya membayangkan pendirian DAP. Oleh itu, walaupun secara
dasarnya mereka menentang penghapusan PTPTN tetapi mereka memberi sedikit
‘muka’ kepada Pakatan Rakyat dengan menyebut tentang pengalaman dalam bidang
ekonomi yang dimiliki oleh Anwar Ibrahim yang pernah menjadi Menteri Kewangan.
Bagaimanapun, menurut
mereka, walaupun Anwar dan Tony Pua punya pengalaman dalam mengurus kewangan
tetapi selagi mereka berdua tidak dapat membentangkan secara terperinci tentang
bagaimana caranya untuk menampung kos lebih RM200 billion itu, maka mereka
tidak ada pilihan selain dari meraguinya.
Dari laporan akhbar
tersebut, nampaknya kaum Cina mengakui bahawa PTPTN banyak membantu kerana
kebanyakan anak-anak mereka memilih untuk ke pusat pengajian tinggi swasta yang
kosnya jauh lebih mahal dari pusat pengajian tinggi awam. Secara tidak
langsung juga mereka telah mengakui bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan
kaum mereka, walaupun mereka tidak menyatakannya secara terang-terangan.
Kita percaya, PAS juga
banyak terhutang budi kepada kerajaan dalam isu PTPTN ini. Mana
tidaknya, jika kebanyakan anak-anak mereka tidak layak mendapat biasiswa kerana
kurang menyerlah dalam pelajaran akibat terlalu asyik berpolitik kerana
terpengaruh dengan ibubapa sendiri. Jika ini senarionya maka hanya
pinjaman seperti PTPTNlah sahaja yang dapat membantu anak-anak orang PAS ini
mendapatkan pendidikan peringkat tertiari.
Begitu juga dengan
PKR, contohnya Adam Adli dan semua rakan-rakannya yang ke hulu ke hilir berdemo
menentang apa saja yang dibuat oleh kerajaan, tiada seorang pun di antara
mereka yang cemerlang dalam pelajaran.
Justeru, munasabahlah
jika PKR ditempelak oleh sekutunya DAP dan PAS kerana mengemukakan cadangan
yang paling bodoh. Apakan daya, tahap itu sajalah pemikiran Ketua
Pembangkang yang hanya berkelulusan Pengajian Melayu kelas 3.
Apa nak dikata, bukan
UMNO yang pilih Anwar jadi Ketua Pembangkang, tetapi PR sendiri yang
melantiknya. Tak dapat dibayangkan jika Anwar menjadi Perdana Menteri.
Entah apa lagi agaknya idea-idea bodoh yang akan dikemukakannya.
0 comments:
Post a Comment