Bila anak muda diajar jadi kurang ajar....
Kurang dua minggu
menjelang demonstrasi Bersih 3.0 sekurang-kurangnya dua peristiwa yang telah
melemahkan semangat penyokong dan pemimpin pakatan pembangkang telah berlaku.
14 April lepas
demonstrasi anti PTPTN gagal sama sekali apabila hanya sekitar 200 - 300 orang
saja yang hadir jauh dari mencapai sasaran 5000 peserta yang diwar-warkan
sebelum ini.
Malam tadi pula
perhimpunan Pra Bersih 3.0 di padang Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru yang
sepatutnya dihadiri oleh lebih 10,000 orang tapi hingga majlis berakhir
dianggarkan hanya 700 - 800 sahaja yang hadir.
Jumlah tersebut
termasuklah kelibat beberapa pemimpin pembangkang yang turut hadir antaranya
Nurul Izzah, Tian Chua, Aziz Bari, Terressa Kok, Elizabeth Wong serta Abdul
Kadir Sheikh Fazhil.
Perhimpunan tersebut
yang bertujuan sebagai warm up bukan sahaja gagal mencapai matlamatnya malah
cukup untuk memberi gambaran awal demonstrasi 'Duduk Bantah' pada 28 April
kelak juga tidak akan mencapai kehadiran seperti yang disasarkan.
Kalau dah sasaran
10,000 gagal di capai semasa majlis warm up Pra Bersih 3.0 sekalipun turut
dihadiri pemimpin besar pembangkang, lagilah sukar dan mustahil untuk Bersih
3.0 mampu menghimpunkan 500,000 peserta demo di Dataran Merdeka nanti.
Sandaran pembangkang
makin lama makin rapuh, orang ramai kian jauh dari aktiviti dan kegiatan
mengarut yang dipelopori pembangkang dan NGO mereka.
Pemimpin pembangkang
sebenarnya sedang bermain dengan api yang bila tiba saatnya akan membakar diri
mereka sendiri. Saban minggu berdemonstrasi bukannya menambah undi sebaliknya
lagi menambah kebencian umum terhadap mereka.
Kegagalan dua demo
anti PTPTN dan himpunan pra Bersih 3.0 semalam hanyalah gambaran awal sikap
rakyat terhadap pembangkang yang tentu saja bila tiba pilihanraya kelak akan
diterjemahkan dengan penolakan besar-besaran.
mmg rakyat dah muak dgn demo2 ni, tapi puak2 pembangkang ni tak faham2 dgn kehendak sebenar rakyat