Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 16, 2012

Fuziah Salleh Wanita Suruhan Cauvinis Cina



APABILA YB Azan Ismail, ahli Parlimen PKR kawasan Indera Mahkota agak kurang turun padang untuk ‘mengasak’ isu loji nadir bumi Lynas di Gebeng, ramai kalangan anggota parti itu ‘pening kepala’.

Ini berbeza sama sekali dengan seorang lagi, ahli Parlimen dari Kuantan, Fuziah Salleh. Dengan Gebeng terletak antara Indera Mahkota dan Kuantan, sepatutnyalah Azan juga sekerap Fuziah untuk bersama-sama melemparkan fitnah terhadap loji yang begitu menjadi rebutan pelabur asing untuk penghasilan nadir bumi - bahan asas dalam pembuatan barangan.

Ini tidak. Seakan-akan sedar Lynas bukanlah isu yang membahayakan penduduk Gebeng, Azan barangkali lebih berpengetahuan dari Fuziah bahawa nadir bumi amat diperlukan untuk penghasilan scandium dalam pembuatan peralatan aeroangkasa. Atau Thulium untuk penghasilan lengkap mesin X-Ray mudah alih.

Fuziah tidak ambil peduli dah, biarpun diakui oleh pemimpin DAP, Leong Ngah Ngah seperti disiarkan dalam tabloid Cina yang projek Lynas merupakan satu kejayaan besar kerajaan dalam mendapatkan pelaburan asing dalam jumlah yang besar. Naib Presiden PKR ini juga bersikap ‘lantak lah’ akan pengesahan pakar radioaktif yang juga Ahli Parlimen Pas Hulu Langat, Dr. Che Rusli Che Mat bahawa projek Lynas tidak berbahaya malah mengikut piawaian antarabangsa.

Ketidaksepakatan Azan dan Fuziah jika dilihat dari gerakan agresif kedua-duanya menghentam isu Lynas, adalah antara antara tompok-tompok keraguan yang semakin bersarang dan berlegar dalam kepala ramai pemimpin PKR negeri dan ‘ahli akar umbi’ parti itu. - Utusan Malaysia

Nampak sangat isu Lynas yang ditiup oleh pembangkang ni hanya sandiwara politik Fuziah.  Kalau betullah Lynas tu merbahaya, dah lama semua pemimpin pembangkang ni bersatu menyuarakan bantahan. Tetapi setakat ini hanya Fuziah dan segelintir pemimpin DAP saja yang beriya iya. Pemimpin PKR dan PAS hanya mendiamkan diri saja. Jadi betullah isu Lynas ni hanya rancangan pemimpin DAP untuk mengagalkan ekonomi negeri Pahang dan mereka menggunakan Fuziah sebagai proksi mereka.

0 comments:

share2