Akibat
sekian lama bersekongkol untuk menjayakan dasar liberal dan konon mahu
menyamatarafkan semua warganegara setelah terikut gaya politik DAP, akhirnya
PAS secara terbuka mengisytiharkan dasar perjuangannya kini tidak lagi
mempedulikan masalah murtad yang melanda segelintir orang Islam.
Bagi
PAS, isu rasuah dan masalah pengundi hantu yang seringkali menghantui minda PAS
jauh lebih utama jika nak dibandingkan dengan isu murtad. Maklum sajalah
semenjak bertuhankan slogan 'negara
berkebajikan', hal ehwal akidah umat hanya layak dipandang sepi dan
dikesampingkan apatah lagi sensitiviti pengundi DAP lebih penting untuk
difikirkan.
Teringat
kisah dulu-dulu saat PAS amat sensitif dan pantang dicuit dengan masalah
segelintir orang Islam yang tergelintir akidah, lantang sungguh pembawaan PAS
tika itu. Pagi dan petang, siang juga malam berduyun-duyun penyokong PAS
memenuhi gerakan anti murtad demi kasih dan cintanya nasib saudara seagama.
Tapi
itu kisah dulu, hanya layak dikenang dan tidak lagi berguna untuk diungkit
sebagai memori sebuah perjuangan. Saat ini matlamat menuju Putrajaya seperti
yang dimimpikan saban waktu itu teramat penting sekali jauh mengatasi
kepentingan akidah umat.
Kata
orang tua, lain hulu lain parangnya, lain dulu kenalah lain sekarang sikapnya
supaya tidaklah dipandang serong oleh rakan sepakatan kiasu yang dah banyak
menabur budi dan menjanjikan sokongan solid untuk Parti Islam Semalaysia.
Malang
bagi sesiapa yang masih menyokong PAS saat ini kerana masih belum sedar
tipudaya PAS yang selama ini hanya memperalatkan agama untuk kepentingan
politik.
0 comments:
Post a Comment