UMNO akan memfailkan saman fitnah berjumlah RM10 juta terhadap Datuk Mustafa Ali berhubung satu kenyataannya yang menyalahkan parti itu dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, selain Setiausaha Agung Pas itu, turut akan disaman ialah pihak-pihak lain yang dikenal pasti terlibat termasuk mereka yang menerbitkan kenyataan tersebut.
Beliau berkata, buat permulaan satu notis peguam akan dihantar kepada Mustafa dan beliau perlu menjawabnya dalam tempoh tujuh hari bekerja atau saman tersebut akan difailkan selepas hari raya ini melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.
''Kita membuat keputusan memfailkan saman selepas Mustafa gagal membuat permohonan maaf dan menarik balik tuduhannya itu secara terbuka selepas tempoh tiga hari diberikan bermula 16 Ogos lalu. Kita tidak ada pilihan lain kerana perlu mempertahankan diri daripada tuduhan tidak berasas yang dilemparkan," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Baca selanjutnya disini
Sememangnya budaya memfitnah didalam politik pembangkang semakin menjadi jadi. Menjelang akhir zaman ini, ramai manusia termasuk yang mendabik dada kononnya alim cukup gemar membuat cerita fitnah. Mungkin bagi mereka fitnah itu adalah satu ibadah. Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri penyebar fitnah dari syurga.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah menjadi muflis di akhirat nanti. MAKA SIA-SIALAH SEGALA AMAL IBADAT SEMBAHYANG, PUASA, BERZAKAT, DLL
0 comments:
Post a Comment