Pengarah Strategik
PKR, Rafizi Ramli kini menjadi anak emas Ketua Umum, Anwar Ibrahim.
Apa tidaknya, saban
hari ada sahaja berita mengenai anak muda berusia 34 tahun ini mencuri berita
sensasi muka depan media, blog-blog dan laman web-laman web pembangkang.
Di kalangan pemimpin
PKR dan Di kalangan pemimpin PKR dan sesetengah tokoh Pakatan Rakyat, Rafizi
kini dilihat sebagai hero.
Nama beliau mula
mendapat perhatian setelah memainkan isu projek penternakan lembu National
Feedlot Corporation sehingga di beri nama jolokan 'Mr NFC'.
Malah Anwar menatang
beliau bagaikan minyak yang penuh sehingga melantiknya sebagai Ketua Eksekutif
di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dengan gaji nag dikatakan mencecah
lebih RM30,000 sebulan.
Penonjolan beliau yang
dikatakan agak berlebihan sehingga membayangi tokoh-tokoh parti lain yang tidak
kurang hebatnya dikatakan telah menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan
mereka.
Walaupun dihadapan
Anwar mereka menunjukkan sikap hipokrit dengan budaya cium tangan, namun di
belakang pemimpin kedengaran suara kutuk mengutuk, sindir menyindir yang
ditujukan kepada Anwar dan Rafizi.
Untuk memahami
kenaikan mendadak Rafizi dalam PKR, harus difahami sedikit sejarah dan latar
belakang hubungan Rafizi dan Anwar terlebih dahulu.
Rafizi mula mendapat
perhatian Anwar ketika bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (dimana Anwar
juga pernah menuntut) itu melanjutkan pelajaran ke United Kingdom pada tahun
1995 atas biasiswa Petronas.
Bagaimana detik
pertama pertemuan atau jalinan hubungan Anwar dengan Rafizi tidak berapa jelas
namun ketika Anwar memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, pernah dikatakan
beliau meluru menaiki pesawat untuk menemui Rafizi di London setelah mendapat
"panggilan cemas" dari anak muda kelahiran Terengganu itu.
Apa yang menyebabkan
Anwar meninggalkan tugas dan tanggungjawab rasminya kepada negara untuk
berjumpa dengan budak berumur 19 tahun ketika itu tidak pula diketahui.
Apa yang diketahui
Anwar begitu mengambil berat terhadap Rafizi yang ketika agak "cute"
dan pria yang manis mukanya.
Mungkin sebab
kepandaian Rafizi dalam bidang akademik yang menjadi tarikan kepada Anwar.
Namun timbul tanda
tanya apabila Anwar sanggup men'sponsor' majlis makan sempena perkahwinan
Rafizi di kediamannya di Bukit Segambut kira-kira 4-5 bulan lalu.
Perkara ini tidak
pernah dilakukan oleh Anwar terhadap mana-mana pimpinan PKR yang lain sehingga
timbul cakap-cakap belakang mereka yang hadir pada majlis tersebut, "Aku
kahwin dah le dia (Anwar) tak datang, inikan pula nak sponsor, perggh hebat
Rafizi!" begitulah lebih kurang gosip ahli-ahli PKR.
Pemilihan parti dua
tahun lalu, Anwar mahukan Rafizi menggantikan Shamsul Iskandar sebagai Ketua
AMK, namun Rafizi terpaksa undur kerana Shamsul tidak mahu mengalah.
Ini menyebabkan
hubungan Anwar dan Shamsul dingin semenjak itu kerana tidak mahu memberi laluan
kepada anak emasnya.
Sebagai ganti, Anwar
melantik Rafizi sebagai ketua stafnya di pejabat beliau dan melantiknya ke
salah satu jawatan yang amat penting dalam parti iaitu Pengarah Strategik.
Sejak itu Anwar
seolah-olah hanya mengharapakan Rafizi seorang sahaja dalam PKR untuk
mengadakan sidang media, mengeluarkan kenyataan akhbar dan sebagai jurucakap
parti.
Tenggelam semua
pemimpin parti yang lain termasuk Azmin, Shamsul, Saifuddin, Zuraida, Nurul
Izzah di bawah bayangan Rafizi.
Mungkin juga Anwar
sedang merancang untuk menaikkan rafizi ke posisi yang lebih tinggi di dalam
parti.
Dengar khabarnya,
kawasan parlimen Pandan yang sekian lama menjadi idaman Zakaria atau Zek (bekas
pengurus bolasepak Selangor sehingga dipecat oleh Khalid Ibrahim) telah dengan
senangnya diberi kepada Rafizi.
Setelah lebih 10 tahun
bertungkus lumus membina kekuatan dan sokongan parti di kawasan itu, semua jasa
dan sumbangan Zek dicampak oleh Anwar begitu sahaja tanpa sebarang rasa terima
kasih dan pengiktirafan kepada seorang pejuang parti.
Inilah cara PKR
menghargai sumbangan dan penat jerih penyokong-penyokongnya - guna dan buang!
0 comments:
Post a Comment